saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 12/06/2014

Smart Tadriz

Richard Ong (kanan) dan Pengarah Eksekutif Smart Reader Worldwide Sdn Bhd. Kevan Ong menunjukkan buku-buku untuk Smart Reader Kids Islamic.

SMART Reader Kids merupakan sebuah prasekolah yang cukup terkenal dengan pengajian dalam bahasa Inggeris yang diperkenalkan sejak tahun 1987.

Selain bahasa Inggeris, pusat perkembangan kanak-kanak tersebut turut mengajar mata pelajaran lain seperti matematik, bahasa Malaysia, dan sains.

Setelah hampir 30 tahun pusat tersebut dilihat mementingkan pengajian dalam bahasa Inggeris, kini mereka mengambil inisiatif memperkenalkan program Smart Tadriz di bawah jenama Smart Reader Kids Islamic yang menekankan pembelajaran Pendidikan Islam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide, Datuk Sri Dr. Richard Ong, Smart Tadriz merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenal sebagai satu usaha memperbanyakkan lagi produk di bawah syarikat tersebut.

Pada masa yang sama, jelasnya, ia diwujudkan untuk memenuhi permintaan daripada ibu bapa yang inginkan semua mata pelajaran diajar di bawah satu bumbung.

Mengambil selama dua tahun untuk melakukan penyelidikan serta kajian, tahun ini program tersebut diperkenalkan di lebih 50 Smart Reader Kids di seluruh negara.

“Pertengahan tahun lalu merupakan tahun pertama program dilancarkan tetapi ia hanya ditawarkan di 20 cawangan kami sebagai permulaan.

“Ini kerana kami ingin melihat bagaimana ia berjalan dan pada masa yang sama kami masih lagi memperbetulkan mana-mana bahagian yang perlu diperbetulkan.

“Jadi selepas segala-galanya dikesan dan diperbetulkan tahun lalu, akhirnya tahun ini program Smart Tadriz boleh didapati di lebih 50 Smart Reader Kids seluruh negara," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seperti pembelajaran bahasa Inggeris, program baharu itu turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka daya imaginasi dengan sepenuhnya melalui konsep baharu yang kreatif dan inovatif.

Menampilkan Iqrak, al-Quran, Ibadah, Akhlak, bahasa Arab, serta Jawi, program tersebut dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan kepada kanak-kanak yang beragama Islam.

Masih lagi mengekalkan corak pembelajaran yang sama seperti Smart Reader Kids, Richard memberitahu program baharu itu juga adalah ke arah melahirkan generasi Smart Muslim.

Berbicara lanjut mengenai Smart Tadriz, Richard berkata, kesemua bahan pembelajaran dihasilkan dan dipantau oleh panel-panel yang bertauliah dari Masjid Negara.

“Kami telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Masjid Negara dan dengan ini secara tidak langsung tiga orang ustaz dari Masjid Negara turut terlibat dalam menghasilkan bahan-bahan pembelajaran seperti buku teks.

“Yang pasti, cara pembelajarannya juga sama seperti Smart Reader Kids di mana kami turut menerapkan cara pembelajaran melalui bermain dan menyanyi.

“Program ini juga adalah berasaskan kepada penilaian dan penaksiran bukan berasaskan peperiksaan semata-mata," tambahnya lagi.

Hari ini dengan berkembang Smart Reader Kids di seluruh negara, ia turut meluaskan lagi perniagaan ke Thailand dan Filipina, serta terbaharu ke Dubai dan Jordan.

Apa yang pasti, hari ini Smart Reader Kids bukan sahaja dilihat satu bentuk pembelajaran yang efektif untuk kanak-kanak, ia juga dilihat satu medium pembelajaran yang mampu diterap oleh semua kanak-kanak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.