saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 13/10/2014

Hutan Temenggor kaya khazanah alam

Keindahan alam semulajadi di hutan Belum Temenggor

Terletak di utara Perak, kompleks hutan hujan Belum-Temengor atau kompleks hutan BT dipercayai telah wujud sejak 300 juta tahun yang lalu, lebih tua daripada hutan hujan Amazon di Brazil dan Congo.

Kompleks hutan BT memiliki keluasan sekitar 300,000 hektar dan kawasan itu telah dinobatkan sebagai antara kawasan hutan yang memiliki kepelbagaian biodiversiti tertinggi di dunia.

Untuk memastikan kawasan tersebut dilindungi dan dipromosi sebagai salah satu destinasi produk eko pelancongan dunia, satu inventori berkenaan flora dan fauna perlu dilakukan untuk mengetengahkan kepelbagaian bio amat diperlukan.

Maklumat serta data berkenaan kepelbagaian bio, elemen-elemen penting yang unik kepada hutan tersebut pastinya akan menarik minat pelancong dari dalam serta luar negara untuk mengunjunginya.

Ekspedisi Saintifik ke Hutan Simpan Temengor pertama kali dilaksanakan pada tahun 1993 oleh Persatuan Pencinta Alam (MNS) sekitar kawasan Sungai Halong yang terletak berdekatan kawasan Sungai Enam.

Pelbagai maklumat diperolehi dan didokumentasi bagi tujuan rujukan penyelidikan, namun ekspedisi tersebut masih belum menyeluruh dan sebahagian besar kompleks hutan Temengor masih belum diterokai.

Selepas itu menerusi ekspedisi kedua itu yang diadakan baru-baru ini pelbagai rekod bagi spesies flora dan fauna yang belum pernah di temui di kawasan hutan Belum-Temenggor berjaya dicatatkan, malah beberapa denai hutan juga dikenalpasti berpotensi untuk diperkenalkan kepada pelancong.

Berikutan kejayaan ekspedisi tersebut, satu simposium telah dianjurkan bagi membentangkan segala penemuan baharu di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Perak.

Penyelidik sejenis tumbuhan pepanjat (liana) dari Sekolah Sains Biologi, USM, Dr. Rahmat Zakaria, berkata, kumpulannya juga berjaya menemui sejumlah 118 spesies daripada 32 famili di semua denai kajian.

Namun jika di hitung liana yang berada diluar kawasan plot kajian spesies yang ditemui mencecah 140 jenis.

“Antara spesies yang berjaya kami temui adalah Fabaceae atau Leguminoceae, 22 spesies, Annonaceae, 12 spesies dan Apocynaceae, 12 spesies.

“Ke semuanya merupakan antara famili yang menyumbang kepada jumlah spesies terbanyak dalam golongan tumbuhan liana yang ditemui," katanya.

Di antara ke semua famili tumbuhan tersebut, genera yang paling dominan di sekitar kawasan Sungai Enam adalah Parameria (Apocynaceae), Bauhinia (Fabaceae) dan Uncaria (Rubiaceae).

Menurut Dr. Zakaria, penemuan sejumlah besar tumbuhan pepanjat tersebut menunjukkan bahawa hutan tersebut amat subur sekali gus membantu kelangsungan hidup pelbagai haiwan yang bergantung kepadanya.

“Sebahagian besar spesies liana berbuah sepanjang tahun dan buahnya merupakan antara sumber makanan utama kepada haiwan di sekitarnya.

“Justeru, taburan liana yang tinggi di dalam satu-satu kawasan hutan itu merupakan antara petunjuk yang baik kepada ekosistemnya," katanya.

Malah, katanya sebahagian besar akar pepanjat bukan hidup menumpang kepada pohon balak sebaliknya merupakan pesaing yang sihat kepada tumbuhan tersebut.

Di samping membekalkan makanan kepada haiwan liar, tumbuhan itu juga berpotensi untuk dijadikan ubatan dan minyak wangi.

“Sebahagian besar tumbuhan ini masih belum dikaji sepenuhnya, namun menurut beberapa penyelidikan yang terdahulu terdapat beberapa spesies tumbuhan ini berpotensi untuk di ekstrak bagi mendapatkan minyak serta sebatian kimia untuk dijadikan produk farmaseutikal," katanya.

Liana merupakan antara tumbuhan penting yang sering dilupakan dalam kajian berkenaan flora akibat dari kekurangan rujukan dan kesukaran mendapatkan tenaga pakar.

Menerusi ekspedisi tersebut, di dapati kompleks hutan Belum-Temenggor memiliki kepelbagaian bio yang tinggi di samping dihuni pelbagai flora dan fauna unik yang mana berpotensi besar untuk diketengahkan sebagai produk eko pelancongan.

Oleh yang demikian, kajian yang menyeluruh serta berterusan perlu dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan lebih banyak penemuan di capai sekali gus menjadikannya antara alasan yang kukuh untuk kita mengekalkan kawasan hutan tersebut kekal dalam keadaan semulajadi buat selamanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.