saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 12/06/2014

Bangkit daripada kegagalan

Rubywati Dzulkarnain bersama produk Calithea yang dihasilkannya.

KATA pepatah, kejayaan tidak datang bergolek dan jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Bertitik-tolak daripada kegagalan demi kegagalan dan rintangan demi rintangan, Rubywati Dzulkarnain atau Ruby, menjadikan pengalaman itu sebagai guru yang akrab untuk dia terus mencapai impian.

Anak jati Ipoh, Perak, ini mula mengorak langkah ke dunia perniagaan bukan semata-mata oleh desakan kehidupan dan kegagalan masa lampau.

Sebaliknya, impian untuk melihat kaum Hawa kelihatan anggun serta menawan menjadi inspirasi untuknya mencipta sesuatu yang baru dan boleh diterima oleh semua peringkat usia.

“Melalui dunia perniagaan saya banyak mengenali pelbagai ragam dan kerenah manusia. Pernah satu ketika saya merasakan cita-cita dalam perniagaan hampir berkubur kesan daripada manusia yang hanya tahu mengambil kesempatan atas keikhlasan dan kelemahan orang lain.

“Saya bukanlah wanita yang mudah mengalah oleh keadaan. Saya melihat kegagalan itu sebagai cabaran untuk saya bangun kembali," katanya.

Ruby pernah berkhidmat disalah sebuah institusi kewangan dan bekas kaki tangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Bermodalkan simpanan yang ada, dia kini memulakan langkah baru dengan menghasilkan produk kecantikan, Calithea.

Menurut Ruby, sikap optimis terhadap kecantikan sememangnya telah sebati dalam kehidupan seharian nya.

“Kerjaya seorang usahawan sememangnya sentiasa berurusan dengan orang ramai yang terdiri dari pelbagai golongan atasan sehinggalah bawahan.

“Personaliti dan ketrampilan menarik membantu membangkitkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan pelanggan", katanya yang merupakan Pengarah Urusan Calithea berpejabat di Rapat Setia, Ipoh.

Produk kecantikan sendiri

Jenama Calithea merupakan produk kecantikan yang berasaskan stemcell buah-buahan seperti epal, anggur dan timun.

Produk yang diasaskan oleh Ruby kini mula mendapat perhatian umum selepas tujuh bulan di pasarkan di pusat membeli belah sekitar Ipoh.

“Bemodalkan RM70,000 saya memberanikan diri menghasilkan produk kecantikan ilham saya sendiri. Saya mahukan suatu produk yang 100 peratus bebas daripada bahan kimia.

“Saya membuat kajian terperinci terhadap pengguna produk kecantikan. Melalui kajian itu saya dapati sebanyak 95 peratus pengguna mahukan produk yang bebas daripada bahan kimia dan tidak mempunyai kesan sampingan seperti pengelupasan kulit.

“Lahirnya produk Calithea ini merupakan sumbangan saya kepada masyarakat yang tercari-cari apakah yang mereka mahu untuk kebaikan diri mereka sendiri," katanya.

Ketika ini jenama tersebut mengandungi empat jenis produk iaitu Calithea Stemcell Cleanser, Calithea Stemcell Serum, Calithea Stemcell Magic Cream dan Parfume Scrub.

Ruby menegaskan kejayaannya dalam perniagaan banyak dipengaruhi oleh seseorang yang menjadi idola dan inspirasinya sejak sekian lama.

“Kejayaan saya banyak dipengaruhi oleh ibu saya sendiri. Saya banyak berkongsi kesedihan dan kegembiraan dengan ibu saya selain dari rakan-rakan yang rapat. Kejayaan saya hari ini adalah milik ibu saya," katanya yang berkongsi rahsia kejayaan melalui laman sesawang www.calithea.com.my .

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.