saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 29/07/2012

Kisah perempuan di bulan puasa

TERLEBIH dahulu Bro nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca ruangan ini.

Bro dapat tahu ramai juga perempuan yang meletakkan sasaran untuk menjadi bulan suci ini sebagai landasan bagi menguruskan badan.

Baguslah macam tu, sebab selama ini ada perempuan sanggup berbuat apa sahaja untuk kurus termasuklah telan pil itu dan pil ini, itu belum kira lagi yang mengunjungi pusat kecantikan untuk mendapatkan tip bagaimana nak melangsingkan badan. Namun begitu Bro rasa belum terlambat untuk Bro tegur sesetengah golongan perempuan yang sambut kehadiran bulan Ramadan dengan cara mengadakan pesta makanan.

Seorang kawan baik Bro memberitahu bagaimana di pejabatnya, geng-geng perempuan begitu ghairah mengadakan majlis sambut Ramadan dengan pelbagai jenis hidangan.

''Bila saya tanya kenapa banyak makanan, mereka jawab esok dah tak boleh makan waktu siang lagi,'' cerita kawan Bro itu.

Bro nak ketawa pun ada bila dengar hujah macam tu, puak macam ni anggap seolah-olah puasa tu mereka dah tak boleh makan lagi sampai sebulan sedangkan sudah ditetapkan bila matahari terbenam makanlah apa sahaja asalkan tidak melampaui batas.

Bila masuk bulan puasa pula, Bro tengok golongan perempuanlah paling ghairah nak makan macam-macam, kalau mereka pergi ke bazar Ramadan, seolah-olah semua gerai mereka nak beli makanan. Itu soal makan, tetapi dalam soal menjaga pahala puasa pula Bro dapati ada sesetengah perempuan tidak menjaga tutur kata.

Di zaman moden ini, mungkin kita tidak dengar mereka berbual mengumpat orang tetapi cuba-cubalah jenguk facebook atau twitter puak-puak perempuan ini, ramai yang masih dok mengumpat walaupun dalam bulan suci ini.

Jadi Bro hendak nasihatkan golongan perempuan seumpama itu, mengumpat bukan sekadar melalui mulut tetapi juga twitter dan facebook.

Jangan dok ingat kalau tulis kata kedua-dua laman tu tak berdosa, hukumnya sama sahaja. Mungkin ada yang kata, yang mengumpat tu berada dalam keadaan 'uzur' tak boleh puasa, tak apalah mereka mengumpat.

Masya-Allah! soal mengumpat bukan tidak boleh dilakukan di bulan Ramadan sahaja tetapi sepanjang masa kerana hukumnya berdosa di sisi Islam.

Sepatutnya, apabila masuk bulan puasa kita tanamkan tekad untuk mengubah sikap dengan meninggalkan segala perangai buruk yang selama ini ada pada kita. Ia termasuklah juga dalam soal mengumpat, kalau tabiat ini tidak ditinggal di bulan suci ini, sia-sia sahajalah puasa kita seharian.

Bro juga hendak nasihatkan kaum perempuan supaya di bulan suci ini, pandai-pandailah berpakaian, jangan pakai ikut suka sahaja.

Bro kagum ada sesetengah perempuan bila bulan puasa ada yang pakai jubah dan ada pula pakai baju longgar-longgar maknanya susah nak nampak ketulan di badan. Baguslah macam tu, cuma Bro nak nasihat kalau boleh apa salahnya, jika Ramadan kali ini dianggap bulan penghijrahan.

Kalau sebelum ini sering sahaja baju-baju yang menjolok mata menjadi pilihan bagaimana kalau selepas bulan suci ini, kekal penampilan dengan memakai pakaian bersopan.

Bro cakap perkara ini sebab dua tiga hari lalu Bro terserempak dengan anak dara jiran Bro yang pakai baju menjolok mata.

Bro tak tahu nak cakap apa, hanya mampu geleng kepala. Mungkin dia tidak boleh berpuasa tetapi ini tidak bermaksud dia boleh pakai ikut suka hati dia sahaja.

Janganlah tertib sebagai muslimah biar pun tidak bertudung. Di dalam bulan suci ini, percayalah ramai orang bukan Islam memerhati gelagat kita sebagai orang Islam.

Mereka mungkin tahu serba sedikit mengenai kesucian Ramadan dan apa yang sepatutnya kita lakukan tetapi mereka akan tertanya-tanya apakah di bulan puasa ini, kita masih dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata.

Kawan Bro bagi tahu bagaimana ketika menghadiri satu majlis buka puasa di Kuala Lumpur, ramai perempuan yang hadir memakai tudung. Tetapi malangnya kata kawan Bro tu, kebanyakan mereka memakai baju yang cukup ketat, boleh hilang pahala puasa siapa yang melihatnya.

Kepada golongan ini, Bro nak nasihatkan kalau betul nak pakai tudung, pakailah betul-betul, jaga adab sopan supaya imej wanita bertudung tidak turut tercemar. Mungkin akan ada yang marah kepada Bro kerana menegur perkara ini, tetapi Bro tegur ikhlas .

Bro tak mahu perempuan pakai tudung hanya semata-mata kerana fesyen sebaliknya perlu berniat atas nama Allah SWT. Bro menyampah dengar pelbagai alasan bila ditanya kenapa tidak memakai tudung dengan sempurna.

Oklah Bro tak nak cakap banyak-banyak cuma Bro harap perempuan yang 'terkena batang hidung' dalam tulisan ini akan segera insaf supaya Ramadan tidak terus menjadi bulan sia-sia untuk mereka.

- JUMPA LAGI!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.