saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 15/06/2014

Kasih sayang biskut Julie’s

Martin menunjukkan sebahagian biskut yang dihasilkan Julie's.

Perjalanan hampir dua jam ke Alor Gajah, Melaka baru-baru ini memberi peluang kepada penulis mengetahui tentang sejarah pengilang biskut tempatan yang kini berusia 33 tahun.

Setibanya di kilang pertama Julie’s, kami diberi penerangan tentang pengeluaran produk ini yang dieksport hampir ke 60 negara. Kemudian, kami diberi peluang melihat sendiri proses-proses menghasilkan biskut daripada tepung diuli, bakar, penyejukan dan pembungkusan.

Semua proses ini mementingkan aspek kebersihan. Perkara utama yang menarik perhatian penulis ialah suasana bekerja yang mesra dan ceria di kilang ini.

“Kasih sayang memang menjadi pegangan utama syarikat kami. Kami mahu pekerja-pekerja di sini bekerja dengan selesa dan gembira. Maka, kami dapat menghasilkan produk yang lahir daripada hati mereka yang penuh kasih sayang," kata Pengarah Julie’s Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd, Martin Ang.

Bercerita lanjut tentang sejarah Julie’s, Martin memberitahu, kilang ini dibina pada 1981 hanya dengan satu oven. Pada 1986, kilang ini menukar nama kepada Julie’s kerana mereka merancang untuk mencari nama yang sesuai dipasarkan ke luar negara.

Ternyata percaturan itu berjaya apabila Julie’s kini terkenal di seluruh dunia. Malah ada segelintir masyarakat menganggap produk ini berasal dari luar negara. Kini Julie’s mempunyai tiga kilang di Alor Gajah, Melaka.

Martin menjelaskan, perniagaan ini diasaskan dengan keikhlasan pengasasnya iaitu niat memberi makan kepada pengguna sesuatu yang baik, enak dan berkualiti.

“Kami percaya kejayaan perniagaan makanan bermula daripada niat yang ikhlas dan baik. Kami mahu menyediakan makanan yang baik untuk pelanggan. Selain itu, bagi memastikan Julie’s dikenali di seluruh dunia, kami memastikan strategi pemasaran berjaya.

“Julie’s mahu masyarakat di luar sana tahu bahawa kita ada produk kelas antarabangsa. Siapa sangka produk yang dihasilkan di Alor Gajah akhirnya terkenal," katanya.

Sementara itu, Julie’s memperkenalkan kempen terbaru iaitu, Smart Buy dengan slogan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Kempen ini akan memberi diskaun rangkaian crackers dengan RM1 untuk setiap pembelian sepanjang tahun.

“Inilah budaya Julie’s untuk berkongsi kasih sayang dengan masyarakat. Kami memahami keluhan rakyat tentang kenaikan barangan harian. Oleh itu, kami mahu menggalakkan lebih ramai orang untuk menjadi pengguna yang bijak dalam memilih produk yang berkualiti tinggi namun dengan harga yang berpatutan.

“Penjimatan RM1 dalam jangka panjang boleh membantu dengan mendidik orang ramai untuk mengamalkan sifat berjimat," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.