saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/10/2012

Pas lwn KCS: Kedah dilanda krisis pentadbiran kronik

TAJUK besar di atas juga boleh berbunyi seperti ini: Kisah politik anak-beranak, politik ketamakan, fobia kalah, persaingan dan rivalry?

Sedar atau tidak di Kedah sekarang sedang berlaku satu krisis pentadbiran yang cukup kronik.

Pas negeri itu sudah mula menentang secara berdepan dengan Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS).

Tidak pernah dalam sejarah cemerlang dan terbilang lebih 100 tahunnya, KCS diperlakukan sebegini buruk - lebih buruk daripada episod penyapu di Selangor dulu.

Dikatakan, krisis KCS dengan bekas MB Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dulu pun tidak seberat ini.

Pas kini amat bimbang sangat dengan KCS yang terlalu profesional, mengikut buku dan tidak mendengar cakap mereka. Pas merasakan KCS perlu dijinakkan menjelang pilihan raya umum ini.

Masanya bagi Pas sudah terlalu suntuk.

Oleh itu SUK Kedah (SS atau Setiausaha Kerajaan Negeri), Datuk Rasli Basir perlu dijatuhkan.

Jika SUK enggan turun, maka beliau perlu dipaksa turun. Jika itu pun gagal, Pas merasakan satu rampasan kuasa perlu dilakukan.

Oleh itu, pemberontakan harus dilancarkan sekarang.

Perlu diingat dalam konteks KCS Kedah, ia terletak di bawah Istana Kedah atau Tuanku al-Sultan Kedah selaku Yang di-Pertuan Agong, sepenuhnya.

SUK sekarang baru sahaja disambung perkhidmatan selama setahun lagi dari Jun 2012 sehingga Jun 2013 oleh Tuanku al-Sultan (bukannya oleh MB Azizan Razak!).

Dalam erti kata mudah pegawai-pegawai KCS merupakan anak-anak peliharaan Tuanku Sultan. Seluruh rakyat Kedah amat memahami "hubungan sunyi" itu. Persoalannya adakah Pas dan konco-konconya tidak atau tidak mahu memahaminya?

Bagi orang Melayu melanggar perintah, arahan, perkenan sultan dan raja-raja merupakan satu penderhakaan.

Episod drama Pas ini bermula ekoran keputusan SUK menukar DO (Pegawai Daerah) Kubang Pasu yang juga menjalankan tugas YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, Ahmad Fisol Md. Nor, berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Tempat Fisol, sebaliknya diambil alih oleh DO Kuala Muda (tiada status YDP), Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani.

Isu itu diambil kesempatan oleh kerajaan Pas Kedah dengan menggunakan ahli-ahli Majlis Kubang Pasu terdiri daripada pengikut tegar Pakatan Rakyat yang dikepalai Pas, untuk memberontak.

Lebih malang pemberontakan ke atas SUK dan KCS ini sekarang diperluaskan ke seluruh negeri. Puak-puak yang mahu menjatuhkan SUK cuba mengadu-dombakan keadaan.

Pas tidak mahu DO Fisol ditukar. Saya tidak pasti permainan siapakah ini? Namun jom kita lihat susur-galur kepada krisis ini.

SUK mengatakan tindakannya menukar DO Fisol ke Kuala Muda sebagai sah setelah mendapat perkenan Sultan dan mengikut undang-undang. Sebaliknya DO Kuala Muda, Abdul Aziz ditukar ke Kubang Pasu juga sah. Ia merupakan satu proses pentadbiran yang biasa.

Pejabat Menteri Besar membantahnya. Tapi mengapa MB dan Exco-exconya terlalu membantah?

Sebenarnya isu di sebaliknya ialah juga berhubung kait dengan salah seorang Exco Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Perumahan Kerja Raya Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang bercita-cita mahu menjadi MB menggantikan Azizan yang asyik uzur.

