saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/12/2012

Terus fokus menyatukan Melayu

PERHIMPUNAN Agung UMNO yang diadakan setiap tahun menjadi medan penentuan arah perjuangan parti itu.

SELAKU parti terbesar di Malaysia, Perhimpunan Agung UMNO saban tahun menjadi tumpuan jutaan umat Melayu yang setia bersama parti keramat itu sejak awal penubuhannya pada 1946.

Berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sejak 1985, perhimpunan agung itu yang menjadi medan percambahan idea dan kritikan membina, memberi makna yang cukup besar buat para pejuang agama, bangsa dan tanah air.

Segalanya bermula apabila orang Melayu tidak mampu menahan marah terhadap Inggeris yang melancarkan kertas putih untuk membentuk Malayan Union setelah Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945.

Manakan tidak, melalui penubuhan Malayan Union, kedudukan agama, adat resam serta kuasa raja-raja Melayu tampak terancam. Hak-hak dan keistimewaan orang Melayu turut mahu dihapuskan.

Lantas akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara memainkan peranan. Masing-masing berkempen agar diadakan satu pertemuan di antara pertubuhan-pertubuhan Melayu di seluruh negara bagi membincangkan strategi menggagalkan Malayan Union.

Lalu pendeta Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) yang memimpin Persatuan Melayu Selangor menghubungi Datuk Onn Jaafar selaku ketua Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) serta pemimpin Perikatan Melayu Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang atau nama sebenarnya Haji Abdul Wahab Tok Muda dan beberapa pemimpin lain untuk mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur.

Maka pada 1 hingga 4 Mac 1946, seramai 107 wakil dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh negara berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur dalam Kongres Melayu pertama. Kongres itu memilih Datuk Onn sebagai pengerusi dan mereka bersetuju menubuhkan sebuah parti politik.

Memandangkan Inggeris kian menekan, Kongres Melayu kedua diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946. Dalam kongres itu, keputusan dibuat bagi memansuhkan Kongres Melayu pertama, namun ketetapan-ketetapan yang dibuat di dalamnya dikekalkan.

Setelah kongres kedua selesai, ia turut dimansuhkan bagi memberi laluan Majlis Mesyuarat Agung UMNO (Perhimpunan Agung UMNO) yang pertama diadakan. Justeru, tertubuhlah UMNO dengan diketuai Datuk Onn Jaafar selaku Yang Dipertua parti.

Itulah sejarah penubuhan serta perhimpunan agung pertama UMNO secara ringkas. Adalah jelas, penubuhan UMNO tidak bersifat peribadi tetapi mempunyai matlamat menyatukan orang Melayu untuk memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Langkah memperkukuhkan parti keramat itu berterusan apabila Mesyuarat Agung UMNO yang kedua dilangsungkan di Ipoh pada 29 dan 30 Jun 1946.

Persidangan itu turut menetapkan corak bendera UMNO serta struktur pentadbirannya selain perbincangan mengenai Perlembagaan baru bagi Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu.

Antara perhimpunan agung yang paling banyak memberi impak kepada parti adalah Perhimpunan Agung Khas UMNO pada 8 dan 9 Mei 1971. Perhimpunan Agung itu diadakan bersempena perayaan 25 tahun UMNO bertujuan meminda Perlembagaan parti.

Antara pindaan yang dilakukan adalah gelaran Yang Dipertua ditukar kepada presiden parti. Nama Majlis Kerja Tertinggi pula disingkatkan menjadi Majlis Tertinggi sahaja.

Selain itu, pemilihan Majlis Tertinggi yang sebelum itu diadakan setiap tahun dipanjangkan kepada tempoh tiga tahun sekali bagi membolehkan segala tugas dijalankan dengan lebih efektif.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.