saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 07/09/2013

Karlos bolos cabaran Water Rafting

SELEPAS berjaya memboloskan diri dari Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima, pelakon siri Karlos buat hal lagi dengan mencabar arus deras di Kampung Ulu Slim, Slim River, Perak bersama beberapa orang peminat.

Bagi Johan As’ari, Syazwan Zulkifly dan Jay Iswazir yang membintangi drama bersiri Karlos terbitan TV3 bermula Mac lalu dan diikuti siri Karlos Bolos yang ditayangkan pada Jun lalu membuatkan mereka bertiga tidak senang duduk.

Mana tidaknya, arus di jeram itu menarik rakit tiub mereka sehingga berpusing menjunam ke dasar sungai.

Cabaran itu membuatkan tanggapan mereka meleset sama sekali kerana aktiviti berakit arus deras atau lebih dikenali sebagai white water rafting bukan saja mencabar dari segi fizikal bahkan mental setiap peserta.

Sebelum bermulanya cabaran tersebut, taklimat ringkas diberi oleh penaja dan juga pemilik Khersonese Expedition Sdn. Bhd., Ishak Mohammad dan ketua jurumudi, Kamal Abdullah mengenai teknik pengendalian dan ciri-ciri keselamatan.

Maklumlah baru pertama kali mereka mencuba memang aspek keselamatan perlu diutamakan.

Setelah diperkenalkan dengan istilah seperti hold on (rehat sambil pegang tali), bumbum (duduk di tengah-tengah rakit tiub sambil menundukkan kepala) serta cara bergerak ke belakang, depan kiri dan kanan, sesi bergambar pun bermula sebelum turun ke gigi air.

Aktiviti itu tidak dilakukan secara bersendirian kerana enam jurumudi berpengalaman turut sama menaiki tiga buah rakit tiub bersama mereka.

Cabaran sejauh 13 kilometer itu bermula dengan menyusuri sungai yang tenang, namun ketenangan itu mula berubah apabila cabaran yang lebih mengujakan bermula dengan menuruni jeram setinggi 3.7 meter setibanya di Jeram Kotak.

Selepas berehat seketika di Jeram Rumah Tanduk, cuaca mulai berubah dan hujan mulai turun dengan lebatnya.

Dengan itu, paras air semakin tinggi dan membuatkan arus semakin deras, sekali gus benar-benar memberikan cabaran kepada mereka.

Kemuncaknya, peserta berhadapan dengan jeram berpusar yang lebih dikenali sebagai ‘jeram hydrolic’ oleh peminat sukan berkenaan.

Bagaimanapun, kemahiran jurumudi yang berusaha keras untuk mengawal rakit berjaya mengelakkan peserta daripada jatuh atau terhentak pada batu.

Walaupun ada rakit tiub terbalik ketika menyusuri arus deras, aktiviti berakit sememangnya memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupai oleh kesemua peserta.

Kerjasama semua peserta dengan bantuan jurumudi membolehkan mereka selamat sampai ke penghujungnya.

Bagi yang terlepas menyaksikan Karlos Bolos, bolehlah menonton drama tersebut menerusi portal www.tonton. com.my pada bila-bila masa dan di mana- mana jua. - SYAHRIL/AZLAN HADI ABU BAKAR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.