saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 26/06/2012

Manfaat Yayasan Mohamed Noah

PENGERUSI Yayasan Noah, Datin Paduka Dr. Faridah Abdullah (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Perasmian Naik Taraf Asrama Puteri Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar (PKAYIM) dan Doa Selamat di Jalan Junid, Muar, Johor, baru-baru ini.

Mohamed Noah adalah nama besar dalam lipatan sejarah negara. Justeru pada malam Rabu minggu lalu satu majlis Malam Jasamu Dikenang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bagi mengenang Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar.

Mohamed Noah ialah bapa mertua kepada dua bekas Perdana Menter,i Allahyarham Tun Razak Husein dan Tun Hussein Onn.Dua orang anaknya ialah Tun Rahah ibu kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Suhaila,ibu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Nama besar Allahyarham bukan sahaja kerana beliau bapa mertua kepada dua bekas Perdana Menteri dan datuk kepada Perdana Menteri sekarang tetapi kerana susur galurnya sumbangan dan penglibatannya dalam pelbagai bidang perkhidmatan sebelum dan setelah negara mencapai kemerdekaan.

Allahyarham Mohamed Noah, yang dilahirkan pada 13 Ogos 1897, merupakan antara tokoh utama yang merintis penubuhan UMNO untuk menentang Malayan Union dan mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Pada 1951, beliau dipilih menjadi Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO sehingga akhir 1959. Selepas itu, Mohamed Noah dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat mulai 1 September 1959 hingga 29 Februari 1964 sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ketiga dari 24 Februari 1969 hingga 28 Julai 1970.

Setelah bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan negara, Mohamed Noah menceburi bidang perniagaan apabila dilantik menjadi pengerusi beberapa syarikat swasta.

Sikap Allahyarham yang cukup berjimat cermat telah membantu menjadikannya sebagai usahawan berjaya.

Perdana Menteri berkata dengan sikap itu juga, datuknya dapat menubuhkan Yayasan Mohamed Noah yang telah menyumbang kepada kesejahteraan banyak pihak.

Mengimbau pengalaman membesar dengan Mohamed Noah, Najib berkata, Allahyarham pernah mengingatkan beliau agar tidak membuang botol minuman yang digunakan semasa berkelah kerana ia boleh dikumpul dan dijual semula untuk mendapatkan wang.

"Barangkali sikap cermat itulah yang membawa kepada rezeki. Itu mungkin sebabnya Allahyarham berjaya sebagai seorang usahawan dan dapat wujudkan Yayasan Noah.

"Berkat dari itulah, kami dan ramai lagi telah menerima banyak sumbangan dan kesejahteraan. Berkat dari itulah, kami semua dapat peluang belajar melalui sumbangan Yayasan Noah," kata Najib.

Yayasan Mohamed Noah ditubuhkan pada 1 Mac 1973 ketika Mohamed Noah berusia 76 tahun. Yayasan itu menjadi sebuah badan amal jariah bagi menguruskan dana untuk faedah pendidikan dan pengetahuan ilmu lain untuk kebahagiaan seluruh rakyat Malaysia.

Mohamed Noah sendiri menjadi pengerusi lembaga pengarahnya dan ahli-ahli jawatankuasanya terdiri daripada Datin Faridah Abdullah (cucunda sulung) ketika itu pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Roquqiyah Hanim Tun Hussein Onn (peguam), Najib (ketika itu pegawai Petronas) dan Ong Boon Bah (akauntan sebagai setiausaha).

Pada awal penubuhannya, Yayasan Mohamed Noah mengeluarkan lima biasiswa iaitu satu untuk pelajar bidang ekonomi dan pentadbiran perdagangan Universiti Malaya, satu untuk pelajar sains UKM, tiga untuk pelajar di England dalam bidang ekonomi dan undang-undang, dan satu lagi untuk pelajar PhD di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Biasiswa itu adalah hasil kejayaan Mohamed Noah dalam perniagaan untuk dikongsi manfaatnya dengan pelajar berbakat terutama dari luar bandar melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti sehingga mendapat ijazah.

Allahyarham pernah berkata, tawaran biasiswa itu adalah langkah permulaan kecil yang dilakukan oleh yayasan itu dengan matlamat untuk menambah kekurangan rakyat yang tidak berkemampuan melanjutkan ke institusi pengajian tinggi. Langkah itu juga katanya membantu proses pembangunan negara yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi dan perusahaan.

Selain sumbangan untuk pelajaran, banyak pihak lain seperti rumah-rumah kebajikan, rumah anak yatim, masjid dan surau, badan-badan amal dan badan bukan kerajaan lain yang mendapat manfaat dan bantuan daripada Yayasan Mohamed Noah. Sebuah masjid di pusat percutian Genting Highland telah dinamakan sebagai Masjid Yayasan Mohamed Noah.

Semasa banjir besar melanda Johor pada 2006, Yayasan Mohamed Noah turun memberi sumbangan barangan makanan dan keperluan mangsa banjir. Ada juga yang disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir melalui misi-misi kemanusiaan yang diadakan dengan kerjasama organisasi lain.

Harta dan kekayaan yang sudah sedia dimiliki oleh keluarga Najib bukan untuk dibangga-banggakan. Sebab itu jarang kita mendengar nama Yayasan Mohamed Noah.

Berdasarkan sumbangan Yayasan ini iaitu hasil daripada kejayaan datuknya sebagai usahawan dan tokoh bisnes yang berjaya, Perdana Menteri tidak perlu pun pada sikap tamak untuk merebut projek atau tender kerajaan.

Hal ini jauh berbeza dengan ahli-ahli politik termasuk daripada parti pembangkang yang cuba mengaut keuntungan peribadi daripada projek atau tender pembangunan negara. Jadi berdasarkan sumbangan dan dana Yayasan Mohamed Noah maka tidak patut timbul cerita dan khabar angin tentang fitnah yang dibangkitkan oleh pembangkang mengenai rasuah terhadap Perdana Menteri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.