saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 16/11/2013

Laluan 'hilang' ke puncak Gajah Terom

SEBUT sahaja Gunung Gajah Terom, ramai penggiat rekreasi khususnya pendaki tidak mengetahui kewujudannya di bumi Terengganu.

Tidak seperti Gunung Tebu dan Gunung Berembun yang sudah dikenali ramai, Gunung Gajah Terom jarang didaki.

Penulis sendiri begitu teruja untuk mendaki gunung ini setelah melihat iklan ekspedisi mendaki Gunung Gajah Terom di Facebook Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu.

Seramai 25 pendaki bersama pemandu arah, Mohammad Syukri Wahab, berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gajah Terom dalam ekspedisi yang diadakan pada 5 hingga 6 Oktober 2013 lalu. Berikut catatan pendakian kami. Kami memulakan pendakian pada pukul 9 pagi. Pendakian bermula dari kawasan perkelahan terkenal di Kuala Berang iaitu Air Terjun Sekayu. Pada mulanya, kami menempuh kebun kelapa sawit, kebun cili dan kawasan tanaman pokok langsat untuk mencari laluan denai hutan yang telah hilang akibat aktiviti pertanian yang dijalankan berhampiran kawasan hutan tersebut.

Pemandu arah turut gagal mengesan laluan asal memandangkan hampir setahun gunung itu tidak dijejaki. Dengan bantuan telefon pintar, radio amatur dan Global Positioning System (GPS), akhirnya koordinat puncak dapat dikesan. Justeru, kami memulakan misi menjejaki laluan denai hutan pada pukul 3 petang.

Setelah setengah jam perjalanan, laluan asal mula ditemui. Laluan balak tinggal mula ditandai dengan 'marking tape' berwarna merah, putih sebagai panduan jalan untuk para pendaki lain.

Kami berhenti rehat di kawasan pagar elektrik yang dibina bagi mengelakkan gajah memasuki kawasan kampung. Pagar itu dibina di tepi sebuah kawasan jalan balak lama. Destinasi kami seterusnya adalah ke air terjun Lubuk Kawah.

Dalam perjalanan ke sana, kami menemui kesan tapak kaki beruang dan gajah yang masih baru. Menurut Mohammad Syukri, kawasan hutan di sini menjadi habitat semula jadi hidupan liar yang kebanyakannya adalah gajah.

Justeru, tidak hairanlah gunung ini dipanggil Gajah Terom kerana kesan najis dan tapak kaki haiwan liar itu boleh kelihatan sepanjang laluan menuju ke puncak.

Selepas satu hingga dua jam perjalanan dari pagar elektrik tadi, kami akhirnya tiba di air terjun Lubuk Kawah untuk minum petang. Jika air terjun Lubuk Kawah di Tanjung Malim, Perak mempunyai kolam yang luas, air terjun Lubuk Kawah berhampiran Gunung Gajah Terom ini pula mempunyai air terjun dan kolam yang kecil, terdiri daripada bongkah batuan granit.

Senja hampir menjelma, kami meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan yang terletak kira-kira dua hingga tiga jam perjalanan dari air terjun tadi. Kami melalui lereng-lereng jalan balak yang telah terhakis meninggalkan kawasan lurah dan jurang yang agak dalam dan merbahaya dek kerana sering dilalui oleh gajah liar, sekali gus membuatkan kami menempuh lereng bukit di laluan balak itu dengan berhati-hati.

Atas nasihat ketua ekspedisi, Nor Sha Ain Ramli, kami berhenti berehat berhampiran pokok cengal yang agak besar, sementara menunggu waktu Maghrib berlalu. Selang 10 minit selepas Maghrib, bertemankan cahaya lampu head lamp, langkah terus disusun dan kami bergerak secara berkumpulan menuju ke tapak perkhemahan.

Pergerakan yang agak terbatas ketika berjalan di dalam hutan pada waktu malam membuatkan semua peserta berjalan perlahan dan dekat antara satu sama lain. Akhirnya pada pukul 9 malam, kami tiba di tapak perkhemahan LWP yang bermaksud last water point untuk bermalam. Punca air bersih yang terdapat berhampiran tapak perkhemahan memudahkan anggota kru ekspedisi menyediakan hidangan makan dan minum untuk semua peserta, selain untuk membersihkan diri.

Keesokan paginya, selepas sarapan, kesemua peserta mengatur langkah dengan penuh semangat menuju ke puncak. Dalam perjalanan itu, kami menemui beberapa batang pokok durian hutan. Tidak seperti buah durian biasa, buah durian hutan ini bersaiz agak kecil dan tumbuh di sepanjang batang pokok dari bawah ke atas. Buah yang masak berwarna kuning keperangan.

Selang beberapa minit perjalanan meninggalkan kawasan pokok durian hutan, kami menemui pula sebuah kawasan berpaya yang dilitupi pokok teratai. Amat menarik kerana jarang kawasan berpaya ditemui di kawasan permatang gunung.

Menurut Mohammad Syukri, kawasan itu juga dikenali sebagai 'kolam itik' yang menjadi daya penarik haiwan liar seperti gajah mendapatkan bekalan minuman di sana.

Setelah hampir dua hingga tiga jam mendaki, akhirnya kesemua peserta berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Gajah Terom yang berketinggian 1,220 meter dari aras laut.

Terdapat penanda puncak yang diperbuat daripada besi dan zink berbentuk segi tiga di puncak. Cuaca yang amat baik pada waktu itu menyajikan pemandangan yang menarik. Antara panorama yang dapat dilihat dari kejauhan adalah bandar Kuala Terengganu, kawasan pekan dan perkampungan sekitar Kuala Berang, sebahagian kawasan perairan Laut China Selatan, Pulau Kapas serta kawasan Tasik Kenyir dan banjaran gunung di kawasan barat negeri Terengganu.

Setelah menikmati hidangan makan tengah hari di puncak, kesemua peserta bergambar bersama sebelum turun semula ke tapak perkhemahan.

Kami semua selamat keluar dan sampai semula di kawasan Air Terjun Sekayu pada pukul 9 malam dan berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Mendaki Gunung Gajah Terom ini memberikan satu pengalaman baru kepada semua peserta. Kepenatan yang dirasai hanyalah seketika, namun kejayaan adalah kepuasan semua peserta yang dikecapi dalam ekspedisi ini. - FAIZAL SAMAT

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.