saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 07/10/2012

Suami memang patut kawal isteri

BRO gelak guling-guling apabila membaca e-mel yang dihantar oleh seorang wanita yang marah-marah dengan tulisan Bro minggu lalu.

Tahap emosionalnya begitu tinggi hingga tarikh pun salah apabila menulis tarikh 30 Oktober sedangkan tulisan Bro diterbitkan pada 30 September.

Tetapi tak apalah, perempuan seperti mana Bro kata berkali-kali sebelum ini memang emosional, bila dah 'angin satu badan' mulalah mereka hilang pertimbangan.

Bagaimanapun, Bro tak peduli apa dia hendak kata, Bro tetap anggap perempuan memang suka cari fasal dan ada sesetengah perempuan tidak tahu bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Bro pernah ingatkan, perempuan kalau dah bersuami buatlah perangai sebagai isteri orang, jaga tingkah laku dan tutur kata kerana nanti yang dapat nama buruk suami mereka juga.

Kalau rasa diri tidak mahu dikongkong dan nak hidup juga seperti mana zaman bujang, tak payah menikah, biar bujang sampai ke tua.

Ini tidak awal-awal lagi dah letak syarat, ''kalau kahwin nanti saya tidak mahu dikongkong oleh suami, sebab itu saya nak cari suami yang memahami diri saya.''

Amboi sedapnya cakap, kalau dah buat keputusan kahwin maka bersedialah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri, kena patuh cakap suami selagi tidak melanggar hukum syarak.

Mana ada suami yang boleh membenarkan isteri bergerak sebebas-bebasnya sehingga tidak menjaga batas. Mesti ada sedikit kongkongan supaya si isteri tidak lupa daratan.

Tahu sahajalah perangai sesetengah perempuan ni, kalau dapat suami baik, mereka akan ambil kesempatan, buat sesuka hati, sampai kadang kala suami rasa tersinggung.

Sebab tu Bro sokong seratus peratus kalau suami hendak kawal pergerakan isteri mereka, asalkan jangan melampau dan bersikap cemburu buta.

Perempuan kena faham hendak menjaga rumah tangga bukan senang, segala-galanya si suami yang bertanggungjawab tetapi kalau perempuan gatal memilih lelaki yang salah untuk dibuat suami, tanggunglah sendiri.

Apa pun bagi Bro, suami kena kawal isteri, jangan beri muka sangat. Bro yakin jika si isteri seorang yang baik dan tahu hukum hakam agama, dia akan sentiasa patuh dengan kehendaki suami.

Belaian

Dia akan melayan suami dengan sebaik-baiknya, bila-bila masa sahaja suami 'hendak belaian', selagi dia 'tidak uzur' dia akan layan, semua tu akan mendatangkan pahala kepadanya.

Ini tidak, ada sesetengah perempuan tu, nak ikut mood sahaja, mereka tidak fikir pun perasaan suami, bila suami 'paksa' barulah nak layan itu pun ala kadar sahaja, bak kata orang nak penuhi syarat sahaja.

Begitu juga dalam soal makan minum, sesetengah perempuan lebih selesa untuk makan kat luar dengan alasan penat nak masak, sedangkan si suami teringin sangat nak rasa masakan isteri biar pun seminggu sekali. Tetapi kes macam ni terkecuali bagi suami yang memang suka ajak keluarga makan kat luar.

Dalam e-mel yang Bro terima, ada bertanya takkan si suami dan si isteri tidak boleh berbincang apabila ada masalah. Untuk pihak lelaki, Bro rasa tidak ada masalah kerana lelaki apabila sudah berkahwin mereka akan menganggap sahabat paling karib adalah si isteri.

Tetapi masalahnya ada sesetengah isteri jarang sekali mahu berbual-bual dengan si suami, sedangkan apabila berbuat demikian banyak perkara boleh dibincangkan.

Apabila duduk dalam kereta pula ada si isteri lebih senang melayan SMS atau kemaskini Facebook, tinggalkan suami mengelamun sendirian sambil memandu.

Apa pun mesej yang Bro hendak sampaikan di sini, tidak kira setinggi mana pun jawatan seorang perempuan itu tetapi kalau dia bergelar isteri, maka dia harus sentiasa dikawal suami.

Ini bagi memastikan, mereka tidak terlajak. Kawal bukan bermaksud, kurung isteri dalam rumah tetapi memastikan mereka tidak terlajak dalam perlakuan.

Bro bagi peringatan ini, kerana Bro tahu sangat perangai perempuan, ada sesetengahnya tidak tahu menjaga tingkah laku. Mereka ingat bila dah bekerja, ada gaji sendiri dan kedudukan lebih baik daripada suami dari segi pekerjaan, mereka boleh buat sesuka hati.

Bro nak ingatkan puak perempuan jenis macam ini supaya ingat sama dosa dan pahala jangan main redah sahaja.

Tidak kira apa pun kedudukan dan apa juga yang mereka miliki, semua itu tidak boleh dibandingkan dengan sebuah rumah tangga bahagia dan suami yang baik. Jadi fikir-fikirkanlah!

- JUMPA LAGI.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.