saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/12/2012

Di sebalik penciptaan lagu UMNO

Lagu keramat, Bersatu, Bersetia, Berkhidmat ciptaan Johari Salleh terus dinyanyikan oleh para perwakilan dengan penuh bersemangat setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

SETIAP kali berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, lagu keramat, Bersatu, Bersetia, Berkhidmat akan sentiasa berkumandang di setiap penjuru Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh para perwakilan.

Mula diperdengarkan secara umum pada Perhimpunan Agung UMNO 1985 di PWTC, lagu itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya komposer terkenal yang juga bekas Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Johari Salleh.

Namun di sebalik semua itu, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa ilham untuk menghasilkan lagu itu datangnya daripada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Menurut Johari, segalanya bermula apabila Siti Hasmah yang lama dikenalinya sejak bertugas di RTM, menghubunginya melalui telefon kira-kira tiga minggu sebelum Perhimpunan Agung UMNO 1985.

"Saya masih ingat ayatnya. Dalam nada lembut dan ceria, beliau secara kiasan menyatakan bahawa MCA dan MIC sudah memiliki lagu rasmi tetapi UMNO masih belum ada.

"Tanpa berfikir panjang, saya katakan kepadanya usah bimbang. Saya akan uruskan segera dan anggaplah segalanya sudah selesai," katanya kepada S2.

Mencipta lagu itu jelasnya tidaklah sukar memandangkan beliau sememangnya memiliki studio sendiri. Menurutnya, lagu itu hanya memerlukan kira-kira dua jam untuk disiapkan.

"Untuk proses rakaman, saya menggunakan kakitangan syarikat saya sendiri iaitu, Josal Music Sdn. Bhd. Tidak hanya kakitangan Melayu, malah kakitangan Cina dan India turut menyanyikan lagu itu," katanya.

Selepas seminggu menerima panggilan daripada Siti Hasmah, Johari berkata, beliau menyerahkan salinan lagu itu kepada Setiausaha Agung UMNO ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid di bangunan Parlimen.

"Lantas lagu itu diperdengarkan kepada barisan kepimpinan UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen. Setelah dimainkan dua atau tiga kali, hanya dalam tempoh setengah jam, kesemua mereka mampu menyanyikan lagu itu dengan baik sambil melihat lirik lagu tersebut di tangan masing-masing.

"Semangatnya sukar digambarkan. Saya berbangga dengan lagu itu kerana Tun Mahathir turut menyebut nama saya ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 1985 sebagai pencipta lagu UMNO. Apatah lagi sehingga kini, lagu itu terus dinyanyikan dan diambil semangatnya," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.