saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 17/05/2012

Geseran papan selaju

Bermain papan selaju memerlukan keseimbangan badan yang tinggi.

Gerakan-gerakan menarik dan agak berbahaya mengiringi bunyi geseran roda bersentuhan palang besi yang cukup kuat kedengaran. Ia dihasilkan oleh sekumpulan remaja yang begitu asyik bermain papan selaju (skateboard).

Melihat mereka mengimbangkan diri di atas papan beroda empat bagaikan kebal daripada rasa takut terjatuh atau cedera.

Oleh kerana sudah terbiasa dengan latihan yang dilakukan setiap hari, rata-rata anak-anak remaja berusia antara 12 hingga 18 tahun ini tidak terusik oleh rasa gerun jauh sekali berputus asa apabila ada gerakan yang tidak menjadi.

Pelbagai teknik dan gaya yang ditampilkan sehingga ada yang menonton terasa ingin berdiri sekali di atas papan selaju tersebut.

Sememangnya aksi-aksi berani kumpulan remaja yang menjalani latihan di tempat letak kereta Pasar Besar Cheras, Kuala Lumpur, bukan pemandangan baru bagi mereka yang kerap lalu-lalang di situ.

Pengasas yang juga bertindak sebagai jurulatih kepada anak-anak muda tersebut, Muhamad Faisal Taib, 35, berkata, kumpulan dikenali sebagai Skaters Cheras ini, telah wujud sejak tahun 2005 lagi.

Biarpun ahlinya datang dan pergi, kumpulan tersebut terus utuh dan ketika ini terdapat lebih 30 remaja dari kawasan sekitar yang datang untuk berlatih atau sekadar suka-suka untuk bermain papan selaju.

"Saat saya mula menubuhkan kumpulan di sini ada beberapa lagi rakan yang turut menjadi jurulatih.

"Sekarang hanya tinggal saya sahaja yang melatih anak-anak muda ini tanpa sebarang bayaran.

"Saya buat ini pun hanya sekadar suka-suka untuk menurunkan ilmu kepada mereka yang berminat kerana tidak mahu sukan ini pupus begitu saja," jelasnya mula bermain papan selaju sejak tahun 1996 lagi.

Rasa minat yang mendalam terhadap aktiviti sukan lasak ini memberikan inspirasi kepada Muhamad Faisal untuk meneruskan perjuangan bersama remaja-remaja di Cheras.

Menurutnya, terdapat pelbagai teknik latihan papan selaju yang boleh dipelajari seperti street skate, bowl skate, skatepark dan vert skate.

Namun katanya, bagi sekumpulan remaja di Cheras ini, mereka hanya didedahkan dengan gaya permainan permulaan yang ringan iaitu street skate (skate jalanan).

"Teknik street skate pun ada banyak gaya seperti ollie, board slide, manual, caveman, heel flip dan 50-50 grind.

"Untuk menguasai setiap teknik memerlukan komitmen dan latihan yang mantap. Mula-mula belajar memang sukar, tetapi selepas itu mereka akan mahir dengan sendiri," ujarnya.

Sementara itu salah seorang remaja yang ditemui, Muhammad Aiman Masri, 19, berkata, bermain papan selaju memerlukan ketangkasan dalam melakukan pergerakan-pergerakan yang sukar.

"Saya menyertai kumpulan Skaters Cheras ini sejak sekolah rendah lagi. Saya memang minat sukan lasak ini dan telah menjadi hobi setiap petang untuk datang ke sini bersama-sama rakan.

"Kalau ingin mencabar diri saya luangkan masa pergi ke tempat yang disediakan untuk para pemain papan selaju di Mont Kiara," jelasnya yang pernah patah tangan dan bahu sewaktu bermain papan selaju.

Seorang lagi remaja yang merupakan satu-satunya peluncur perempuan, Annur Abdullah Sani, 17, menyertai kumpulan itu sejak dua tahun lalu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tasik, Kuala Lumpur itu, tidak menjadikan perbezaan gender sebagai halangan menguasai teknik-teknik menarik dalam permainan papan selaju.

"Walaupun dikelilingi lelaki, tetapi tidak menggusarkan saya untuk menyertai kumpulan ini kerana sudah serasi dan selesa bersama mereka. Malah kebanyakan mereka adalah rakan satu sekolah.

"Sebelum ini terdapat beberapa orang skategirl yang ikut serta tetapi menarik diri kerana sibuk memberi komitmen untuk sukan di sekolah," katanya yang juga gemar hobi berenang dan menari.

Seorang lagi remaja, Ammar Danish Saiful Azrin, 15, menarik perhatian dengan dengan melakukan pergerakan ollie iaitu lompat setempat di atas papan selaju yang bergerak.

Pelajar SMK Seri Tasik ini juga mahir dalam melakukan pelbagai teknik lain yang tidak kurang mencabarnya.

"Saya pernah menyertai beberapa pertandingan. Kepuasan saat beraksi dengan gerakan-gerakan menarik memang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.