saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 26/10/2012

Abby, ibadah korban dan bank propembangkang

HARI ini seluruh umat Islam di negara ini merayakan Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban bagi memperingati pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup disembelih oleh bapanya, Nabi Ibrahim kerana menuruti perintah Allah SWT.

Bagaimanapun, beberapa blog antaranya Celah Gelegar (celahgelegar.blogspot.com), Angin Perubahan (anginperubahan.blogspot.com) dan Darul Ehsan Today (darulehsantoday.blogspot.com) mempersoalkan kenyataan pelakon yang kini menjadi penceramah tetap Pas, Abby Abadi berhubung ibadah korban di dalam twitternya.

Kenyataan Abby yang menyebut: "Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama tetapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira membunuh binatang" didakwa boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam berhubung ibadah tersebut.

Malahan blog Darul Ehsan Today turut menasihati pelakon yang terkenal menerusi drama "Gerak Khas" itu tidak berhujah mengenai hukum agama jika ilmu mengenainya belum mencukupi kerana kelak ia boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan umat Islam.

Blog MPP Online (mediapermatangpauh. blogspot.com) pula berkata, tindakan Abby yang mempertahankan kenyataannya itu konon ia berdasarkan al-Quran surah al-Maidah seolah-olah menegakkan apa yang salah.

Katanya, berdasarkan tafsiran al-Quran yang dibaca, tidak ada terjemahan yang menyatakan "kalau tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama, korban lembu tidak dikira (ibadah) korban tapi dikira bunuh binatang" seperti yang dinyatakan Abby.

"Bila sudah kantoi, Abby mengaku pula dia cuma berkongsi ceramah seorang ustaz Pas di sebuah kolej di Kelantan. Ini bermakna, Abby secara membabi buta menyebarkan perkara-perkara yang tidak sahih kepada pengikut-pengikut twitternya.

"Bagaimana kalau ada di antara pengikut twitternya percaya bulat-bulat kenyataan Abby itu tanpa selidik terlebih dulu? Tidakkah sesat jadinya?" kata blog ini.

Blog Dr. MIM (novandri.blogspot.com) pula menganggap Abby bakal menyusahkan dan menjadi liabiliti kepada Pas apabila acap kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan mengenai hukum Islam, termasuk yang terbaru mengenai ibadah korban.

Katanya, jawapan Abby "jika salah abaikan sahaja..." terhadap kritikan para pengikut twitternya berhubung kenyataan awal artis itu mengenai ibadah korban itu menggambarkan sikap beliau yang mempermain-mainkan agama Islam.

Double-Y (yuseriyusoff.blogspot.com) pula membangkitkan komen-komen negatif berhubung ibadah korban yang dimuatkan di dalam blog Lim Kit Siang (blog.limkitsiang.com) pada 2010 yang lalu, tetapi sehingga hari ini ia masih belum dipadamkan.

Katanya, jika Kit Siang merupakan seorang pemimpin yang sensitif dan tidak bersikap anti-Islam, komen-komen berkenaan sepatutnya sudah dipadamkan dan bukannya membiarkannya sehingga hari ini.

Malahan blog ini juga membidas media alternatif yang sengaja membiarkan komen-komen memperlekeh ibadah korban umat Islam di dalam laman web mereka.

"Melihat komen-komen negatif sebegini, saya merumuskan keharmonian hubungan di antara kaum di Malaysia sekarang ini agak tergugat dan perbuatan menggugat keharmonian sebegini semakin menjadi-jadi semenjak DAP mendapat sedikit kuasa yang diberikan oleh umat Islam sendiri.

"Apakah ada satu jaminan bahawa DAP mampu menjaga kesucian Islam lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh UMNO/BN jika mereka memerintah negara ini sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN ketika ini?" tanya blog ini.

BANK TEMPATAN PROPEMBANGKANG?

BARU-BARU ini heboh tentang tindakan sebuah bank terkemuka tempatan yang mengundang pemimpin DAP untuk bercakap mengenai situasi politik negara. Banyak pihak yang mempersoalkan tindakan pihak pengurusan bank tersebut.

Syed Akhbar Ali (syedsoutsidethebox.blogspot.com) melihat tindakan bank berkenaan hanya membuang masa dengan mendengar pandangan pembangkang berkenaan yang masih lagi dibuai mimpi kemenangan mereka pada pilihan raya lalu.

Beliau berkata, pembangkang masih lagi menyangka bahawa kemenangan besar mereka pada pilihan raya 2008 lalu adalah kerana sokongan rakyat terhadap mereka sedangkan kenyataannya ia adalah suara protes rakyat terhadap pemimpin tertinggi negara pada masa itu.

Bagaimanapun beliau tetap tidak faham dengan tindakan pihak bank tersebut yang mengundang pemimpin DAP sedangkan jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13, kedudukan bank itu sendiri mungkin tergugat.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH KORBAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.