saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 14/01/2013

Apakah kesudahannya cerita projek Plaza Rakyat

PLAZA Rakyat yang terbengkalai. Bangunan sebelah kanan adalah stesen LRT Plaza Rakyat.

DARI Pudu Raya ke Pudu Sentral dan kini dikenali pula sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL). Begitulah transformasi yang dilakukan kerajaan bagi memenuhi keperluan semasa masyarakat di Kuala Lumpur. Pudu Raya yang pernah menjadi nadi pengangkutan awam di ibu negara masih kekal sebagai terminal pengangkutan awam walaupun peranan itu kini turut dikongsi bersama oleh Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Begitu juga dengan Hentian Putra dan Hentian Jalan Duta. Bagaimanapun peranan UTC KL kini lebih luas, bukan lagi sekadar terminal pengangkutan awam khususnya bagi pengguna-pengguna bas ekspres.

Menyelak kembali perubahan yang berlaku ini, Pudu Raya bertukar menjadi Pudu Sentral mulai 27 Ogos 2011. Perubahan nama itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Ia dibuat seiring dengan permodenan dan naik taraf yang dilakukan oleh UDA Holdings Berhad terhadap bangunan yang berusia lebih 35 tahun itu dengan kos dianggarkan RM52juta. Perubahan yang dilakukan itu memang memberi keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam terutama bas ekspres ke beberapa destinasi.

Terminal di Pudu Raya yang sebelum itu dalam keadaan daif berubah wajah sehinggakan ada pelancong yang menyamakannya seperti berada di lapangan terbang. Kemudahan surau yang boleh digunakan untuk solat Jumaat juga disediakan. Begitulah perubahan yang dilakukan sesudah lawatan Najib ke Pudu Raya pada 25 April 2009. Perubahan tidak terhenti di situ sahaja apabila pada 22 September 2012 Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan Pudu Sentral dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur atau UTC KL. Dalam tempoh enam bulan dengan kos RM24 juta, UTC KL menjadi pusat sehenti di bawah satu bumbung merangkumi puluhan jabatan kerajaan, agensi swasta serta pusat rekreasi yang dibina melalui Strategi Lautan Biru. Di situ juga terdapat Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia. Begitulah perubahan yang berlaku terhadap Pudu Raya dalam tempoh yang singkat selepas lawatan pertama Najib sebagai Perdana Menteri ke Pudu Raya pada April 2009.

Sayangnya di sebalik kehebatan UTC KL ini, warga Kuala Lumpur khususnya mereka yang sering melewati kawasan itu tertanya- tanya apa yang berlaku terhadap ‘Plaza Rakyat’. Sudah banyak kawasan di sekelilingnya telah mengalami perubahan walaupun dimajukan selepas pelancaran pembinaan Plaza Rakyat. Begitu juga sudah banyak bangunan baru yang terbina megah dengan pantas meninggalkan nama Plaza Rakyat. Adakah masih ada harapan untuk melihat Plaza Rakyat menjadi kenyataan? Plaza Rakyat kini hanya tinggal nama kepada stesen transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang. Itulah satu-satunya bahagian yang dapat disiapkan. Bagi mereka yang pernah menggunakan LRT aliran Ampang (Sentul-Ampang-Sentul atau Sentul-Seri Petaling-Sentul) pasti akan mendengar pengumuman pemandu LRT mengumumkan ketibaan di stesen Plaza Rakyat. Mungkin mereka tahu mengenai sejarah Plaza Rakat atau tidak tahu sama sekali.

Bagaimana pula dengan pelancong asing yang mungkin bertanya, adakah itu wajah Plaza Rakyat? Bagaimana agaknya apabila kita menunjukkan kepada pelancong bahawa tapak yang terbengkalai dengan batang-batang konkrit, tiang batu dan ‘kolam’ serta besi-besi yang berkarat sebagai Plaza Rakyat? Maka adakah wajar nama itu dikekalkan pada stesen LRT yang ada sekarang?

Mungkin lebih elok tukar saja nama stesen LRT Plaza Rakyat itu kepada stesen UTC KL. Mungkin setelah Plaza Rakyat menjadi kenyataan, nama itu dikembalikan.

Bagi mereka yang tidak tahu mengenai Plaza Rakyat ini, eloklah diselak serba sedikit menenainya. Pada peringkat awal, Plaza Rakyat dikatakan akan menjadi bangunan kedua tertinggi di Kuala Lumpur selepas Menara Berkembar Petronas. Terdapat beberapa komponen pembangunan plaza ini. Khabarnya, mengikut pelan asal, menara tertinggi di sebelah barat plaza itu akan mempunyai 79 tingkat ruang pejabat, disambung dengan menara setinggi 20 tingkat di timur dengan menerusi blok podium setinggi enam tingkat.

Ketinggian keseluruhan Plaza Rakyat (termasuk menara telekomunikasi) adalah 382 meter. Ruang seluas 6.6 juta kaki persegi akan terhasil apabila ia disiapkan merangkumi ruang perniagaan, pusat pengangkutan awam, hotel dan ruang pejabat. Selain itu, ia juga akan mempunyai tujuh panggung wayang, pusat hiburan, hotel empat bintang dengan 415 bilik dan 315 unit apartmen.

Projek ini mula dibina pada tahun 1992 dengan anggaran kos RM1.2 bilion. Banyak ‘pengorbanan’ yang terpaksa dilakukan pelbagai pihak dalam melaksanakan pembangunan ini. Bagaimanapun akibat kegawatan ekonomi pada 1997, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2007 terbengkalai. Pemaju juga bertukar tangan tetapi projek itu masih terbengkalai sehingga ke hari ini. Begitulah nasib yang menimpa Plaza Rakyat.

Apakah kesudahannya tapak ini? Adakah ia akan terus terbiar begitu sahaja? Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berkuasa supaya kawasan yang sebenarnya bernilai tinggi ini dapat dimanfaatkan. Kedudukannya di sebelah UTC KL tidak boleh dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa. Warga Kuala Lumpur mengharapkan Plaza Rakyat menjadi kenyataan atau sekurang-kurangnya wajah ‘hodohnya’ yang ada sekarang diperbaiki.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.