saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/03/2013

Gempur Permatang Pauh mahu menangi semula tiga kerusi

SABTU lalu UMNO Permatang Pauh melancarkan Program 100,000 Gempur Permatang Pauh. Sebanyak 1,000 sukarelawan yang terdiri daripada anggota wanita dan pemuda UMNO akan mengedarkan 100,000 risalah mengenai Barisan Nasional (BN). Ia juga sebagai isyarat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa, UMNO tidak akan memberi kemenangan mudah malahan bersedia untuk merampas kembali kerusi itu. Ketika ini di Permatang Pauh, perang bendera parti politik juga sudah bermula. Bilik gerakan PRU juga dibuka. Cuma aktivitinya belum rancak.

Permatang Pauh akan terus menjadi tumpuan ramai sama ada yang berada dalam dunia politik atau di luar gelanggang. Kenapa kawasan ini menjadi perhatian? Seorang veteran UMNO bahagian berkata, Permatang Pauh menjadi perhatian dunia kerana di situ adanya individu bernama Anwar Ibrahim. Beliau mempunyai keistimewaan tersendiri dalam kalangan beberapa pemimpin luar negara yang akan menanti dengan penuh debar sama ada Anwar mampu mempertahankan kedudukan dan melonjak ke atas seperti yang diidamkan. Maka kata veteran UMNO itu, biarlah Anwar bertanding di situ supaya Permatang Pauh terus mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Tidak pasti sama ada pandangannya itu ikhlas, sinis atau ada sesuatu di sebaliknya.

Disebabkan tumpuan itu, eloklah BN memberi perhatian khusus kepada kawasan itu yang juga boleh dianggap sebagai ‘akar’ kekuatan pakatan pembangkang lebih-lebih lagi di sinilah Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden PKR mula bertapak. Kebetulan pula Pulau Pinang menjadi pengkalan kepada kekuatan DAP melalui kerajaan negeri yang diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Karpal Singh sebagai Pengerusi.

Permatang Pauh turut mendapat perhatian kerana di situ juga ada tiga wakil rakyat yang menang melalui pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU 2008 iaitu di peringkat Parlimen dan dua di Dewan Undangan Negeri (DUN). Di peringkat Parlimen Anwar dipilih selepas peletakan jawatan Dr. Wan Azizah; di DUN Penanti, Timbalan Ketua Menteri 1, Dr. Mansor Osman (PKR) menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang juga meletak jawatan dan di DUN Permatang Pasir, Pesuruhjaya Pas, Salleh Man mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Hamdan Abdul Rahman.

Apakah nasib mereka jika berhadapan dengan PRU? Di pihak BN pula, adakah sudah bersedia untuk ‘merampas’ kembali tiga kerusi berkenaan? Sejak Anwar dipecat daripada UMNO, Permatang Pauh kekal kepada ‘Anwar’ melalui isterinya, Dr. Wan Azizah pada 1999, 2004 dan beberapa bulan pada 2008. Penanti pula jatuh kepada PKR pada 1999 dan dirampas BN pada 2004 tetapi kembali kepada PKR pada 2008. Begitu juga dengan Permatang Pasir yang dikuasai Pas sejak PRU 1999. Menyelak kembali kemunculan Anwar di Permatang Pauh, beliau yang ketika itu sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dijemput ke kawasan itu bagi mencabar calon Pas yang juga penyandang kerusi Parlimen berkenaan, Allahyarham Zabidi Ali. Ketika itu, beliau juga disebut-sebut mahu menyertai Pas. Bagaimanapun persoalan itu terjawab apabila rombongan jawatankuasa UMNO bahagian Permatang Pauh diundang ke Kuala Lumpur untuk menerima Anwar sebagai calon pada PRU 1982. UMNO Bahagian yang ketika itu diketuai Allahyarham Mohd Noor Bakar menerima dengan hati terbuka. Rakan-rakan Anwar juga turun ke Permatang Pauh untuk berkempen meyakinkan pengundi-pengundi di kawasan itu. Sejak itu beliau mewakili Permatang Pauh sehinggalah membawa kepada kemuncak kejayaannya. Begitulah kebangkitan Anwar yang bermula di Permatang Pauh.

