saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 04/10/2014

Apabila bikers main paintball

Banyak menghabiskan masa di litar lumba dan meluncur laju di jalanan memang sinonim dengan gaya hidup penunggang motosikal berkuasa tinggi tetapi lain pula cerita bagi Ampunk Pac_k dan juga Haluan Kiri Bikers (HKB).

Mereka membawa kelainan apabila menjadikan permainan paintball untuk bersaing sesama sendiri yang bertujuan merapatkan hubungan di antara 20 penunggang motosikal berkuasa tinggi itu.

Acara yang berlangsung di Paintball Valley Bukit Lagong, Selayang itu menyaksikan mereka bersaing sengit di samping menunjukkan kerjasama dalam pasukan membuat perancangan menyerang dan juga bertahan.

Salah seorang peserta, Norjamaludin Ismail, berkata, acara yang julung kali diadakan itu dapat mengeratkan hubungan para peserta dan menambah kenalan kerana ia dibuat secara terbuka.

"Saya gemar melakukan aktiviti sebegini, tidak menjurus kepada menunggang sahaja. Bersukan atau aktiviti lasak ini dapat merapatkan hubungan dan perlu menjadi satu budaya atau ikutan kepada kumpulan lain di luar sana," katanya.

Seorang lagi peserta, Ikram Anuar berpendapat acara ini dapat mengembangkan minda di dalam perancangan secara taktikal dan membuat keputusan secara berkumpulan.

"Dalam masa yang sangat singkat, kami perlu berbincang untuk membuat keputusan dan membahagikan tugas kepada ahli pasukan agar pasukan kami lebih bersedia apabila melangkah masuk ke dalam gelanggang," katanya.

Bagi peserta yang kali pertama mencuba permainan paintball, Asnor Musa, pula mengakui perasaan gemuruh menyelubungi diri kerana terpaksa bertempur dengan pasukan lawan.

"Biasalah, kali pertama saya agak gugup tetapi pasukan lawan apa kurangnya kerana mempunyai ahli yang turut kali pertama bermain. Habis pusingan pertama, saya mula mendapat rentak seolah-olah tidak mahu berhenti pula.

"Kerjasama yang terjalin dan perancangan yang rapi membuatkan ahli pasukan saling mempercayai satu sama lain. Ia sememangnya aktiviti yang baru bagi saya dan sangat berbeza dengan dunia permotoran. Ia sangat menyegarkan dan sangat mencabar kerana dapat merasai perasaan cemas di medan pertempuran," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.