Amiruddin juga mahu mematikan terus pengaruh salah seorang lagi Exco YB Phahrolrazi Zawawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, yang merupakan pesaingnya untuk jawatan MB. Difahamkan Phahrolrazi disukai oleh SUK.

Amiruddin cuba mempengaruhi MB yang uzur, yang tidak dapat menerima keputusan al-Tuanku Sultan Kedah menyambung kontrak SUK selama satu tahun.

Calon SUK yang mereka idamkan bukan SUK sekarang kerana bukan Pak Turut mereka, tetapi adalah Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Mohd. Puat Mohd. Ali, seorang pegawai lebih junior berbanding pegawai-pegawai kanan termasuk Pengarah Tanah Negeri dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri yang baru bersara, Datuk Bashirudin.

Alasannya mudah kerana cita-cita mereka boleh dilaksanakan melalui Puat.

Mereka juga mahu Fisol kekal di Kubang Pasu dengan jawatan sebagai DO dan YDP. Difahamkan isteri Fisol pula ialah anak saudara kepada isteri Puat. Puat pula ialah sepupu MB Azizan.

Saya sungguh pening dengan hubungan anak beranak ini. Adakah unsur nepotisme juga memainkan peranan?

Sebagai SUK, Puat juga dikatakan boleh mewarnakan KCS selari dengan politik Pas lebih-lebih lagi diambang PRU 13 ini.

Kumpulan ini, diperkuatkan dengan penglibatan beberapa pegawai Persekutuan yang dikatakan bermuka Pas dan menafsir semua peraturan, norma dan undang-undang, selari dengan kehendak kerajaan Pas demi kelangsungan hidupnya.

Dalam kes pertukaran DO Kubang Pasu, Penasihat Undang-Undang gagal menasihatkan secara betul berhubung penafsiran Akta 171 PBT 1976 dalam perlantikan Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan dibaca bersekali dengan keputusan Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) berhubung YDP yang menjadi amalan seluruh Malaysia.

Di bawah Akta 171 itu, pertukaran ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu tidak dibuat terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Penasihat Undang-Undang dikatakan gagal menasihatkan kerajaan berhubung ada kuasa-kuasa SUK yang tidak boleh disentuh yang menjadi amalan selama ini.

Beliau tidak bersama SUK sebab tiada untung, tetapi selesa bersama MB, YB Amiruddin dan Puat bagi maksud yang tersirat untuk menjatuhkan SUK.

Puat, YB Amiruddin dan Penasihat Undang-Undang menganggap KCS bukan sahabatnya sebab dilihat sebagai bukan penyokong Pas.

Berikutan daripada itu, pada 3 Oktober lalu mesyuarat Exco memutuskan seperti berikut:

n Membatalkan pertukaran DO Ahmad Fisol dengan melantik semula Ahmad Fisol sebagai YDP dan DO Kubang Pasu.

Ini jelas berlawanan dengan ketetapan yang diputuskan oleh MNKT kerana Ahmad Fisol bukan lagi YDP dan DO Kubang Pasu.

n Melarang SUK daripada membuat pertukaran pegawai-pegawai KCS sehingga PRU 13 dan melarang SUK daripada menandatangani memo pertukaran.

n Melaksanakan keputusan itu secepat mungkin.

Dengan keputusan ini mereka mengisytiharkan peperangan ke atas institusi KCS yang berpaksikan Tuanku Sultan.

Seluruh rakyat Kedah khasnya, dan rakyat Malaysia amnya, sedang menyaksikan satu krisis pentadbiran yang sangat gawat.

Kita tidak pasti sampai bila peperangan ini akan berakhir. Perlu diingat sejarah KCS selama lebih 100 tahun cukup unik dan ia sepatutnya dipelihara selama-lamanya.

Kita berharap puak-puak Pas yang baru mendapat bunga ini, tidak menjahanamkan KCS!

Bagi UMNO negeri pula, mengapa senyap sepi saja? Sokonglah KCS...!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.