saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/11/2012

Menyambut pencapaian 40 tahun MRSM Seremban

MAKTAB Rendah Sains Mara (MRSM) adalah sistem sekolah berasrama penuh yang pertama ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada 1972.

Bermula dengan MRSM Seremban yang ditubuhkan pada 1972, diikuti oleh MRSM Pengkalan Chepa (1973) dan MRSM Kuantan (1974), kini 49 MRSM beroperasi dengan enam daripadanya dikenal pasti sebagai institusi yang menjalankan Program Khas Pendidikan (PKP).

MRSM Seremban pula kini telah berkembang daripada menjalankan pendidikan menengah kepada Program Matrikulasi seperti Matrikulasi UKM, "A" Levels dan International Baccalaureate.

Pada tahun 1974, calon-calon dari MRSM Seremban menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) buat kali pertama tetapi Lembaga Peperiksaan menganggap MRSM sebagai pusat peperiksaan persendirian kerana beroperasi secara berasingan daripada sistem Kementerian Pelajaran.

Keyakinan yang diberikan oleh Mara berhasil apabila kumpulan pertama pelajar MRSM itu mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Persatuan Bekas Pelajar MRSM (Ansara) kini terus berusaha mengumpulkan alumni MRSM sejak penubuhannya 40 tahun lalu dalam menggerakkan pelbagai program dan aktiviti.

Ansara Seremban mewakili 1,800 pelajar daripada sejumlah 10 pengambilan tetapi tidak seperti MRSM lain, alumni ini tidak akan ada ahli baharu lagi memandangkan tiada pengambilan pelajar pada peringkat menengah untuk MRSM Seremban selepas ini.

Ansara Seremban kini merancang untuk meneruskan projek-projek sosial tersebut dan menjadikannya program yang berterusan dengan diterajui oleh golongan wanita Batch 80.

Untuk meraikan genap 40 tahun penubuhan MRSM, Ansara Seremban akan mengadakan majlis Makan Malam BIG 40 untuk meraikan detik kehidupan singkat di MRSM Seremban dan mengekalkan silaturrahim antara 1,800 bekas pelajar di sana.

Akan diadakan hari ini di Klana Resort, Seremban antara 8.30 malam dan 12.30 tengah malam, majlis akan diserikan dengan acara bowling sebelah pagi, 'College Homecoming' di MRSM Seremban pada tengah hari dan pameran di Klana Resort pada sebelah petang.

Bekas pelajar MRSM Seremban boleh melayari laman web http://ansaraseremban.wordpress.com atau menghubungi Pengerusi Jawatankuasanya, Dr. Zaidi Mahda di talian 019-3317485 untuk maklumat lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.