saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 07/01/2013

DAP catat sejarah dramatik selepas 19 hari susun langkah ke Putrajaya

DRAMATIK bagi orang luar tetapi itulah demokratik bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP). Begitulah kesan pengakuan kecuaian berhubung kesilapan kiraan undi melibatkan tujuh calon bagi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di Pulau Pinang pada 15 Disember 2012. Kesilapan itu amat memalukan. Memang benar kata Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa ini kali pertama perkara seumpama itu berlaku dalam sejarah DAP. Sukar untuk dipercayai kesilapan ini boleh berlaku dalam DAP yang cukup berhati-hati tentang angka sama ada melibatkan pilihan raya parti atau pilihan raya umum. Pada masa yang sama DAP juga tidak pernah lekang dengan slogan yang menunjukkan kehebatan parti itu termasuk mempertahankan diri sebagai kerajaan yang cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).

Satu lagi pengakuan Karpal Singh ialah semuanya berlaku kerana kecuaian manusia. Benarlah, manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan. Sama ada DAP berada di ‘pihak yang benar’ atau sebaliknya, perkara sudah terjadi. Terlajak perahu boleh diundur terlajak cakap dan tindakan buruk padahnya. Pelbagai kecaman dan kritikan dilontarkan. Apa yang berlaku juga dianggap sebagai sandiwara, lawak jenaka serta mampu menjejaskan kredibiliti parti itu.

Begitulah risiko yang terpaksa ditanggung oleh DAP sekalipun mereka mempertahankannya atas nama kejujuran dan ketelusan atau CAT yang dilaung-laungkannya. Pembetulan yang penuh kontroversi ini berlaku setelah parti itu dikritik hebat apabila lapan orang Melayu yang bertanding tersingkir sehingga dua daripada mereka terpaksa dilantik menganggotai CEC. Penyingkiran itu menyebabkan DAP dianggap gagal membuktikannya sebagai parti pelbagai kaum.

Selepas 19 hari, tiba-tiba muncul ‘kesilapan kiraan undi’ yang akhirnya membantu seorang calon Melayu ‘menang’ dan dua lagi Melayu menambah undi. Akhirnya keputusan itu menambahkan lagi kontroversi.

Dalam politik, setiap tindak tanduk yang dilihat boleh ‘mengancam kedudukan politik’ mana-mana pihak akan mendapat kritikan walaupun sesuatu yang dilakukan itu amat baik dan memberi manfaat kepada banyak pihak. Berapa banyak ‘kerja dan amalan baik’ yang dilakukan sama ada oleh kerajaan atau agensinya dikritik hebat oleh mereka di luar Barisan Nasional (BN). Ada saja ‘kelemahan’ yang dicari untuk memperkecilkan kebaikan yang dilakukan.

Apabila kesilapan yang dilakukan akibat kecuaian, sudah tentu akan mendapat ‘reaksi teruk’ yang pelbagai. Semua parti politik mengalami suasana ini. DAP perlu menerima hakikat ini. Suka atau tidak, tindakannya ‘membetulkan’ keputusan pemilihan CEC ini mendapat reaksi hebat. Berilah apa juga alasan tetapi orang politik akan ‘membaca’ dalam pelbagai sudut.

Jalan keluar terbaik bagi DAP ialah membubarkan CEC yang ada dan mengadakan semula pemilihan. Mungkin pemilihan baru yang lebih tersusun mengikut kehendak CAT akan membaiki kredibiliti parti.

Menyelak kembali isu ini, ia tercetus apabila DAP mendakwa keputusan pemilihan yang dibuat 15 Disember lalu tersilap. Kesilapan itu dimaklumkan kepada Lim Guan Eng pada 17 Disember tetapi pembetulan mengenainya hanya diumumkan 19 hari kemudian. Lebih parah, apabila pembetulan kesilapan itu meletakkan Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai Melayu pertama menang dalam pemilihan itu. Ini juga satu sejarah baru. Selepas ‘pembetulan’ dibuat, beliau yang sebelum ini menduduki tangga ke-39 melonjak ke tangga 20 sekaligus melayakkannya sebagai salah seorang calon yang dipilih. Undinya meningkat kepada 803 berbanding 305 pada hari pemilihan. Wu Him Ven yang pada mulanya menduduki tempat ke-6 menjunam ke kedudukan 26. Undinya merosot dari 1,202 undi kepada 669 undi menyebabkannya terkeluar daripada senarai. Beliau bagaimanapun kekal sebagai anggota CEC yang dilantik. Lima lagi calon yang bertanding turut mengalami perubahan undi. Mereka ialah Wong Sai Hoong 23 (asal 448), Wong Sze Phin 643 (761), Zulkifli Mohd Noor 249 (216), Roseli Abdul Gani 69 (39) dan Tan Boon Peng 40 (407).

Masalah teknikal dikatakan menjadi punca kesilapan ini. Adakah alasan ini boleh diterima selepas 19 hari ‘pilihan raya’ parti itu diadakan? Kenapa mengambil masa yang lama? Kebetulan pula melibatkan beberapa calon Melayu. Bagaimana agaknya jika apa yang berlaku dalam DAP itu melibatkan orang lain atau lebih tepat berlaku dalam BN? Apa terjadi jika ia melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sering dikritik hebat dengan segala macam masalah berkaitan pengundian?

Sudah tentu akan timbul desakan supaya diadakan suruhanjaya siasatan di raja, membatalkan keputusan itu dan mengadakan pemilihan semula. Ada juga orang yang akan didesak meletak jawatan kerana apa yang berlaku amat memalukan. Dalam konteks DAP ini, siapa agaknya perlu meletak jawatan? Karpal Singh, Guan Eng atau Penasihatnya, Lim Kit Siang?

Sebenarnya tidak semua orang yang bercakap pandai itu cerdik dan betul. Kesilapan dan kecuaian akan berlaku sepanjang masa. Memang mudah untuk mencari silap orang lain seolah-olah diri kita tidak pernah melakukan kesilapan.

SPR misalnya sering dikritik dengan pelbagai ‘kelemahan’ dalam sistem pilihan raya. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Ingatlah, kata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih atau ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi empat lagi jari menuding ke arah diri kita.

Cuba selak kembali pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.Isu ini disentuh dalam ruangan ini pada 8 November 2010. Ketika itu timbul pelbagai masalah termasuk dakwaan pengundi hantu, campur tangan pemimpin menyebabkan calon yang layak bertanding menarik diri malah meninggalkan parti.

Pada satu peringkat, pemilihan juga tergendala apabila data perwakilan terpaksa diperiksa semula. Ada juga yang mendakwa layak bertanding tetapi hak mereka dinafikan. Masalah ‘teknikal’ juga berlaku dalam paparan keputusan pengundian.

Itu baru melibatkan parti politik yang jumlah pemilihnya tidak sampai 2,000 orang.

Bayangkanlah jika semua masalah atau kepincangan ini berlaku ketika SPR mengendalikan pilihan raya yang melibatkan 13 juta pengundi. Teruklah SPR ‘dibelasah’. Begitulah keadaannya apabila kita hanya pandai bercakap tetapi isu pemilihan dalam parti pun tidak mampu diselesaikan.

Bagaimana agaknya jika mereka seperti ini diberi tanggungjawab mengendalikan pilihan raya? Pastikah semua masalah teknikal ini tidak akan berlaku?

Mungkin kelam-kabut jadinya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.