saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 15/01/2013

Himpunan hanya platform peralatkan rakyat

KEHADIRAN mereka yang terhasut dengan propaganda pakatan pembangkang bahawa amalan pilihan raya di Malaysia tidak bebas dan adil rupa-rupanya malu sendirian kerana Himpunan Shamsidar Sabtu lalu bukanlah perjuangan menoktahkan "suara rakyat,"ia adalah kerana hasutan propagandisnya untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim.

Berselindung di sebalik "suara rakyat," Anwar yang dikhuatiri akan kalah dalam pilihan raya akan datang, pemimpin-pemimpin utama mereka terutamanya dalam Pas merasakan inilah masa yang terbaik untuk menghidupkan semula "momentum pilihan raya" setelah ramalan demi ramalan sejak dua tahun lalu tidak menjadi kenyataan.

Anwar yang pernah mengalami psikologi kecewa kerana perubahan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan walaupun pernah berjanji akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat dan memerlukan sedikit masa, akhirnya terjerat dengan pelbagai masal peribadi yang boleh menyebabkan dirinya tercampak ke tepi dalam arus politik perdana.

PKR tidak lagi mendapat kepercayaan besar ahli-ahlinya kerana corak pemilihan yang dikatakan tidak demokratik. Anwar banyak mengamalkan budaya nepotisme. Rakan-rakannya ramai sudah mula merajuk dan keluar PKR.

Dalam Himpunan Shamsidar, ketika Anwar mula berucap, ribuan mereka yang muak dengan Ketua Pembangkang itu mula meninggalkan Stadium Merdeka meskipun di awal perhimpunan itu berjaya mengumpulkan antara 40 hingga 45,000 orang untuk turun dari seluruh negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum perhimpunan itu, Anwar berkata, "Himpunan pada 12 Januari ini mungkin membawa pelbagai isu tetapi semuanya berkait antara satu sama lain, tetapi Malaysia akan menjadi lebih baik apabila suara ramai mulai didengari. Sama ada untuk mengubah pilihan raya, menyediakan pilihan raya yang bebas, menghentikan Lynas ataupun mempertahankan hak keluarga Felda.

"Kami menuntut pilihan raya yang adil dan bebas. Tidak ada sesiapa yang boleh curi undi kita. Kita harus bersatu untuk mempertahankan undi kita dan tidak akan membenarkan sesiapa pun untuk menipu undi kita. Ubah pilihan raya sekarang," katanya, yang juga Ketua Umum dan "hari ini wajar putuskan apa yang betul dan apa yang tidak kepada kumpulan kecil yang memakan yang lemah"

Nampaknya, Anwar masih belum sedar dan tidak mahu sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pilihan raya yang bersih dan bebas. Oleh sebab itulah BN tidak pernah menafikan setiap kemenangan wakil-wakil rakyat daripada pembangkang dan boleh memerintah begitu lama di Kelantan, serta di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah apabila menang majoriti dalam PRU ke-12.

Rakyat juga tidak mudah dengan seruan terdesak Anwar kerana belum pernah sifat kanibalisme berlaku di negara ini, iaitu "memakan yang lemah." Menerusi pelbagai program yang dilaksanakan, mereka yang berada dalam kesukaran hidup - dibantu menerusi jaringan keselamatan sosial, e-kasih dan rawatan kesihatan.

Mereka yang miskin tidak pernah dinafikan untuk mendapat rawatan kesihatan yang terbaik, bahkan kerajaan menubuhkan pula Klinik 1Malaysia.

Mereka yang miskin, yang tidak mempunyai rumah dibantu memiliki rumah ataupun diperbaiki rumah-rumah yang uzur, tidak seperti yang sering diucapkan oleh Pas sebagai negara berkebajikan, tetapi hanya mampu menasihatkan mereka yang susah hidup itu bersabar tanpa menunjukkan keprihatinan yang jelas.

Kini, pakatan pembangkang sedang terperangkap dengan banyak isu, maka himpunan itu sebenarnya kaedah terbesar dan kemuncak propaganda mereka untuk menyelamatkan keadaan dan mengalihkan isu tersebut dari terus dibahas, dibincang secara terbuka kerana media pakatan pembangkang akan terus menghujah kehadiran ramai itu sebagai titik penolakan rakyat kepada BN walaupun hakikatnya, sebahagian besar pesertanya tidak memahami apa tujuan sebenar penyertaan tersebut.

