saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 08/05/2012

Keberanian UMNO melakukan perubahan secara evolusi

USIA Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang ditubuhkan dengan matlamat mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama serta negara genap 66 tahun pada tahun ini.

UMNO lahir pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru. Ketika Perhimpunan Agung yang pertama, piagam atau perlembagaan telah diterima dan diluluskan oleh peserta. Pada majlis itu, Datuk Onn Jaafar turut dipilih sebagai Yang Dipertuanya yang pertama.

Antara kandungan Fasal Tiga Perlembagaan UMNO yang menyentuh mengenai asas dan tujuan penubuhan parti adalah mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial menerusi sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta memajukan ekonomi orang Melayu, bumiputera dan rakyat Malaysia amnya.

Sebenarnya, penubuhan UMNO adalah hasil usul Kongres Melayu Se-Malaya pertama yang diaturkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946. Seramai 41 pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Ketika berucap pada kongres pertama ini, Onn telah mengusulkan supaya ditubuh Pertubuhan Melayu Bersatu (UMO) ilham daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan nasionalis Melayu, Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za'aba) kemudiannya mencadangkan perkataan 'kebangsaan' ditambah menjadi UMNO.

Selepas penubuhan UMNO, parti itu menjadi platform untuk orang Melayu berjuang menentang tipu helah British yang telah mempengaruhi raja-raja supaya menandatangani perjanjian menyatukan negeri-negeri Melayu bersama Melaka dan Pulau Pinang di bawah Malayan Union dan ditadbirkan sebagai jajahan takluk British.

Perjuangan itu kemudiannya berkembang untuk membela semua kaum apabila ia merintis kerjasama UMNO Kuala Lumpur dan Persatuan Cina Malaya (MCA) Selangor pada awal 1952 dalam pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur.

Pada 1955, bagi menghadapi pilihan raya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-Kongres India Malaya (MIC) telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum.

Dengan kejayaan cemerlang memenangi 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan, Parti Perikatan yang ditunjangi oleh UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dan selepas beberapa siri rundingan di London; Tanah Melayu diisytihar merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah sekian lama Parti Perikatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) memerintah sehingga menjadikan Malaysia aman dan makmur, akhir pihak pembangkang mula sedar keberkesanan formula perkongsian kuasa itu dan 'menciplaknya' dengan menubuhkan Pakatan Rakyat.

Anehnya pakatan tidak berdaftar itu turut disertai Pas, parti yang pernah mengeluarkan 'fatwa' pada kempen pilihan raya umum 1964 bahawa UMNO kafir kerana memerintah negara secara berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.

Sebenarnya, Pakatan Rakyat bukan alternatif sesuai untuk memerintah negara ini kerana ia dianggotai parti-parti yang berbeza ideologi.

BN yang ditunjangi UMNO sepatutnya disokong kerana ia telah menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki segala kelemahan menerusi transformasi politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada tahun lalu turut menegaskan UMNO akan terus melakukan transformasi politik dan memantapkannya lagi supaya ia terus kekal relevan sebagai parti tonggak.

Menurut Najib, langkah itu dibuat kerana UMNO tidak mahu parti itu senasib dengan parti-parti lain yang telah banyak berjasa tetapi hari ini telah berkubur kerana kegagalannya untuk berubah sejajar dengan peredaran zaman.

Dalam pada itu, veteran UMNO, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman melahirkan keyakinan UMNO masih relevan sebagai parti tonggak kerana keberaniannya dalam melakukan perubahan secara evolusi.

"Setelah ditubuhkan pada 1946 dengan kepimpinan Datuk Onn diikuti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan sekarang ini Datuk Seri Najib maka saya merasakan ada evolusi yang wujud dari dulu sampai sekarang dan kerana itulah UMNO masih relevan.

"Evolusi yang bukan secara mendadak berlaku kerana pemimpin UMNO amat peka dengan landskap semasa misalnya, Presiden UMNO sekarang menjiwai generasi muda sehinggakan beliau duduk bersila dengan mereka untuk tengok bola, berkomunikasi melalui twitter dan facebook.

"Dengan cara sedemikian Perdana Menteri telah dapat mengubah wajah UMNO yang dulunya sangat serius, tetapi sekarang ini merangkumi semua lapisan masyarakat baik remaja atau yang lama," katanya yang juga Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

Tambahnya lagi, jika di negara-negara lain dapat dilihat bahawa parti-parti seusianya telah disisihkan tetapi UMNO terus dipertingkat kerana ada perubahan-perubahan yang dilakukan.

"Kalau kita tak berubah maka kita akan diubah dan tarikh 11 Mei ini sangat penting dikaitkan kepada perjuangan UMNO yang berwajah baru dengan tujuan mencapai Wawasan 2020.

"UMNO memerlukan sokongan penuh daripada semua pihak untuk memastikan ia berjaya mencapai segala matlamat yang telah digariskan," ujarnya.

Seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Ahmad Nordin Md. Amin berkata, langkah UMNO yang julung kali mengadakan sambutan ulang tahun secara besar-besaran selama dua minggu akan membolehkan semua rakyat tahu bahawa ia telah lahir begitu lama dan telah banyak perancangan terbaik yang dibuat bagi membangunkan negara.

"Walaupun UMNO boleh memerintah sendiri tetapi kerana menyedari negara kita adalah negara majmuk maka ia sanggup bersama-sama berkongsi kuasa.

"Ini supaya rakyat jelata mendapat kemewahan hasil daripada keamanan dan kesejahteraan dalam negara kita," katanya yang juga Timbalan Presiden Mubarak.

Dalam pada itu, katanya, adalah lumrah UMNO mempelopori perjuangan membela nasib orang Melayu kerana kaum itu paling ramai dalam Malaysia dan kebetulan pula Melayu masih lagi kekurangan dalam pelbagai bidang berbanding kaum-kaum lain.

"Sebagai negara yang mengamalkan prinsip demokrasi kita memberi kebebasan kepada semua kaum, yang kaya biarlah mencari kekayaan dan yang kurang ini mestilah dibantu supaya masing-masing dapat hidup aman damai, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

"Kalau masing-masing mahu melepaskan enau dalam belukar sahaja maka negara boleh menjadikan huru-hara," katanya.

Oleh itu, sempena ulang tahun UMNO kali ini semua orang Melayu harus menginsafi akan hakikat hanya parti itu sahaja yang boleh diletakkan kesetiaan.

Seperti kata-kata ahli falsafah Amerika Syarikat abad ke-18, Josiah Royce iaitu kita semua perlu sentiasa setia jika ingin mencapai perpaduan dan keamanan dalam hidup.

Parti-parti lain yang didominasi oleh orang Melayu bukanlah alternatif kerana ia lebih mementingkan kuasa sehingga sanggup menghalal fatwa yang telah dibuat sendiri dan menggadai negara kepada pihak asing.

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.