saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 14/11/2012

Politik Agama: Malala, Taliban dan Awal Muharam

SAYA tertarik dengan tulisan sahabat saya Hassan Mohd. Noor dalam kolumnya, Selak minggu ini. Beliau menulis mengenai konsep Wasatiyyah sempena kedatangan Awal Muharam 1434 Hijrah yang akan disambut esok.

Wasatiyyah bererti kesederhanaan. Kesederhanaan dalam serba-serbi, terutamanya dari segi pemikiran, fahaman, tindak-tanduk kita dan sebagainya.

Masyarakat Melayu dari segi adat resamnya dikenali sebagai kaum yang cukup bersopan-santun. Bukan jenis manusia yang ganas, kasar, suka memaki-hamun, caci-cerca.

Orang Melayu cukup bersederhana dalam serba-serbi. Kita bukan kasar seperti orang Arab, orang Pakistan, orang Iran, orang Afrika. Mereka itu terlalu kasar. Jika kita pernah mengerjakan ibadah umrah atau haji, kita dapat merasakan betapa kasarnya mereka. Itu tidak kira lagi jika berperang. Harga nyawa bagi mereka bukan nilai lagi. Sifat kasih sayang sesama bangsa dan agama, bukan taruhan lagi.

Kadang-kala kesederhanaan bangsa kita ini diambil kesempatan pula oleh orang lain. Kerana kita ini terlalu baik hati, murah hati dan tak apa.

Namun, kini jika dikaji-kaji secara halus, sifat itu sedikit demi sedikit sudah berubah. Kita bukan lagi menjadi bangsa yang bersopan-santun.

Kita sudah menjadi bangsa yang kasar. Ada sesetengah ustaz dan ulamak menyarankan kita supaya tidak lagi menghormati sesama bangsa kerana itu adalah bidaah. Kita tidak boleh bercakap lagi soal bangsa kerana ia bersifat Assabiyah.

Sudah banyak aliran yang dibawa balik ke tanah Melayu ini dari beberapa negara di Timur Tengah dan sesetengah wilayah di India. Mereka sudah tidak lagi taksub kepada bangsa sendiri kerana di sana mereka tiada bangsa lain selain daripada bangsa mereka.

Yang ada ialah mazhab yang berbeza. Mereka berperang kerana perbezaan mazhab dan fahaman tok-tok guru dan ketaksuban kepada warlords masing-masing.

Di Sudan dan Somalia serta di Afghanistan mereka yang sama bangsa berperang kerana perbezaan mazhab, fahaman dan ketaksuban kepada tok-tok guru. Mereka berperang berdekad-dekad lamanya sehingga hancur negara yang kaya dengan khazanah Allah itu.

Di Syria sekarang peperangan ialah di antara mazhab syiah, di pihak pemerintah dengan sunni, di pihak pemberontak. Rejim Saddam Hussein jatuh juga kerana Amerika menyokong puak syiah menentang sunni yang memimpin Iraq sejak sekian lama.

Waima di Malaysia kini, di dalam masjid sekali pun, suasana wasatiyyah itu sudah berubah. Banyak khatib-khatib dan alim-alim kita datang dari mardasah atau sekolah yang membawa pelbagai pendekatan dari serata dunia.

Ada juga yang membawa aliran wahabi. Ramai juga yang kini mengamalkan aliran syiah Iran. Itu tidak mengambil kira aliran Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme (SEPILIS) -- yang meletakkan kebenaran agama-agama sebagai kebenaran relatif dan menempatkan agama-agama pada posisi yang setara (sama), apapun jenis agama itu. Penganut fahaman ini meyakini (iktikad) semua agama adalah jalan yang berbeza-beza menuju Tuhan yang sama.

Khatib khutbah pun sudah ada yang membaca khutbahnya dengan begitu kasar sekali.

Minggu lalu saya bersolat Jumaat buat pertama kalinya di sebuah masjid di Damansara (tak perlu sebutlah). Suara khatib berkhutbah seolah-olah menjerit-jerit. Dari jauh semasa berjalan menuju ke masjid, saya sudah tertanya-tanya di dalam hati -- mengapa perlu menjerit-jerit begitu? Saya sendiri pun gementar mendengarnya.

Walaupun bunyi khutbahnya cukup power, tapi nadanya boleh dilunakkan. Selepas khutbah, kedengaran suaranya parau kerana menjerit-jerit tadi. Selepas solat Jumaat dan diikuti solat hajat, khatib dan imam itu siap bertempik takbir sebanyak tiga kali. Mendengar makmum kurang bersemangat menyahut takbir, tok imam tadi menguatkan tempikkan supaya makmum lebih bersemangat.

Hebat khatib itu. Semangatnya terlalu berkobar-kobar.

