saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 06/08/2012

Isi hamper hampir luput… sama-sama mengaut keuntungan pada akhir Ramadan

KETIKA ini umat Islam sudah memasuki fasa kedua dalam menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Inilah fasa yang Allah janjikan maghfirahNya. Lailatul Qadar menjadi impian setiap umat Islam lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir. Tetapi adakah umat Islam menyedari kelebihan pada malam-malam terakhir ini? Di sesetengah masjid dan surau kehadiran jemaah untuk menunaikan solat tarawih dan witir masih kekal seperti malam-malam bermulanya awal Ramadan. Bagaimanapun tidak kurang juga yang jumlah kehadiran semakin berkurangan.Suasana ini sudah menjadi lumrah. Ibarat Olimpik London 2012 yang sedang berlangsung sekarang, ramai atlet yang sudah ‘angkat kaki’ lebih awal setelah gagal menjejakkan kaki ke pusingan seterusnya. Jumlah yang mampu meneruskan cabaran memburu ganjaran emas, perak dan gangsa semakin berkurangan. Begitulah juga yang berlaku dalam ibadah pada Ramadan ini. Walaupun ganjarannya semakin lumayan pada hari-hari terakhir ini, ramai juga yang tidak menghiraukannya. Mungkin pada ketika ini, mereka sibuk membeli-belah menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Maka yang mendapat ‘ganjaran’ lumayan tentulah peniaga-peniaga. Golongan ini termasuk kaum Cina tersenyum lebar melihat keghairahan orang Islam membuat persiapan menyambut hari lebaran ini. Lebih-lebih lagi banyak pihak yang mendapat habuan atau durian runtuh menjelang Aidilfitri ini - kakitangan kerajaan, pesara, peneroka, pekebun kecil dan sebagainya. Apa yang akan terjadi andainya pada musim perayaan seperti hari raya ini, masyarakat Melayu/Islam memboikot peniaga. Apa jadi jika mereka tidak membeli-belah . Bagaimanapun keadaan ini tidak terjadi. Membeli belah menjelang hari raya sudah menjadi satu kemestian. Justeru para peniaga adalah golongan yang paling gembira menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri . Inilah masa mereka mengaut keuntungan.

Tetapi keuntungan bagaimana yang mereka peroleh? Apakah keuntungan dengan cara yang tidak ‘bersih’? Misalnya, meletakkan harga yang tidak berpatutan kerana menyedari permintaan yang tinggi , menyediakan makanan yang tidak elok (basi) dan sebagainya. Justeru baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyenaraikan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri. Menurut menteri berkenaan, Ismail Sabri Yaakob, skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai 12 hingga 26 Ogos ini.

Tanda harga berwarna merah jambu perlu diletakkan pada barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain. Peniaga yang gagal berbuat demikian dan tidak mematuhi peraturan harga akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011. Barangan yang terlibat ialah ayam hidup, ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal; ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal; Daging lembu tempatan; daging lembu import; daging kerbau tempatan; dan daging kerbau import India . Telur ayam gred A , gred B sen) dan gred C; kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing; cili merah; dan tomato .

Turut disenaraikan ialah kelapa parut; kacang tanah import, bawang merah kecil India; bawang besar import, bawang putih China, ubi kentang import China; dan ikan kembung . Senarai harga berkenaan berdasarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana untuk beberapa negeri tertentu termasuk di Sabah dan Sarawak terdapat sedikit perbezaan harga. Itu barang yang dikawal.

Bagaimana pula dengan barang-barang lain yang menjadi keperluan masyarakat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ini? Di sinilah letaknya kejujuran peniaga-peniaga di semua peringkat sama ada yang berniaga di bazar Ramadan, restoran, gerai, pusat membeli-belah dan sebagainya. Mereka harus jujur kepada diri sendiri dan masyarakat. Satu contoh yang ketara ialah bagaimana barangan makanan seperti kuih muih, biskut, gula-gula dan minuman yang hampir luput dimasukkan dalam hamper sempena hari raya. Mungkin juga ia berlaku pada perayaan lain. Adakah ia disengajakan bagi menghabiskan stok atau memang itu sudah menjadi amalan. Isu ini pernah diselak oleh penulis pada tahun lalu. Nampaknya perkara ini berulang kembali. Tidak dinafikan, barangan makanan itu belum sampai tempoh luput tetapi akan luput dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi. Kebanyakan syarikat korporat yang mahu menghadiahkan hamper berkenaan mungkin tidak mempedulikan mengenai tarikh luput ini kerana mereka menyerahkan bulat-bulat kepada pembekal untuk menyediakan hamper pada harga yang dipersetujui. Akhirnya syarikat berkenaan tidak sedar bahawa hadiah hamper yang diberi kepada orang tertentu adalah barang-barang yang hampir luput dan kemungkinan akan dibuang ke dalam tong sampah. Ini mungkin berlaku jika pihak yang menerima tidak ambil peduli dengan barang-barang berkenaan sehinggalah ketika mereka mahu menggunakannya beberapa bulan selepas puasa. Ada makanan yang tempoh luput berakhir pada bulan depan atau Oktober hingga Disember ini.

Peniaga sama ada dalam kalangan masyarakat Islam atau tidak, seharusnya berlaku jujur. Janganlah kerana mahu mengaut keuntungan segera, pengguna menjadi mangsa. Bagi peniaga yang beragama Islam, ingatlah keuntungan hasil penipuan harga atau kualiti tidak membawa keberkatan yang berkekalan. Maka eloklah pada bulan yang mulia ini, mereka mengaut keuntungan yang benar-benar ‘bersih’ dan ‘suci’.

Kepada pengguna pula, mereka perlu lebih berhati-hati. Tidak semua harus dipantau oleh pasukan penguat kuasa kementerian. Dengan tenaga kerja yang terbatas lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri ini, mungkin ada yang terlepas pandang. Menteri atau kakitangan kementerian tidak mampu turun padang sepanjang masa. Mereka juga ada tugas lain yang perlu diberi perhatian.

Akhirnya, kepada masyarakat Islam, jika peniaga menunggu Ramadan dan Syawal untuk mengaut keuntungan di dunia, mereka yang bukan peniaga juga berpeluang mengaut keuntungan berganda untuk bekalan di akhirat. Tidak perlu modal besar sebaliknya kesediaan setiap yang bernama muslim mahu meningkatkan ibadah mereka pada bulan yang penuh barakah ini. Ibadah dan amalan baik yang dilakukan pada bulan ini bukan sekadar memberi keuntungan yang ‘bersih’ malahan menawarkan ‘bonus’ yang lumayan. Salah satu bonus yang ditawarkan seperti hadis riwayat Bukhari dan Muslim: Sekali umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala sekali haji atau sekali haji bersamaku. Begitu juga dengan sedekah yang diberi pada bulan Ramadan ini. Hadis riwayat Tarmizi: ‘‘Rasulullah SAW ditanya : Wahai Rasulullah, yang mana satukah sedekah yang paling baik? Rasulullah SAW menjawab: Sedekah pada bulan Ramadan". Hadis riwayat Muslim pula menyebut: Barang siapa yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, maka Allah akan jauhkannya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya".

Begitulah keuntungan yang bakal diperoleh pada bulan Ramadan ini. Pada ketika inilah kita harus berlumba-lumba untuk mencari keuntungan lumayan yang tidak ditawarkan pada bulan-bulan lain. Banyakkan sedekah sama ada wang atau makanan khususnya kepada anak-anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan. Dengan berbaki 12 hari lagi, kekalkan kehadiran di masjid dan surau pada malam-malam yang terakhir ini.Selamat meneruskan ibadah Ramadan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.