saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 18/10/2014

Meredah salji ke puncak Ararat

KHALID Yunus (kiri) melaungkan azan di puncak Gunung Ararat.

Gunung Ararat yang terletak di timur Turki, berhampiran sempadan Iran dan Armenia, berkait rapat dengan kisah bahtera Nabi Noh yang dikatakan tersadai di puncak gunung tersebut.Nama asalnya adalah Urartu yang kemudian diubah kepada Ararat oleh negara Armenia.

Penulis bersama 13 pendaki Malaysia berjaya mendaki gunung itu pada akhir Ogos lalu. Pendakian itu merupakan sebahagian daripada latihan kepada pendaki Terengganu yang akan menakluk puncak Everest pada tahun depan.

Untuk ke Gunung Ararat, kami terbang dari Istanbul ke tempat bernama Van. Penerbangan memakan masa dua jam. Dari situ, kami berkereta ke Dogubeyazit untuk bermalam. Keesokan harinya, kami berkereta ke kawasan pergunungan untuk memulakan pendakian dari ketinggian 2200 meter ke Kem 1 yang terletak di paras 3340 meter.

Laluan ke Kem 1 merupakan daratan yang dipenuhi pelbagai tumbuhan dan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Kelihatan kaum nomad dan penduduk tempatan bersama ratusan kambing peliharaan. Laluan kemudian bertukar kepada denai batu-batu kecil yang mula mencabar daya tahan pendaki.Angin mula dingin apabila pendakian bertambah tinggi ke Kem 1.

Keesokan harinya, kami melakukan proses penyesuaian diri sehingga ke Kem 2 di ketinggian 4100 meter dan turun semula ke Kem 1.

Laluan menegak dari Kem 1 ke Kem 2 penuh dengan batu-batu besar dan kecil. Tidak banyak laluan mendatar menyebabkan badan cepat kepenatan.

Namun dalam pendakian itu, kami berselisih dengan sekumpulan pendaki buta. Kami bergambar dengan mereka. Detik itu menjadi pencetus semangat kepada semua pendaki. Orang yang kurang upaya boleh sampai ke puncak. Malulah kalau kami tidak boleh sampai. Selepas hampir lima jam mendaki, kami tiba di Kem 2. Angin bertiup kencang. Suhu mencecah -15 celsius. Sejuknya bukan kepalang. Cabaran ke puncak Gunung Ararat (5137 meter) memakan masa enam hingga lapan jam. Penulis dan dua pendaki bertolak lebih awal pada pukul 10.30 malam, manakala yang lain dua jam kemudian.

Laluan ke puncak yang berbaki kira-kira 1,000 meter itu benar-benar mencabar kesabaran,kesungguhan dan disiplin para pendaki. Laluannya berpusing-pusing ke atas dan dipenuhi dengan batu besar-besar dan cukup merbahaya.Cuma dengan suluhan lampu kecil di kepala kami sahaja yang dapat memandu kami secara perlahan-lahan.

Salji mula turun apabila pendakian hampir ke Crampon Point iaitu tempat kami menukar kasut dan memasang crampon untuk mendaki di atas salji. Keadaan bertambah kalut apabila tiupan angin yang menyejukkan menyapa kami.

Apapun selepas kira-kira enam jam mendaki, kami sampai juga ke Crampon Point. Ketika itu, sudah mula kelihatan ramai pendaki dari merata dunia termasuk dari Amerika,Itali,United Kingdom, Jerman dan Jepun.

Jurupandu kami, Sinada berkata, biasanya apabila sampai ke Crampon Point, pendaki boleh sampai ke puncak dan benar, kira-kira dua jam kemudian, kami mengibarkan Jalur Gemilang sempena dengan sambutan kemerdekaan negara kita yang ke-57, diikuti dengan laungan Merdeka oleh 14 orang anak Malaysia memenuhi ruang angkasa Gunung Ararat.

Saya cuba melihat di sekitar kawasan puncak pergunungan itu, kalau ada bentuk sebuah bahtera tetapi tidak ada. Kalau begitu, mana datangnya cerita pendaki atau pengembara yang menggali hingga 70 meter ke dalam salji dan berjaya mengambil cebisan-cebisan kayu dan tali yang dikatakan dari bahtera Nabi Noh yang tersadai apabila diturunkan banjir besar oleh Allah SWT.

Dari puncak Gunung Ararat, kami terus turun ke Kem 2 dan Kem 1 yang memakan masa keseluruhan 14 jam. Oleh kerana keletihan, penulis membuat keputusan untuk turun dengan menunggang kuda. Penulis tidak pernah menunggang kuda. Inilah kali pertama berbuat demikian, tambahan pula di kawasan pergunungan.

Menunggang kuda di kawasan pergunungan cukup bahaya. Muka penulis beberapa kali tersembab ke leher kuda tatkala kami melalui kawasan yang amat curam. Di samping itu, kalau tidak pandai mengimbangi badan dengan rentak kuda, sudah pasti boleh terjatuh.

Selepas sampai ke bandar Dogubeyazit, kami dibawa ke suatu tempat di kawasan pergunungan itu, Nuhun Gemisi (Nuh's Ark).

Di situ, kami ditunjukkan satu lereng gunung yang terdapat rangka sebuah kapal yang dikatakan milik bahtera Nabi Noh. Rangka itu kelihatan cukup jelas. Di kawasan itu juga, terdapat sebuah rumah kecil yang mempamerkan pelbagai latar belakang dan keratan akhbar mengenai bahtera Nabi Noh.

Persoalannya, kalau rangka bahtera itu benar-benar bahtera Nabi Noh dan disokong pula oleh pelbagai maklumat yang dipamerkan di dalam rumah kecil itu, apa maknanya kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh pelbagai saintis dari barat dan timur itu?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.