saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 01/06/2014

Legacy Secret pecah tradisi

Pasukan kerja Legacy Secret yang terdiri daripada belia lelaki yang membuktikan mereka boleh berjaya.

JIKA sebut pasal produk kecantikan dan kesihatan, wanitalah paling berminat mendapatkannya. Itu belum lagi jika kita melihat lahirnya usahawan wanita dalam bidang ini yang tumbuh seperti cendawan.

Namun sebaik menjejakkan kaki ke pejabat Legacy Secret yang terletak di Pusat Perniagaan Sungai Lias, Sungai Besar, Selangor, ahli perniagaan yang sinonim dengan produk penjagaan dalaman wanita ini ialah seorang lelaki.

Terdetik juga perasaan hairan mengapa dia meminati bidang itu.

Pengasas Legacy Secret Sdn. Bhd, Mohd Zahid Mohd Zaki, 24 memberitahu, dia ingin memecah tradisi dengan pembabitannya secara serius dalam bidang keusahawanan yang dikuasai golongan wanita.

Lelaki ini tidak kekok, malah selesa bercerita mengenai produk kesihatan dan penjagaan kecantikan wanita.

"Saya akui pembabitan lelaki dalam perniagaan yang dikuasai wanita, terutama perniagaan berasaskan penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita seperti produk pelangsing sangat terhad.

"Bagi saya, lelaki lebih memahami keperluan wanita. Apa yang penting, sesiapa pun jua yang bergelar usahawan , mereka perlukan kesungguhan dan kebijaksanaan supaya pelanggan yang biasanya wanita faham apa yang kita ingin sampaikan mengenai sesuatu produk," katanya.

Potensi

Ditanya mengenai minatnya di dalam perniagaan, Mohd Zahid memberitahu, pada awalnya, dia hanya melibatkan diri secara sambilan dan bermula daripada bawah sebagai agen produk jenama lain.

Setelah melihat produk yang dijualnya mempunyai potensi, Mohd Zahid tekad membuka syarikat dan produk sendiri.

"Idea ini saya cetuskan dan saya dibantu lebih kurang 20 rakan lain yang sama-sama belajar di Politenik Seberang Prai, Pulau Pinang untuk mengembangkan perniagaan ini. Alhamdulillah, pada usia kami ketika itu baru 21 tahun, kami berjaya mencapai sasaran jualan yang membanggakan. Sehingga hari ini, syarikat kami mengeluarkan lebih kurang 13 produk dan kebanyakannya adalah untuk wanita. Produk yang paling mendapat sambutan ialah Harum Malam khusus untuk dalaman dan luaran wanita," katanya.

Mohd Zahid dan rakan-rakannya berjaya menjalankan perniagaan online untuk tiga tahun pertama dan pada tahun ini mereka membuat keputusan menjalankan perniagaan offline. Pun begitu, pada masa yang sama, mereka akan melancarkan sistem dropship bermula Jun ini dengan modal serendah RM200.

"Kami ingin membantu mereka yang tidak mempunyai modal yang tinggi tetapi mahu berniaga seperti suri rumah, pelajar atau mereka yang ingin menambah pendapatan sampingan.

"Kami akan memberi tunjuk ajar termasuk menyediakan laman web mereka sendiri. Untuk pengetahuan, setakat ini syarikat kami berjaya melahirkan 10 usahawan lain dengan produk mereka sendiri. Ada antara mereka yang sudah pun bergelar jutawan. Bagi orang ramai yang ingin mendaftar boleh melayari www.legacydropship.com atau menghubungi 013-2662769," jelasnya.

Pengasas Legacy Secret ini sangat optimis di dalam perniagaan.

Kualiti

Berkongsi petua pengurusan masa, Mohd Zahid berkata, tentu sekali pada usia muda ini, hampir keseluruhan masanya adalah untuk kerjaya.

Pun begitu, dia berasa bertuah kerana urusan pejabat banyak dibantu oleh rakan-rakannya dan pekerja yang berpengalaman.

Ditanya rahsia kejayaan produk keluaran syarikatnya, Mohd Zahid sangat mementingkan kualiti.

Misallnya, suplemen wanita, Harum Malam ternyata terbukti berkesan apabila mendapat maklum balas yang positif daripada testimoni-testimoni produk ini. Selain itu, kami juga mempunyai produk lain seperti Wira Malam, wangian rambut, pelansing dan sebagainya.

Menurut Mohd Zahid, syarikatnya akan melakukan penyelidikan sebelum sesuatu produk dipasarkan.

"Walaupun wujudnya persaingan dengan produk pelangsing syarikat lain, kami yakin produk ini akan mendapat sambutan.

"Kami juga merancang untuk mempunyai kilang sendiri. Pun begitu kami memantau setiap proses hingga ke peringkat pembungkusan mengikut amalan pengeluaran baik atau Good Manufacturing Practice (GMP) iaitu piawaian khusus produk bertaraf antarabangsa," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:05
Zuhur 1:26
Asar 4:48
Maghrib 7:23
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.