saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 09/11/2012

Pengukuhan institusi kekeluargaan semakin penting

Ketika melancarkan Bulan Keluarga 1Malaysia 2012 di Pekan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa betapa perlunya untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan yang merupakan unit yang paling penting dalam masyarakat.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan akan menggalakkan pihak swasta dan organisasi untuk menganjurkan acara hari keluarga bagi kakitangan mereka dalam usaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan melalui pengecualian cukai dan inisiatif-inisiatif lain.

Melihat kepada pelbagai gejala sosial yang melanda anak-anak dan remaja kita hari ini, pengukuhan institusi kekeluargaan dan menggalakkan nilai-nilai murni telah menjadi semakin penting pada hari ini berbanding dahulu.

Apabila sebuah negara menuju kemajuan, institusi kekeluargaan berkemungkinan menjadi mangsa pertama di mana anak-anak tidak mendapat perhatian dan bimbingan yang secukupnya yang mengakibatkan kemunculan pelbagai gejala sosial yang mempengaruhi remaja kita.

Hakikatnya adalah bahawa ibu bapa sibuk dengan kerjaya mereka dan tidak mampu untuk menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak mereka mengakibatkan beribu-ribu anak-anak di bandar yang dibesarkan oleh cara dan pemikiran pembantu rumah asing, pengasuh dan saudara mara.

Anak-anak yang pulang ke rumah dari sekolah akan mendapati diri mereka di rumah-rumah 'kosong' oleh kerana kedua-dua ibu bapa mereka keluar bekerja. Mereka tidak mendapat kasih sayang dan tunjuk ajar daripada ibu bapa yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni kekeluargaan.

Sebaliknya mereka akan mencari bimbingan daripada rakan sebaya mereka. Kewujudan tekanan persekitaran rakan sebaya yang negatif akhirnya akan menghasilkan pelbagai gejala sosial.

Anak-anak yang membesar dalam persekitaran sedemikian akan berakhir dengan menjadi mangsa gejala sosial seperti ponteng sekolah, keganasan di sekolah, penyalahgunaan dadah dan juga jenayah juvenil.

Jika masalah ini tidak ditangani, ia akan menambahkan jurang di antara anak-anak dan ibu bapa dan peningkatan masalah sosial serta jenayah yang serius yang melibatkan generasi muda.

Ibu bapa perlu lebih prihatin tentang kualiti kehidupan keluarga dan perlu sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menanamkan ke dalam anak-anak mereka nilai-nilai moral yang diperlukan sebagai asas sebuah masyarakat yang kukuh, stabil dan bersatu padu.

Ia tidak membawa apa-apa makna untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang dinamik dengan taraf hidup dan pendapatan per kapita yang tinggi jika tidak diimbangi dengan perkembangan nilai-nilai moral, kualiti hidup dan pembangunan keluarga.

Pembangunan dan pemerkasaan keluarga adalah penting dalam mendidik dan membimbing anak-anak untuk mereka membesar sebagai warganegara yang berguna dan positif demi menyahut cabaran untuk membangun negara.

Keupayaan keluarga dalam memerangi gejala sosial yang melanda golongan remaja dan belia adalah lebih besar dan lebih bermakna jika dibandingkan dengan semua keupayaan agensi penguatkuasaan untuk menangani masalah sosial ini.

Walaupun penguatkuasaan undang-undang adalah penting, apa yang lebih penting ialah keupayaan kita untuk menafikan gejala sosial daripada bertapak di rumah dan komuniti dengan memperkukuhkan institusi kekeluargaan.

Memperkasa keluarga untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab ke arah menangani masalah sosial perlu mengambil kira antara lain penerapan kemahiran keibubapaan dan memotivasikan mereka supaya berminat untuk menglibatkan diri dalam pembangunan anak-anak mereka.

Menurut Perdana Menteri, berdasarkan indeks kesejahteraan keluarga yang menunjukkan tahap 7.55 daripada skala 10, adalah amat jelas bahawa lebih banyak yang perlu diteliti oleh kerajaan untuk penambahbaikan.

Selain daripada gejala sosial yang menimpa keluarga, isu-isu lain seperti jenayah dan isu-isu keselamatan dalam masyarakat mesti ditangani secara berkesan dan berterusan kerana ia memberi impak yang besar kepada kesejahteraan keluarga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.