saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/11/2012

Pak Lah 'otai' kapal layar

Pak Lah atau Abdullah Muda dianggap sebagai 'otai' di kalangan pembuat kapal layar tradisional berdasarkan kehalusan dan ketelitian hasil kerjanya.

INSAN bersahaja ini, Abdullah Muda atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah mungkin tidak terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tetapi nama kepada individu yang berusia 75 tahun itu pastinya begitu sinonim kepada pelayar-pelayar negara ini kerana dia merupakan seorang pakar atau 'otai' dalam pembuatan kapal layar tradisional.

Dilahirkan pada 1937, anak kelahiran Pulau Duyung, Kuala Terengganu ini juga cukup dikenali oleh peminat dan pencinta bot layar dari dalam dan luar negara.

Bermula pada tahun 1958, Pak Lah sangat dihormati oleh pelayar kerana kemahiran dan kepakarannya yang cukup kreatif dan bermutu tinggi.

Dalam setiap pembuatan kapal layar, beliau sentiasa menerapkan reka cipta tersendiri yang unik, walaupun gambaran awal kapal telah diberikan oleh pemilik .

Lebih istimewa kapal-kapal layar yang dihasilkan Pak Lah diperbuat tanpa menggunakan paku, sebaliknya menggunakan skru dan kaedah pasak kayu.

Elemen itu diguna pakai bagi menjamin kualitinya agar lebih tahan lama serta mengelak berkarat sehingga mengundang kebocoran pada kapal yang akan membawa risiko kepada pelayar.

Penglibatan awal Pak Lah dalam pembuatan kapal dan bot nelayan bermula sejak bangku sekolah ketika beliau sering membantu pekerja bengkel-bengkel bot yang terdapat di Pulau Duyung.

Ketika minat terhadap pembuatan bot dan kapal sedang berputik dalam dirinya, Pak Lah ditawarkan bekerja sambil belajar selama empat tahun di MARA Shipyard pada tahun 1969.

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, beliau terus berkerja keras menimba ilmu walaupun menerima upah sebanyak RM4.04 sahaja.

Beliau berkata, kejayaan awal yang dilakukannya adalah membina sebuah kapal Catamaran setinggi 4.2 meter selain bot-bot kecil lain.

"Selepas itu saya meneruskan pembelajaran dengan bekerja di bengkel-bengkel di Pulau Duyung.

"Sehingga pada awal tahun 1980-an, seorang rakan berbangsa Cina yang tinggal di Singapura membawa seorang warga Eropah yang mahu membuat sebuah kapal layar.

"Dengan mendapat projek pertama itu saya mula mencurahkan ilmu dengan membina sebuah kapal layar yang dikagumi oleh lelaki Eropah itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Duyung baru-baru ini.

Menurutnya, sejak terbinanya kapal tersebut juga, beliau kemudian menerima lebih banyak tempahan daripada pelayar dari negara asing seperti, Amerika Syarikat, Itali, Sepanyol, New Zealand, Kanada, Australia dan beberapa negara lain.

"Sekitar tahun 1980-an dan 1990-an merupakan tahun yang sibuk bagi saya kerana menerima banyak tempahan daripada pelanggan asing dan tempatan.

"Setiap projek yang diterima adalah berbeza dan mencabar kerana pelanggan telah membawa pelan yang dilukis di negara masing-masing.

"Tetapi saya bersyukur kerana kesemua kehendak pelanggan berjaya diselesaikan, malah mereka dapat berlayar pulang ke negara masing-masing setelah ia siap dibina," ujarnya.

Bagi Pak Lah, masa berlalu terlalu pantas, teknologi yang berkembang sedikit sebanyak telah membelakangkan bot layar daripada kayu cengal yang diusahakan beliau.

"Sekarang peminat kapal layar semakin berkurangan, baki pelayar pula lebih memilih untuk berlayar menggunakan kapal yang dibuat menggunakan gentian kaca.

"Namun itulah rezeki dan maksud peredaran zaman, bagaimanapun saya tetap mewarisi kaedah membina kapal ini kepada anak lelaki supaya ia tidak dilupakan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.