Meskipun sejak awal pagi beberapa orang dilihat memakai t-shirt berwarna hijau membawa mesej mendesak operasi Lynas di Kuantan digugurkan berlegar-legar di Masjid al-Firdaus, Segambut bukan benar-benar mengerti tetapi kerana sudah dirasuk dengan maklumat bohong, mereka turut menyertainya.

Ada seseorang yang memakai t-shirt yang tertulis "Jihad" dan di bahagian belakang begitu jelas dicetak "Islam", pastinya kurang arif mengenai dua perkataan tersebut jika mahu dilakukan perbincangan secara sihat. Saya tidak berminat mengajak mereka berbincang kerana daripada riak wajahnya jelas membuktikan riak-riak yang kurang rasional dan terbuka mindanya.

Orang seperti itulah yang sebenarnya amat percayakan apa sahaja propaganda yang dimuntahkan oleh para pemimpin pakatan pembangkang, sedangkan mereka seolah-olah mahu menafikan segala nikmat dan kesenangan yang mereka kecapi sekarang ini seperti "rezeki bergolek", iaitu bukannya perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu yang berhabis keringat memikirkan bagaimana ingin jadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Dengan mempercayai seruan pakatan pembangkang, sebenarnya mereka berusaha mencari jalan tidak selamat kerana mencurah air di tempayan sedangkan mendung bukan bermakna hujan akan turun.

Mereka tidak perlu melaksanakan proses uji kaji seperti dalam makmal kerana bahayanya tetap ada dengan melihat situasi politik semasa yang berlaku di beberapa negara Arab dan Afrika Utara meskipun pernah berbangga dengan "Arab Spring".

Sejak perjuangan menyingkirkan pemimpin kerajaan di Tunisia berjaya dilaksanakan pada awal tahun 2011, negara itu masih belum pulih sepenuhnya. Begitu juga apa yang berlaku di Mesir, meskipun pilihan raya presiden sudah memberikan kemenangan kepada calon dari Ikhwanul Muslimin, kestabilan politik belum dapat dipulihkan sepenuhnya.

Di Libya juga sama, walaupun Muammar Gadafi berjaya ditamatkan riwayatnya. Peranan kuasa-kuasa asing semakin besar sehingga menyebabkan rakyat tempatan mengambil keputusan menyerang dutanya, dan tiga orang lagi kakitangan konsulat Amerika Syarikat di Benghazi, kerana mereka itu sebenarnya sedang berusaha melaksanakan mandat White House untuk mengawal sistem politik negara tersebut.

Di Syria meskipun kuasa-kuasa Barat banyak melibatkan diri untuk membantu pemberontak menentang kepimpinan Bashar al-Assad sejak 22 bulan lalu, kekuatan tentera yang setia kepada presiden masih teguh dan ini menyebabkan sekutu Amerika Syarikat di Eropah enggan bersengkongkol sebagaimana berlaku sebelumnya.

Eropah sudah semakin sedar, kemelut ekonomi yang dihadapi oleh Kesatuan Eropah perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyertai kegilaan Amerika Syarikat yang dibayangi oleh Israel, kerana ia adalah kelangsungan kehidupan.

Kesatuan Eropah tidak mahu bersikap "susukan kera di hutan" sedangkan "anak sendiri semakin kehausan", kerana bebannya adalah besar dan lebih baik perbelanjaan itu digunakan untuk memulihkan ekonomi masing-masing.

Pengajaran itu sepatutnya menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dengan tidak memperjudikan nasib masa depan dengan mempercayai bahawa pakatan pembangkang boleh "selamatkan Malaysia" dan "jadi lebih baik." Itu hanyalah janji kosong orang yang kemaruk kuasa dan terdesak mahu menjadi Perdana Menteri kerana membalas dendam.

Himpunan 12 Januari hanyalah muslihat pakatan pembangkang yang sengaja mahu memperalatkan rakyat terutamanya orang Melayu kerana ingin matikan isu Kalimah Allah dan gunakan secara tidak berhemah untuk menafikan proses mencari kebenaran. Ia adalah satu lagi usaha untuk "menyelamatkan Anwar" dan bukan "selamatkan Malaysia" kerana Malaysia sudah dibuktikan semakin selamat. Marilah kita mencipta kebaikan dimuka bumi ini seperti mana ditegaskan oleh Allah SWT dalam fimannya yang bermaksud: "Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan." (maksud surah Ali Imran ayat 148)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.