saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 31/12/2012

2013, penantian Pilihan Raya Umum Ke-13 berakhir

KETIKA mula melangkah ke tahun baru 2012, Selak menulis mengenai Tahun 2012 diisi kelegaan, kekecewaan atau kejayaan. Turut disentuh mengenai 2012 Tahun Pilihan Raya Umum? Semua persoalan itu sudah terjawab sebaik sahaja kita berjaya mengharungi tahun 2012 dengan kelegaan, kekecewaan dan kejayaan. Begitu juga dengan persoalan mengenai pilihan raya. Sudah pasti, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan berlangsung pada tahun 2013 yang akan bermula esok. Cuma waktu dan ketikanya masih menjadi persoalan. Sebelum ini ada yang menjangkakan 100 hari lagi (sekitar Mac), sebelum Tahun Baru Cina yang disambut 10 Februari, atau selepas sambutan itu iaitu pada bulan Mac (kerana cuti sekolah). Ada juga yang menjangkakan dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen sekarang berakhir pada 24 April 2013, maknanya sekitar bulan Mei, yang juga melibatkan cuti sekolah. Apa yang pasti, tahun 2013 adalah tahun PRU dan semua parti politik sudah bersedia. Bagi yang gemar bermain angka pula memadankan 130313 yang membawa maksud 13 Mac 2013. Begitulah minat orang ramai terhadap PRU. Eloklah, kita serahkan sahaja perkiraan ini kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Memasuki 2013, suhu politik dan kuasa tentunya semakin panas dengan pelbagai program akan diatur oleh parti politik untuk memenangi hati pengundi. Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan Putrajaya manakala pakatan DAP-Pas-PKR (3P) pula mahu menawan Putrajaya. Maka masing-masing berusaha mendekati rakyat. BN Selangor misalnya, ketika ini mengadakan Karnival Sayangi Selangor di i-City, Shah Alam. Kemuncak sambutan berlangsung malam ini. Malam esok, DAP pula akan melancarkan kempen PRUnya bertemakan Ubah Rocket Style (membawa maksud ubah cara DAP). Kenapa tidak digunakan bahasa Melayu sepenuhnya? Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa perwakilan menggunakan bahasa Melayu semasa kongres parti itu baru-baru ini. Mungkin terlepas pandang ejaan style kerana ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayunya hampir sama.

Diharapkan dalam memenuhi misi politik dan kuasa menjelang PRU ini, orang politik tidak merosakkan apa yang sudah ada. Jika mahu memperbaikinya, lakukan dengan semangat jujur dan ikhlas supaya ia menjadi lebih baik. Jangan menjadi seperti tikus membaiki labu. Kita tidak mahu mendengar cakap-cakap politik yang merapu, tidak masuk akal serta menyakitkan telinga. Begitu juga dengan ‘kilang fitnah’ yang akan beroperasi 24 jam bagi mengeluarkan fitnah terkini semata-mata mahu memancing undi. Eloklah rasanya jika tiga atau empat bulan pertama tahun 2013 ini dijadikan tempoh bertenang tanpa sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kekecohan. Sebagai rakyat atau pengundi, dalam tempoh ini juga, mereka mahu mendengar sesuatu yang boleh melega dan menguntungkan rakyat serta negara pada masa depan, bukannya sekadar mencari undi untuk kepentingan politik dan kuasa pemimpin, puak atau parti.

Dalam tempoh hampir lima tahun selepas PRU pada 2008, rakyat sudah dapat menilai mana satu intan dan kaca. Rakyat tahu siapa yang menunaikan janji, siapa berbohong dan siapa pula yang terus memberi mengikut kemampuan. Ketika kerajaan terus menghulurkan bantuan dan mengadakan pelbagai program untuk meringankan beban rakyat, pihak yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’ tidak mampu berbuat demikian sebaliknya mencari pelbagai alasan malahan menuding jari kepada orang lain.

Tidak perlulah Selak menghabiskan ruangan ini untuk menyelak satu persatu janji yang dijanjikan tetapi tidak ditunaikan. Cuma apa yang menarik ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang dikatakan memutar belit isu berhubung elaun RM100 bagi ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto 3P pada PRU lalu.

Beliau didakwa mempersoalkan ke mana undi golongan ibu tunggal. Khabarnya, mereka diminta membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi 3P sama ada DAP, Pas atau PKR. Kalau dakwaan ini betul, maka ia menjurus kepada kerajaan yang ‘pilih bulu’ atau ‘pilih kasih’ dan tidak memberi keadilan kepada rakyat. Satu perkara lagi, ini adalah cakap tidak masuk akal. Mana mungkin ibu tunggal ini dapat membuktikan mereka memangkah 3P pada PRU lalu. Bukankah undi itu rahsia? Sejak bila sistem pilihan raya kita boleh membongkar lambang apa yang dipangkah oleh pengundi? Adakah SPR perlu meminda sistem kertas undi supaya pilihan setiap warganegara pada hari mengundi boleh diketahui umum? Harap-harap tidak adalah pula demonstrasi yang mendesak SPR menyediakan kertas undi yang tertera kad pengenalan pengundi. Lebih teruk lagi, apabila ada pihak yang berkata, janji dalam manifesto pilihan raya bukan janji. Adakah ini bermakna pada PRU akan datang, parti berkenaan yang menyenaraikan apa yang akan dinikmati rakyat melalui manifesto, semuanya itu janji kosong? Sekadar mahu memancing undi?

Begitulah jadinya apabila cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap. Janganlah kerana sudah ada kuasa, orang politik boleh buat sesuka hati. Jangan kerana ada sedikit kuasa, pengundi dilupakan atau rakyat dipermainkan.

Seperkara lagi, janganlah kerana mahu merebut undi atau mahu menjaga puak-

puak tertentu, orang politik bercakap sesuatu sehingga boleh menimbulkan keresahan rakyat pelbagai kaum. Ada pemimpin yang hanya pandai menegur orang lain tetapi tidak mampu mengurus diri sendiri. Contohnya ada pemimpin yang meminta media menghentikan laporan yang boleh membangkitkan kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap parti mereka. Malangnya, mereka pula bercakap sesuatu yang mampu membangkitkan kebencian dalam kalangan masyarakat. Begitulah sikap sesetengah pemimpin politik. Mereka nampak kuman di seberang lautan tetapi tidak nampak gajah di depan mata.

Akhirnya diharapkan pada tahun 2013 ini, rakyat kita dapat mengharungi kehidupan dalam suasana aman, sejahtera dan harmoni. Kepada pemimpin politik, kurangkan bercakap dan bertindak sesuatu yang boleh menimbulkan keresahan rakyat. Kepada rakyat, belajarlah daripada apa yang berlaku di negara orang termasuk di negara Islam seperti Syria dan Mesir. Selamat menyambut tahun 2013!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.