saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 16/02/2013

Eksplorasi Gunung Bah Gading

ARI daripada kesibukan kota dan mencari kedamaian alam semula jadi menjadi motif sekumpulan pendaki untuk menakluk Gunung Bah Gading dan menjejaki Air Terjun Tigok baru-baru ini.

Sebanyak 25 pendaki terlibat dalam program anjuran Seven Outdoor Team ini. Kedua-dua lokasi terletak dekat kampung Orang Asli Pos Gedong, Bidor, Perak.

Untuk memasuki kawasan ini, seseorang perlu mendapatkan permit dari Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan.

Laluan masuk ke Pos Gedung yang tidak rata, berbukit dan beberapa kali melintasi sungai hanya boleh ditempuhi dengan kenderaan pacuan empat roda.

Khidmat jurupandu arah diperolehi daripada kalangan anak muda kampung tersebut bagi memimpin kami ke Gunung Bah Gading dan Air Terjun Tigok.

Perjalanan hari pertama menyaksikan kami menyusuri dan melintasi sungai sebanyak lapan hingga 10 kali. Kesejukan dan bunyi air mengalir menjadi penyuntik semangat dan kudrat untuk kami meneruskan perjalanan.

Setelah dua jam menyusuri sungai, kami sampai di lintasan sungai terakhir sebelum memasuki laluan balak menuju ke tapak perkhemahan.

Lintasan sungai terakhir juga adalah sumber air terakhir kami kerana sepanjang dua jam perjalanan ke tapak perkhemahan, tiada lagi sumber air. Kami perlu mengambil bekalan air secukupnya untuk kegunaan di tapak perkhemahan pada malam tersebut dan untuk kegunaan semasa mendaki ke puncak.

Tapak perkhemahan yang luas di atas permatang mampu memuatkan 35 hingga 40 orang pendaki dalam satu-satu masa.

Mendaki Gunung Bah Gading

KAMI bangun seawal pukul 7 pagi untuk menyediakan sarapan. Kami hanya membawa beg kecil berisi bekalan air dan makanan ringan ke puncak.

Pendakian memakan masa antara dua hingga tiga jam. Laluan agak mencanak sehingga ke puncak Anak Bah Gading. Dari situ, laluan mulai menurun sehingga kaki gunung. Seterusnya kami mendaki semula sekitar 20 minit untuk sampai ke puncak Gunung Bah Gading.

Gunung ini mempunyai ketinggian 1,621 meter (5,318 kaki) dari paras laut dan puncak ditanda dengan beirut. Selesai bergambar, kami berjalan turun ke tapak perkhemahan yang hanya mengambil masa dua jam.

Selepas makan tengah hari, kami meneruskan pula perjalanan ke Air Terjun Tigok.

Menjejaki Air Terjun Tigok

PERJALANAN ke Air Terjun Tigok masih menggunakan laluan yang sama. Kami tiba di satu persimpangan yang terletak 10 minit sebelum kawasan lintasan sungai terakhir semalam.

Laluan agak luas dan selepas lima minit berjalan dari simpang itu, kami memasuki laluan pohon buluh, meniti tebing yang agak curam dan beberapa kali melintasi sungai. Jelas kelihatan trek ke air terjun agak kurang dilalui dan agak sukar menjejaki laluan itu jika baru pertama kali menempuhnya.

Justeru, agak bahaya jika tidak menggunakan khidmat jurupandu arah orang kampung kerana mereka lebih mahir dengan laluan tersebut. Terdapat banyak jerat haiwan yang dipasang oleh Orang Asli bagi memerangkap haiwan yang memakan buah durian di sepanjang laluan ke air terjun.

Hampir satu jam berjalan, kedengaran bunyi aliran air semakin kuat memecah keheningan belantara. Ini menandakan kami sudah semakin hampir dengan lokasi air terjun.

Hari semakin gelap, jam menunjukkan pukul 7 petang. Tinjauan dilakukan berhampiran air terjun, tetapi tiada kawasan lapang yang sesuai dijadikan tapak perkhemahan. Akhirnya, satu kawasan yang difikirkan sesuai berhampiran sungai dibersihkan untuk dijadikan tapak perkhemahan.

Suasana malam agak merimaskan dengan serangan agas. Selesai makan malam, kami merehatkan badan kerana esok pagi adalah hari yang amat bermakna bagi kami bagi meraikan kejayaan dalam misi eksplorasi Gunung Bah Gading dan Air Terjun Tigok.

Menikmati keindahan pagi

KAMI bangun awal pagi kerana tidak sabar untuk melihat keindahan dan kedinginan air terjun. Sarapan dibawa ke gigi air untuk dinikmati di situ. Aliran air terjun yang menghempas batu memecah keheningan pagi. Ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Selesai sarapan, kami mandi manda.

Selepas makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan pulang ke Pos Gedong. Laluan yang sama diselusuri dan dua jam kemudian, kami tiba di situ. Kami sempat bergambar kenang-kenangan di Pos Gedong sebelum menaiki jentera pacuan empat roda menuju ke pekan Bidor. Selesai membersihkan diri dan menjamu selera, kami pulang ke destinasi masing-masing dengan membawa pengalaman yang cukup indah.

- KHAIRUL NIZAM MOHD ARIS, Kuala Lumpur

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.