Adakah pada PRU kali ini senario atau episod seumpama itu akan berulang? Ada calon payung terjun? Khabar yang bertiup sepoi-sepoi bahasa begitulah bunyinya tetapi kata pemutus ditentukan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Adakah perkhabaran itu sekadar mahu mengundang respons lebih 70,000 pengundi di situ terutama dalam kalangan anggota UMNO? Apa pun PRU bukanmedan eksperimen.

Selama ini, selepas PRU lalu dan tiga PRK di kawasan Parlimen Permatang Pauh, jentera UMNO yang diketuai Ketua UMNO bahagian, Abdul Jalil Abdul Majid sudah bekerja keras. Beliau sebagai Penyelaras BN bagi Parlimen Permatang Pauh berganding bahu bersama Ibrahim Ahmad (Art Burger) selaku Penyelaras DUN Penanti dan Abd Rahim Man Penyelaras DUN Permatang Pasir dan Arif Shah Omar Shah (ADUN Seberang Jaya). Begitu juga dengan Pemuda, Wanita dan Puteri bekerja keras untuk memulihkan sokongan. Gerak kerja mereka mendapat perhatian masyarakat setempat. Sejak kebelakangan ini pula muncul beberapa nama yang sebelum ini ‘tenggelam’ entah ke mana untuk turut sama membantu. Baguslah mereka sama-sama bekerja untuk parti dalam saat-saat genting menjelang PRU ini. Semoga penyertaan mereka ikhlas. Cuma jangan pula kemunculan mereka bagai ada udang di sebalik batu atau akan menjadi musang berbulu ayam atau gunting dalam lipatan. Diharapkan juga kemunculan mereka bukan hanya mahu menumpang ‘laba’ PRU. Sememangnya menjelang PRU, akan ada banyak pihak yang mahu menunjukkan kehadiran mereka . Jangan pula setelah tidak dipilih, mereka ‘angkat kaki’ atau jika masih bersama bertindak menikam belakang rakan-rakan yang terpilih. Utamakan kemenangan parti.

Hakikatnya, isu calon menjadi beban yang amat berat untuk ditangani. Tersilap langkah buruk padahnya kecuali jika semua pihak dapat menerima hakikat berpolitik.

Persoalan juga timbul di kem PKR di Parlimen Permatang Pauh. Adakah Anwar akan kekal di situ atau beralih ke kawasan lain? Jika tidak di Permatang Pauh, mungkinkah beliau akan ke Bayan Baru, Nibong Tebal atau Batu Kawan? Siapa pula yang akan mengisi tempat di Permatang Pauh jika Anwar ‘berhijrah’? Selain Permatang Pauh, kawasan Parlimen yang diperuntukkan kepada PKR pada PRU lalu ialah Bayan Baru, Nibong Tebal, dan Balik Pulau. Kini hanya tinggal Balik Pulau dan Permatang Pauh selepas Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) meninggalkan PKR. UMNO juga hanya mempunyai dua kerusi iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor setelah tewas di Permatang Pauh, Balik Pulau dan Nibong Tebal.

Bagaimana pula kedudukan Timbalan Ketua Menteri I, Dr. Mansor Othman, selepas kontroversi ‘angkuh, sombong dan tokong’ yang terkena pada batang hidung Ketua Menteri, Lim Guan Eng? Khabarnya beliau juga akan mencari kawasan baru.

Kenapa timbul cerita Anwar dan Mansor akan berhijrah? Adakah kedua-dua kawasan itu sudah tidak selamat? Mungkin di sebaliknya, PKR melihat siapa juga dalam kalangan PKR yang diletak di situ akan menang dan dua individu ini perlu mencari kawasan baru yang boleh membuka peluang PKR untuk menambah kerusi.

Jika andaian dua kerusi itu akan tetap selamat dalam genggaman PKR, maka BN perlu bekerja lebih keras dan mengelakkan sebarang pertelingkahan. Jika sebelum ini timbul perkhabaran bahawa hubungan tidak baik dalam kalangan pemimpin UMNO bahagian, kini isu itu dianggap selesai. Apa yang penting, pemimpin-pemimpin bahagian berkenaan perlu bersedia menerima keputusan dengan hati terbuka. Misi penting adalah BN mesti menang. Setelah menghadapi tiga PRK di kawasan itu, UMNO tentunya sudah belajar banyak perkara yang menyebabkan mereka tidak mampu mengambil peluang menawan semula Permatang Pauh, Permatang Pasir dan Penanti. Jangan diulangi kesilapan lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.