saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 20/02/2013

Perihal novel The "I" Files dan video I-Files: Manusia Pelbagai Wajah

SEMAKIN hari semakin menarik novel perisikan bertajuk The "I" Files ini.

Novel berbahasa Inggeris itu hanya boleh dibaca melalui talian di alamat https://ifilesjs.wordpress.com/. Ia mula disiarkan bab demi bab sejak tahun lalu.

Kini sudah ada 14 bab dan ia dijangka terus ditulis. Penulisnya bernama Jonathan Smith, dikatakan seorang perisik Barat yang menyimpan banyak fail-fail rahsia mengenai personaliti-personaliti tertentu di negara ini.

Jonathan dikatakan telah bertapak menjejak rahsia di negara ini sejak zaman komunis lagi dan mengumpul maklumat untuk dihantar ke negaranya sehingga tamat Perang Dingin sekitar 1980-an.

Namun selepas itu, dia dikatakan diarah pula mengikuti seorang tokoh politik Malaysia bernama Encik 的".

Oleh sebab keseluruhan kisah novel itu mengenai Anwar Ibrahim, maka saya percaya 的" itu bermaksud Ibrahim. Dalam budaya Barat panggilan rasmi seseorang itu dipanggil dengan nama bapa atau surname.

Maka oleh kerana buku atas talian itu diberi nama The 的" Files atau Fail-Fail 的", ia sudah pasti membawa maksud Anwar Ibrahim.

Perisikan beliau mengenai Anwar cukup teliti dan amat mendalam sekali. Ia berkisar mengenai Anwar sejak di zaman sekolahnya di MCKK, ke Universiti Malaya. Terbabit dalam pergerakan pelajar di universiti serta terbabit dalam pergerakan prodemokrasi luar negara.

Jika kita membaca The 的" Files, seolah- olah kita sedang membaca novel-novel spy atau perisikan terkenal di pasaran sekarang seperti The Thirty-Nine Steps tulisan John Buchan atau yang lain-lain.

The 的" Files juga mendedahkan penglibatan Anwar dalam pergerakan Ikhwanul Muslimun yang diasaskan oleh Hassan Al- Bana di Mesir sehinggalah kepada sebuah pertubuhan Islam yang berpangkalan di Virginia, Amerika Syarikat, IIIT (disebut Triple IT). Triple IT atau International Institute of Islamic Thought dikatakan adalah alat Amerika untuk menyusup ideologi Pluralisme ke dalam masyarakat Islam global.

的" Files ternyata sebuah novel fiksyen dan realiti yang hebat. Kita tidak dapat mensahihkan kebenarannya, namun banyak faktanya yang boleh diterima akal.

Kisah hubungan manis hingga ke pahit Anwar-Mahathir turut dikisahkan dalam novel itu.

Ia juga berkisar mengenai teori konspirasi Barat yang cuba 僧enguasai Anwar untuk dijadikan ally atau pakatan atau boneka mereka. Barat mahu melihat, akhirnya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin ada logiknya kerana Malaysia adalah sebuah negara yang cukup strategik bagi Barat, terutamanya Amerika Syarikat, selepas Perang Dingin dengan Soviet Union.

Perlu diingat Perang Dingin era kini ialah AS dengan China. Malaysia mempunyai Selat Melaka yang banyak digunakan oleh China dalam mengangkut barangan dan minyak.

Di rantau ini hanya Malaysia yang belum menjadi mangsa regime changed atau ditukar regim atau dikuasai secara pakatan (ally) oleh Amerika.

Pendek kata, sesiapa yang berminat mengenai cerita-cerita spy atau perisikan boleh membaca novel online itu, secara percuma.

The 的" Files dalam video YouTube?

Namun apa yang menarik mengenai novel The 的" Files ini ialah dengan kemunculan video yang kelihatan mula disiarkan melalui YouTube bertajuk I-Files : Manusia Pelbagai Wajah.

Saya mengesan video itu (taip di YouTube: Anwar Ifiles) sudah berlegar di dalam YouTube selama empat hari lalu dan dengan yang terbaharu selama kurang daripada 24 jam. Ia sudah ditonton oleh beribu penonton.

Carian menunjukkan ia diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Mandarin.

Sudah ada Bab 1 (http://youtu.be/WZhtn 8jv8L8) dengan tiga bahagian yang mungkin hasil olahan semula daripada buku The 的" Files tulisan Jonathan Smith itu.

Persembahannya cukup menarik seolah- oleh seperti kita sedang menonton siri CI (Crime and Investigation) di saluran Astro. Muzik latarnya juga sama seperti siri CI itu.

Kita tidak pasti siapa yang menerbitkannya, namun ia cukup menarik. Saya merasakan ia juga patut disiarkan oleh stesen- stesen televisyen tempatan.

Bab 1 I-Files : Manusia Pelbagai Wajah itu, setakat ini mewawancara seorang bekas sahabat karib Anwar, Ustaz Ismail Mina, yang bersama-sama aktif sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaya dan kemudian menubuhkan ABIM dan Yayasan Anda.

Ustaz Ismail kini sudah berpatah arang dengan Anwar dan bergerak dalam sebuah NGO untuk menentang 遡emungkaran akidah yang dikatakan dilakukan oleh bekas sahabat seperjuangannya itu.

Sebelum ini, Ismail menyatakan sokongannya yang tidak pernah luntur kepada Anwar, daripada zaman pelajar, bersama-sama menubuhkan Yayasan Anda dan ABIM hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu merengkok di penjara Sungai Buloh.

Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2 September 2004. Setelah mendapat rawatan di Munich, Jerman, Anwar mengambil keputusan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins dan Georgetown di AS.

Sejak menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, AS, aliran pemikiran Islam Anwar mula berubah.

Di luar negara, Anwar sering bercakap tentang topik agama khususnya berkaitan dengan 的slam dan Demokrasi".

Salah satu ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk 迭eligion and Pluralisme in a Divided World", benar-benar menyentak sahabat-sahabatnya di Malaysia.

Perbahasan secara teliti dilakukan oleh sahabat-sahabatnya berkenaan ucapan itu mendapati Anwar kini telah mendokong satu fahaman baru yang dinamakan Pluralisme Agama, iaitu menganggap semua agama adalah sama.

Mungkinkah video YouTube I-Files : Manusia Pelbagai Wajah juga akan terus disiarkan lagi seiring dengan bab-bab yang banyak terdapat dalam novel itu?

Saya melihat fenomena ini cukup menarik. Nampaknya jentera perang saraf PRU-13 sudah mula dilancarkan satu persatu.

Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya...

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.