saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 16/02/2013

Gemilang HKL diperakui dunia

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) bukan sahaja muncul sebagai pusat perubatan utama negara, malah telah menjadi antara mercu tanda utama ibu kota sejak 1963. Mungkin ada yang menyangka HKL baru sahaja memasuki usia 50 tahun, tetapi sejarah hospital ini telah bermula sejak 1870 lagi sebagai sebuah hospital daerah dengan hanya memiliki tiga buah wad.

Pada 1920, jumlah tersebut ditambah kepada 25 buah wad sebelum bermulanya fasa 1 hingga fasa 4 pembinaan bangunan baharu HKL pada 1962.

Menjelang 1975 dan dengan kos RM77 juta ketika itu, HKL mempunyai bangunan Hospital Bersalin, Blok Wad Utara dan Selatan, Blok Radiologi, Institut Neurologi, Institut Ortopedik, Institut Urologi, Pusat Anggota Palsu, Pusat Pemindahan Darah Kebangsaan dan hostel untuk doktor, jururawat serta kakitangan lain.

HKL juga mula menjadi hospital pendidikan untuk pelajar perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1973.

Kerja-kerja penambahbaikan turut dijalankan antara 1986 dan 1988 untuk menaik taraf dan mengubah suai bangunan lama HKL, khususnya blok bangunan berasaskan kayu.

Institut Pediatrik pula dibina pada 1989, sementara kerja menaik taraf Institut Radioterapi, Onkologi dan Perubatan Nuklear dimulakan pada 1994.

Kini, HKL mempunyai 49 unit dan jabatan berbeza, 83 wad dengan lebih 2,500 katil, 7,000 kakitangan merangkumi hampir 100 bidang kerja dan diperakui sebagai hospital kelolaan Kementerian Kesihatan yang terbesar di Malaysia, terbesar di Asia Tenggara dan antara terbesar di rantau Asia.

Merekodkan hampir satu juta kelahiran sejak 1963 daripada kalangan bangsawan, cendekiawan, ikon dan kakitangan HKL sendiri.

Menghadapi pelbagai kerenah pesakit dan tohmahan tentang kualiti perkhidmatan yang diberi, HKL tetap diperakui antara hospital terbaik di rantau ini berikutan pengalaman kakitangannya merawat bermacam jenis penyakit yang dihidapi ribuan rakyat Malaysia, mahupun warga asing.

Kerajaan juga terus menerus menyalurkan peruntukan untuk penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan di HKL termasuk dalam Bajet 2013 baru-baru ini, bukan sahaja demi menjaga imej, kemampuan dan kebajikan kakitangan hospital, malahan bagi menjamin rakyat mendapat kemudahan perubatan terbaik di dunia.

Di sebalik semua pahit manis itu, kakitangan HKL terus menerus berpegang kepada objektif utama menyelamatkan nyawa tanpa mengira bangsa, agama dan darjat, menghadapi pelbagai cabaran dan mencatatkan bermacam rekod kejayaan dalam sejarah Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.