saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 30/03/2013

Berbasikal lasak sekitar Beranang

Walaupun tidak mempunyai pengalaman berbasikal di laluan tidak rata, ia tidak menjadi halangan untuk peserta berkayuh sejauh 30 kilometer.

AKTIVITI berbasikal menggunakan laluan tidak rata dan berturap semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana sukan lasak tersebut bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjanjikan cabaran tersendiri baik dari segi mental mahupun fizikal.

Minggu lalu, sekumpulan penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan program Kayuhan Ekstrem Off Road mengelilingi kawasan di sekitar Beranang, Selangor.

Laluan berbasikal itu bermula dari Bandar Tasik Kesuma Fasa 1L - Jeram Kedah, Ulu Beranang dan kembali semula ke Bandar Tasik Kesuma Fasa 1L.

Sebelum memulakan kayuhan sejauh 30 kilometer itu, para peserta terlebih dahulu diberi taklimat ringkas tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan sepanjang aktiviti berlangsung. Taklimat itu disampaikan oleh Mohd. Nazri Razali, 36, dari Lakers F1 Cycling Club.

Lebih daripada 45 peserta yang terdiri daripada penghuni Kolej Ungku Omar UKM, ahli Lakers F1 Cycling Club serta jemputan menyertai aktiviti berbasikal yang bermula seawal pukul 8 pagi.

Malah, Pengetua Kolej Ungku Omar, Mejar Dr. Azahan Awang dan Pengerusi Rukun Tetangga Bandar Tasik Kesuma Fasa 1L, Bahari Chan juga tidak ketinggalan menyertai kayuhan tersebut.

Aktiviti bermula sebaik sahaja acara kayuhan beramai-ramai berlangsung yang mana para peserta terpaksa melalui cabaran merentasi Ladang Kelapa Sawit Tarun sebelum berehat seketika dan minum untuk menghilangkan dahaga di hentian pertama.

Memasuki kawasan Ulu Beranang, masing-masing kelihatan kagum menikmati kehijauan kawasan perkampungan yang rata-ratanya didiami penduduk Orang Asli.

Sungguhpun, laluan menuju ke Jeram Kedah, Ulu Beranang semakin mencabar dan berliku, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat peserta, lebih-lebih lagi setelah melihat anak sungai yang sedia menanti kedatangan mereka.

Berhenti rehat di Jeram Kedah bagaikan sudah lama dinanti-nantikan mereka. Sambil menikmati sarapan, ada juga peserta sempat bermain air sebelum memulakan perjalanan pulang.

Memasuki semula di bulatan Bandar Tasik Kesuma Fasa 1L, masing-masing kelihatan mengayuh laju untuk bersaing antara satu sama lain bagi menamatkan kayuhan, selain mahu menjadi peserta pertama tiba ke garisan penamat.

Biarpun wajah masing-masing kelihatan letih, namun keletihan itu tidak menghalang para peserta untuk ‘riuh’ berkongsi cerita tentang pengalaman berbasikal di laluan tidak rata dan berturap sambil menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan oleh penduduk Bandar Tasik Kesuma Fasa 1L. - LYNN/WAHIDIN SALIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.