saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 28/07/2012

Penangan kuih Kalakatar santapan Ramadan

MENYEBUT nama kuih ini boleh memberi konotasi berbeza seolah-olah ia berasal dari Calcutta atau Kolkata iaitu sebuah daerah bersejarah di barat negara India.

Bagaimanapun, Kalakatar sebenarnya kuih tradisional masyarakat Banjar yang kini agak jarang ditemui kecuali pada majlis-majlis perkahwinan orang Banjar atau sepanjang bulan Ramadan.

Mengikut cerita orang-orang lama kaum Banjar, nama Kalakatar sebenarnya membawa maksud 'ketika panas' iaitu kombinasi perkataan 'kala' bererti ketika dan 'katar' yakni panas.

Tidak hairanlah, kuih tersebut yang juga dikenali dengan nama bingka atau bengkang, dikatakan sangat enak dimakan ketika panas sama ada dibakar menggunakan sabut kelapa atau ketuhar.

S2 meninjau Bazar Ramadan Kampung Batu Lima, Parit Buntar yang menghimpunkan beberapa peniaga kaum Banjar yang membuat dan menjual kuih unik itu sejak turun-temurun.

Seorang peniaga, Noriah Nazri, 55, yang telah hampir 27 tahun menjalankan perniagaan kuih-muih berkata, Kalakatar kini sangat jarang ditemui di tempat lain tetapi ia laris dijual pada setiap bulan Ramadan.

Noriah yang mempelajari cara membuat Kalakatar daripada tuan rumah sewanya yang juga orang Banjar berkata, antara bahan asas yang diperlukan termasuklah tepung gandum, tepung beras, gula, telur, kelapa muda dan sedikit garam.

Menurutnya, menghasilkan kalakatar tidaklah begitu rumit, cuma ia memerlukan buah kelapa muda sebagai bahan utama.

"Buah kelapa muda itu diambil air dan isinya. Sebaik-baiknya cari kelapa muda yang isinya berlendir-lendir, itu lagi sedap. Saya suka gunakan buah kelapa pandan sebab ia wangi.

"Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut (sudah dikisar) dalam sebuah loyang yang telah disapu dengan sedikit marjerin supaya ia tidak melekat dan kemudian bakar dalam ketuhar kira-kira 45 minit," katanya kepada S2 baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha kalakatar, Abdul Aziz Ali, 73, berkata, dia masih menggunakan cara tradisi iaitu membakar kuih kalakatar menggunakan sabut kelapa.

"Membakar di dalam ketuhar tidak sama rasa dan aromanya jika dibandingkan dengan cara bakar lama.

"Beberapa tahun lalu, saya ada dijemput pihak istana Brunei membuat kalakatar di Hotel Istana, Kuala Lumpur bagi santapan Sultan. Untuk memasak di sana pun, saya masih membawa alatan membakar menggunakan sabut kelapa," katanya.

Seorang lagi peniaga, Norfazilah Yaakob, 39, berkata, dia menyediakan kuih tradisi itu dengan cara mengukus, mengikut resipi ibunya.

"Kuih ini lagi sedap kalau letak isi kelapa banyak- banyak tetapi sebab harga kelapa sudah mahal, kalau jual pun buat seloyang dua sahaja," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.