saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 21/06/2012

'Kami tidak takut!'

JIKA diikutkan bukan calang-calang orang yang mampu membawa dan menunggang motosikal yang besar apatah lagi jika yang membawanya ialah wanita.

Namun semua itu terbukti dengan pembabitan wanita-wanita yang bersemangat waja dengan mempunyai hobi dan minat yang sama iaitu menunggang motosikal.

Bagi mereka sifat kelembutan bukanlah penghalang kepada golongan ini untuk memecah kebuntuan yang menerokai dan mendalami bidang ini sebagaimana golongan Adam lain.

Bagi Zalina Zulkifli, 35, mula menyukai aktiviti permotoran kerana selalu mengikuti suaminya, Khairul Azmi Ayob bersiar-siar dengan motosikalnya.

Minat yang pada mulanya didorong oleh suaminya itu kini menjadi sebahagian daripada hobi Zalina pada masa lapang.

"Dulu saya hanya mengikut suami ketika mereka berkonvoi tetapi lama kelamaan saya sendiri menunggang motosikal tersebut secara solo.

"Setakat ini saya telah mengembara bersama motosikal ke Ipoh, Port Dickson dan Melaka.

"Biarpun wanita sering dikaitkan dengan kelembutan tetapi bagi saya semua itu tidak penting.

"Bagi mereka yang boleh menunggang motosikal, secara tidak langsung membuktikan mereka lebih tabah dan ketika saya meluncur laju bersama motosikal ia seolah-olah memberikan orgasma kepada saya," katanya.

Norzaida Saidin, 52, berkata, dunia permotoran telah sebati dalam jiwanya.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Kak Nor oleh peminat sukan bermotor ini, dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas dia mewakili majalah Moto Culture sebagai penulis bebas sejak pulang ke Malaysia dari kota London lima tahun lalu.

"Selepas pulang ke Malaysia saya selalu mengembara dengan motosikal saya dari jenis Kawasaki KLE 500cc.

"Sebenarnya saya sudah menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak 25 tahun lalu dan bagi saya aktiviti ini menyeronokkan dan saya berpeluang bertemu pelbagai ragam manusia," ujarnya.

Ujar Kak Nor, dia pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2008 ketika mengembara bersama motosikalnya ke Suratani, Thailand.

"Ketika itu saya terbabas seorang diri dan motosikal saya rosak teruk. Selepas terbabit dalam kemalangan itu selama dua tahun saya tidak menunggang motosikal kerana tulang di bahagian lutut saya patah.

"Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melemahkan semangat saya tetapi ia membuatkan saya lebih berhati-hati ketika menunggang.

"Sejak 2005 banyak rakan-rakan terlibat dengan kemalangan dan di antara mereka ada yang pergi meninggalkan kami. Oleh itu, saya menasihati bikers baru supaya dalam berseronok kita juga kena berhati-hati dan sentiasa berwaspada," jelasnya.

Ruzaimah Miskam, 36, pula mula menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak empat tahun lalu.

"Sebelum membeli motosikal sendiri, saya tidak pernah membonceng motosikal apatah lagi menunggang motosikal kapcai.

"Tetapi saya tertarik dengan keunikan motosikal dan mengambil keputusan untuk memberanikan diri mengambil lesen.

"Selepas berjaya mendapatkan lesen motosikal, saya membeli motosikal pertama MV Agusta Brutale, 998cc," katanya.

Beliau berkata, sejak memiliki motosikal tersebut sifat penakutnya hilang begitu sahaja, malah beliau semakin berani memecut motosikal barunya (Mv Agusta F4) ke mana-mana sahaja destinasi yang ingin ditujuinya.

"Perwatakan individu boleh berubah ketika dia menunggang motosikal berkuasa tinggi kerana ketika menunggang, tahap keyakinan mereka boleh bertambah.

"Walaupun dulu saya seorang yang penakut tetapi kini saya telah membuktikan kepada diri sendiri yang kini lebih berani, yakin dan seronok," jelasnya yang pernah menjelajah Medan, Indonesia bersama motosikal pada tahun 2010.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.