saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 08/03/2013

Kebebasan rakyat tidak memungkinkan Arab Spring berlaku di Malaysia

KENYATAAN Dr. Ghazi Ahmad Hamad, Timbalan Menteri Luar Hamas menolak relevannya Arab Spring menarik untuk dianalisis.

Katanya, Malaysia diketahui sebagai negara yang aman dan rakyat menikmati pelbagai kebebasan. Rakyat di negara ini tambahnya, hidup dalam keadaan makmur dan saling hormat menghormati.

Tokoh yang terlibat dalam intifada ini tahu hakikat perjuangan dan penderitaan orang Palestin dan banyak bantuan diberi oleh rakyat Malaysia dan kerajaan juga bagi meringankan beban yang tinggi. Bantuan yang diberi tidak boleh terjadi sekiranya Malaysia sama-sama dalam keadaan derita, tidak stabil, pertumbuhan ekonomi tidak terjadi.

Beliau menambah keadaan yang ada tidak menyebabkan relevannya Arab Spring mahu dicetuskan di Malaysia kerana amalan demokrasi di Malaysia menyatakan secara jelas perihal hak serta kebebasan rakyat.

Beliau menyimpulkan Malaysia berada di landasan yang betul dalam mengisi keperluan rakyat justeru tuntutan kononnya kerajaan sedia ada perlu dijatuhkan demi sebuah perubahan adalah tidak sesuai sama sekali.

Hairannya orang luar, pejuang kebebasan tulen mengakui latar Arab Spring dan apa yang berlaku di Malaysia. Penulis tiga tahun lalu sempat bertemu seorang doktor pakar dan bertanyakan beliau berapa pendapatannya sebulan sebagai pensyarah di sebuah universiti di Mesir. Katanya, tidak melebihi 2,000 riyal.

Penulis bandingkan ini dengan gaji dan elaun yang diterima oleh pensyarah perubatan di Malaysia bezanya terlalu jauh. Ia bukan bermaksud menghina profesor dari Mesir itu tetapi sekadar membayangkan bahawa situasi Mesir dalam banyak perkara tidak sama dengan situasi Malaysia.

Arab Spring diharapkan berlaku di Malaysia amat disukai oleh tokoh-tokoh politik jalanan atau hayat politiknya penuh dengan demonstrasi demi demonstrasi. Modal petah bercakapnya hendak dijadikan asas mendebat sesuatu dan mempersoalkan sesuatu sehingga belum pilihan raya lagi sudah membuat andaian bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak bersih.

Perangai pre-emptif ini sudah lama di ketahui oleh para strategis politik. Kalau proses demokrasi tidak menyebabkan dia dan partinya menang maka jalan terakhir ialah politik ala Arab Spring.

Dr. Ghazi menolak ini. Meruntuhkan suatu rejim dalam situasi kepimpinan dan ekonomi buruk boleh terjadi seperti berlaku di Mesir, Libya, Tunisia dan Syria. Tetapi mengurus kemenangan selepas itu tidaklah mudah.

Seperti mudahnya pakatan pembangkang membuat manifesto. Hakikatnya mengisi manifesto bukan perkara enteng. Ia memerlukan wang dan azam politik yang tinggi. Kalau sebuah negeri seperti Selangor, manifesto dikatakan bukan janji, apa bezanya manifesto yang baru dikemukakan sebagai testimoni kerajaan dan komitmennya terhadap rakyat.

Pemerintahan Barisan Nasional yang didukung oleh UMNO juga memiliki manifesto. Tetapi kerajaan menepati janji. Dasar-dasar utama negara berjalan dengan dukungan pegawai-pegawai yang berdedikasi. Kalau berlaku kelemahan terdapat check and balance.

Soal kelemahan tetap ada. Yang penting usaha memperbaiki kelemahan. Banyak kritik datang daripada kelompok yang kaya raya dan senang-lenang hasil pembangunan di Malaysia. Mereka sangat tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi dan mengambil sikap menentang.

Penerima-penerima bantuan BR1M tidak begitu. Sedikit yang kerajaan beri sebahagian besar amat berterima kasih. Katalah mereka haiwan, bodoh atau firaun, mereka tahu bahawa ia bukan syarat mengundi Barisan Nasional kerana penerimanya juga ramai dalam kalangan ahli pembangkang.

Justeru Malaysia adalah sebuah negara stabil, aman dan damai. Kelemahan tetap ada selagi ia bernama kerajaan dan dikendalikan pula oleh manusia.

Kelemahan itu perlu diperbaiki, baik dalam kadar perlakuan rasuahnya, integriti pengurusannya, sistem penyampaiannya dan ketirisan yang berlaku.

Kerajaan sedia ada yang didukung oleh UMNO ada trek rekodnya. Kerajaan ganti yang bakal datang belum ada trek rekodnya. Ternyata bagi Selangor, pasir dikorek sebegitu rupa dengan sampah di mana-mana. Kedah menggondolkan hutan balak walaupun di daerah tadahan air. Kelantan dengan gondolnya Loging dan isu air bersih tidak selesai. Manifestasi pengurusan negeri yang tidak telus dan berwibawa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.