saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 14/06/2012

Isyarat diplomasi Panda Sino-Malaysia

BUKANNYA setiap ketika China mengamalkan apa yang digelar diplomasi panda dalam melangsungkan dasar luar Beijing dengan menggunakan haiwan itu sebagai pemangkin menjalinkan hubungan lebih kukuh dengan negara asing.

China mula mengamalkan diplomasi panda pada 1950an dengan menghadiahkan atau meminjamkan pasangan panda kepada negara tertentu. Oleh kerana pada ketika ini terdapat hanya kira-kira 1,600 panda yang hidup di luar kurungan, maka setiap negara yang menjadi sasaran bentuk diplomasi ini berada dalam keadaan yang agak istimewa.

Lawatan bersejarah Presiden Amerika Syarikat (AS) Richard Nixon ke China pada 1972 yang menjalin hubungan diplomatik dua negara tersebut telah dibalas dengan hadiah dua ekor panda Ling-Ling dan Hsing-Hsing.

Jika Ling-Ling dan Hsing-Hsing dianggap simbol hubungan diplomatik Sino-AS maka perkara yang serupa boleh diumpamakan dengan hubungan Sino-UK yang mempunyai pasangan panda Chia-Chia dan Ching-Ching yang dihadiahkan sempena lawatan Perdana Menteri UK, Edward Heath ke China pada 1974.

Beberapa hari lepas Kuala Lumpur dan Beijing menjalin perjanjian pinjaman pasangan panda selama 10 tahun yang boleh diumpamakan sebagai simbol hubungan diplomatik kedua-dua negara yang telah terjalin lebih dari 38 tahun lepas. Sebagaimana lawatan Nixon dan Heath yang dianggap sebagai pemangkin hubungan diplomatik negara masing-masing dengan China, maka lawatan pemula Perdana Menteri Malaysia ,Tun Abdul Razak juga boleh diletakkan dalam kategori yang serupa.

Persoalan yang timbul adalah apakah panda yang dipinjamkan ke Malaysia itu boleh dianggap sebagai simbol hampir empat dekad hubungan diplomatik yang terjalin atau pun mempunyai niat yang tersirat, terutama sekali yang cuba diunjurkan oleh Beijing.

Ramai yang mungkin membuat kesimpulan bahawa hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Beijing akan menjadi bertambah erat dan pandangan ini tidak boleh dinafikan terutama sekali ketika era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Memandangkan China adalah rakan dagang ke lima terbesar dengan Malaysia, maka tidak salah juga panda itu dianggap sebagai simbolik hubungan dagang yang aktif di antara dua negara.

Tetapi persoalan yang paling penting adalah apakah makna ini semua dalam hal kepentingan geostrategik dua negara, terutama sekali yang melibatkan persefahaman ketenteraan. Perlu diberi perhatian bahawa kebangkitan China terutama sekali dalam hal ehwal ketenteraan di rantau Asia Pasifik paling dibimbangi oleh AS sehinggakan memaksa Washington menggubal strategi yang dikenali sebagai dasar pangsi Pasifik untuk mengekang Beijing.

Tidak dapat dinafikan terdapat dua kuasa besar di Asia Pasifik dan pada ketika ini seolah-olah berlaku pertembungan pengaruh di antara AS dan China. Telah berlaku pemilihan pihak oleh beberapa negara ASEAN yang agak ketara yang mana AS mempunyai Filipina, Vietnam dan Singapura di sebelah mereka.

Sehingga ketika ini China masih belum mempunyai rakan yang ketara di kalangan negara ASEAN kecuali Myanmar. Apakah dengan diplomasi panda terbaru ini mungkin juga merujuk kepada percaturan China yang mahu Malaysia menyebelahi mereka juga tidak boleh ditolak dengan begitu sahaja.

Tetapi perlu di ingatkan bahawa Malaysia dan China menghadapi isu tuntutan bertindih beberapa pulau di Kepulauan Spratly yang masih belum dapat di selesaikan. Umpamanya pada 2010 beberapa bot Jabatan Perikanan China telah menceroboh perairan negara berdekatan dengan Pulau Layang-Layang yang memaksa kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambil tindakan menghalau penceroboh tersebut.

Satu perkara yang agak menarik adalah walaupun Malaysia mempunyai masalah tuntutan bertindih dengan China, Kuala Lumpur tidak pernah mengambil sikap konfrontasi dengan Beijing.

Ketika mengulas isu pencerobohan bot China, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Malaysia tidak berhasrat mengambil pendekatan mencabar dan dicabar tetapi lebih mengutamakan saluran diplomasi.

Begitu juga dengan tuduhan bahawa perbelanjaan pertahanan China yang disifatkan sebagai tidak telus dan mempunyai niat tersirat. Dalam hal ini menarik diberi perhatian kenyataan berkaitan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disampaikan pada satu forum mengenai implikasi kekuatan China anjuran Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Muhyiddin menegaskan, adalah mustahak untuk mempertimbangkan pembangunan ketenteraan China dalam konteks untuk mengawal keselamatan perdagangan, komersial dan kepentingan strategiknya.

Begitu menarik sekali apabila Muhyiddin berkata, dalam hal ini, doktrin kebangkitan keamanan telah memimpin China dan negara ini telah muncul sebagai satu kuasa besar tanpa terlalu mengganggu sistem antarabangsa .

Begitu jelas sekali dasar luar Malaysia adalah berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengambil pendirian berpihak kepada kuasa besar tertentu.

Tidak ada sikap prejudis yang dipamerkan oleh Kuala Lumpur. Diplomasi panda Sino- Malaysia adalah manifestasi jelas bagaimana Beijing begitu menghargai pendirian Kuala Lumpur.

PENULIS IALAH GEOsTRATEGIS iNSTITUT

gEOsPATIAL DAN sEKOLAH pERDANA UTM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.