Itu tidak kira lagi ustaz-ustaz yang semakin banyak mengiklankan wajah-wajah mereka di simpang-simpang jalan. Lagi kasar mereka. Lagi lantang mereka. Lagi banyak kutuk-mengutuk. Lagi laku mereka ini.

Sifat kesederhanaan kita kini sedang diuji. Politik keagamaan sudah memainkan peranannya untuk menukar corak ini. Kita, orang Melayu kini sudah semakin kasar? Benarkah?

SAYA mengikuti perkembangan anak gadis ini dengan cukup teliti sekali.

Newsweek terbitan 29 Oktober baru-baru ini meletakkan gadis ini di kulit hadapannya bertajuk “Malala: The Bravest Girl In The World" (Malala: Gadis Paling Berani Di Dunia).

Nama gadis itu ialah Malala. Seorang anak gadis, berusia 15 tahun, beragama Islam dari Pakistan.

Murid itu dari sebuah sekolah tinggi perempuan di daerah Swat. Ceritanya bermula apabila Malala dan pelajar-pelajar lain dalam bas pulang ke rumah. Mereka baru habis peperiksaan dan bergembira menyanyikan lagu Pashto.

Kira-kira sebatu dari bandar Mingora, dua lelaki menahan bas sekolah itu dan naik, seorang membawa senjata api. “Siapa Malala Yousafzai?" tanya seorang lelaki itu. Tiada siapa yang bercakap, kerana ketakutan. Tapi tanpa disedari mata-mata dalam bas itu memerhati ke arah Malala. “Itu dia," kata lelaki bersenjata, memandang tepat ke arah gadis itu. Tanpa bercakap banyak, lelaki itu menembak ke arah muka dan lehernya.

Tak puas dengan tembakan itu, lelaki ganas itu melepaskan tembakan lagi. Ia turut mencederakan dua murid perempuan lain. Lelaki-lelaki itu kemudian melarikan diri.

Murid-murid dalam bas itu menjerit-jerit histeria. Guru di dalam bas mengarahkan bas terus ke hospital. Malala terjatuh di atas riba rakannya, tanpa sedarkan diri.

Kini dia sedang beransur pulih di Hospital Queen Elizabeth, Birmingham, setelah diterbangkan ke England untuk rawatan. Allah masih sayangkannya. Dia terselamat.

Malala diperlakukan begitu kerana penyerangnya, puak Tehrik-e-Taliban, yang mengaku bertanggungjawab, menyifatkan Malala ialah ejen Amerika yang memuja “syaitan hitam Obama".

Dia (Malala) telah bercakap bertentangan dengan fahaman Taliban, dan penyerang itu berikrar akan menembaknya lagi jika dia masih hidup.

Itulah sifat ekstremisme yang terlalu taksub dengan politik keagamaan yang sempit.

Malala ialah seorang gadis yang memperjuangkan pendidikan moden kepada pelajar perempuan di daerahnya yang dikuasai oleh kumpulan-kumpulan berfahaman sempit.

DI SAAT kita di Malaysia sedang bersolat Aidiladha dengan aman dan damai mengabdikan ke hadapan Allah SWT, lain pula di Afghanistan, sebuah negara Islam yang kononnya lebih Islam daripada penganut umat Muhammad yang lain.

Saya bertugas di pejabat pada petang raya itu apabila kami menerima berita dari bandar, Mazar-E-Sharif. Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh apabila seorang pengebom berani mati (atas nama fahamannya) meletupkan diri di dalam sebuah masjid (saya ulang: di dalam masjid) ketika solat Aidiladha.

Saya hampir tak percaya menerima berita itu. Walaupun ia perkara biasa di Afghanistan atu negara-negara sebelah itu, tapi ia berlaku di hari lain, bukannya di hari raya.

Separuh daripada yang mati ialah anggota polis. Penyerang yang menyamar memakai pakaian seragam polis meletupkan diri di tengah-tengah ruang solat Masjid Eid Gah.

Gambar yang diterima cukup menyedihkan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 4 tahun, memakai baju baru raya, terpinga-pinga mencari bapanya. Bapanya kemudian disahkan terkorban dalam serangan kononnya atas nama jihad itu.

Itu adalah antara contoh yang sudah tentu kita tidak mahu ia berlaku di tanah air tercinta ini.

Sempena kedatangan tahun baru Hijrah ini marilah kita memasang azam melihat Malaysia terus utuh sebagai negara Islam yang dicontohi seantero dunia.

Cintailah negara kita ini. Namun jika tidak dijaga, saya percaya kejadian seumpama itu boleh juga berlaku di sini.

Politik keagamaan harus ditangani dengan betul-betul

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.