saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 19/08/2012

Bantulah kami...

MELANGKAH ke kawasan Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq, Kampung Melayu Rasa, Batu 341/2, Hulu Selangor, hati bercampur baur antara terharu, sedih dan gembira.

Gembira melihat ada manusia yang prihatin membangunkan pusat tarbiyah yang boleh dikatakan tempat perlindungan bagi anak yatim, kanak-kanak nakal, ibu tunggal, warga emas malah orang kurang siuman.

Sedih dan terharu mengenangkan pengasas pusat ini Allahyarham Tuan Guru Ghazali Hasbullah mendirikan pusat berkenaan di atas tanah yang telah diwakafkan tetapi entah di mana silapnya selepas berpuluh tahun, warisnya inginkan tanah itu kembali.

Menurut anak pengasas yang juga tenaga pengajar di sana, Ustaz Nahar Afandi Ghazali, buat masa sekarang mereka memerlukan dana untuk membeli tanah seluas tiga setengah ekar dengan harga RM100,000 seekar.

"Kami telah mengumpul lebih separuh daripada nilai berkenaan dan kami perlukan kira-kira RM100,000 lagi untuk melangsaikan bakinya," katanya.

Selain dana bagi mendapatkan hak milik tanah, Darul Atiq juga memerlukan dana lebih kurang RM500 sehari bagi menanggung biaya keperluan 90 penghuni di sana.

"Selepas kami selesaikan masalah hak milik tanah, barulah kami boleh mendaftarkan pusat ini dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Ditanya mengenai perbelanjaan penghuni dan elaun tenaga pengajar, Nahar terdiam seketika.

"Kami tidak pernah mendapat mana-mana bantuan tetapi derma orang ramai tidak pernah putus.

"Pengetua di sini abang saya Ustaz Ahmad Rizam Ghazali berkelulusan dari Mekah, juga seorang pendakwah bebas sering menerima jemputan ceramah akan menjual beberapa barangan seperti madu bagi menampung kehidupan kami di sini," katanya.

Nahar menambah, setiap penghuni yang mendaftar masuk hanya dikenakan bayaran yuran sekali sebanyak RM535 mengikut kemampuan.

"Jika mereka mampu, kita kenakan bayaran tetapi ramai yang tidak dikenakan bayaran seperti orang kurang siuman, anak yatim atau ibu tunggal.

"Bagi perbelanjaan bulanan, kami tidak mengenakan sebarang yuran tetapi menggunakan apa yang dinamakan sistem ihsan. Waris digalakkan memberikan barangan keperluan harian seperti sekampit beras, biskut atau sardin," katanya.

Ditanya mengenai kurikulum pelajaran, Nahar berkata, di sini pelajar diberikan pelajaran sekolah pondok. Aktiviti setiap hari bermula pada pukul 4 pagi dengan solat tahajud, solat subuh, solat sunat, belajar hafazan serta ilmiah sehingga Zuhur. Waktu petang adalah masa untuk riadah dan mereka akan sambung belajar selepas Isyak.

Menurut Ustaz Nahar, kurikulumnya diiktiraf untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Pakistan atau Asia Barat seperti Yemen. Sehingga kini ada yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dan kembali sebagai pengajar di sini.

Hampir kesemua tenaga pengajar yang juga kakitangan terdiri daripada anak-anak Allahyarham Ustaz Ghazali kerana upah yang diberikan menggunakan sistem jihad.

"Tidak ramai pengajar luar yang tahan mengajar di sini kerana upah diberikan mengikut jam dan jika pendapatan kurang, upah yang diberikan juga berkurangan," katanya.

Ditanya mengenai pelajar tahfiz yang berkeliaran di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan tempat membeli-belah untuk mengutip derma, Nahar berkata, pihaknya tidak membenarkan penghuni keluar dari pagar.

"Kami tidak pernah membenarkan penghuni di sini keluar tanpa kebenaran kecuali atas jemputan seperti tahlil atau berbuka puasa," katanya.

Pihaknya sentiasa mengalu-alukan pelbagai bentuk sumbangan kepada penghuni pusat berkenaan.

Pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pusat ini boleh menghubungi Ustaz Nahar di talian 019-6164969.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.