saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 03/04/2013

Mandat rakyat dan transformasi

SUASANA istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia Perdana Menteri telah berlangsung di Balairong Seri bermula pukul 10 pagi, pada tarikh 3 April 2009. Secara keseluruhannya, majoriti rakyat menerima baik proses peralihan kuasa yang dilakukan dengan penuh adab, tatasusila dan kekayaan budi bahasa Melayu.

Beberapa bulan sebelum itu, cakap-cakap politik untuk merealisasikan proses peralihan kuasa sudah mendominasi dada akhbar dan media baharu. Keresahan rakyat perlu diberikan penawar dengan perubahan yang lebih memberikan keyakinan bahawa parti pemerintah masih mempunyai wibawa untuk meneruskan pentadbiran.

Lanskap politik memang sedikit tidak stabil. Janji dan sandiwara politik untuk mendapatkan jumlah wakil rakyat yang cukup untuk mendapatkan majoriti Dewan Rakyat dijaja sebagai modal politik. Serakah mendapatkan kuasa cukup terserlah, apabila buat pertama kalinya, tahap neutraliti pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dimasukkan ke dalam hisab politik individu tertentu.

Nyata, kesemuanya ini dapat diatasi dengan iltizam politik yang luar biasa. Langkah politik Datuk Seri Najib Tun Razak nampak tenang, namun penuh dengan hisab politik yang matang. Antara yang paling menarik perhatian media antarabangsa adalah tindakan membebaskan seramai 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penarikan balik larangan penerbitan sementara dua akhbar milik pembangkang.

Banyak media antarabangsa menganggap dua tindakan ini sebagai aura seorang demokrat sebenar. Tanpa perlu menggunakan akta yang dikatakan ‘draconian’, sekali gus membebaskan lidah rasmi milik pembangkang - ia sudah boleh dijadikan petanda bahawa Malaysia akan melangkah masuk ke suatu era kepimpinan yang serba baharu dan berani.

Apa yang media antarabangsa tidak nyatakan, Najib sebenarnya membuka ruang demokrasi yang boleh memberikan risiko kepada masa hadapan politik beliau sendiri.

Sekali lagi, bacaan politik Najib tepat dan tidak lari jauh daripada apa yang diharapkan majoriti rakyat. Akhirnya, rakyat menerima perubahan ini sebagai ‘pelan transformasi politik’ yang boleh dihadam dengan baik.

Perlu kita ingat, tidak semua pentadbiran negara di dunia yang mampu mengurus cabaran ekonomi dan tekanan politik dalam suatu ketika yang sama.

Penulis cuma teringat bagaimana pemimpin Democratic Party of Japan (DPJ), Yukio Hatayama menerajui kemenangan besar partinya di dalam pilihan raya ‘Diet of Japan’ sekitar Ogos 2009 - namun akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sekitar Jun 2010.

Perlu dijadikan iktibar, bahawa walaupun mandat yang diperoleh Hatoyama dan DPJ cukup besar, dasar dan polisi populis dibentangkan kepada rakyat Jepun secara keseluruhannya, mereka masih belum mampu menarik perhatian rakyat.

Antara yang diperkenalkan DPJ: subsidi khas kerajaan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil, pengecualian yuran sekolah menengah, pemberian elaun khas kepada ibu tunggal, peningkatan bajet pembangunan sosial dan peningkatan perbelanjaan sebanyak 8.2% kepada bajet pendidikan. Dengan mandat dan strategi polisi populis sekalipun tidak mampu mengekalkan seorang Perdana Menteri. Sepanjang 2009-2012, Jepun menyaksikan pertukaran sebanyak 3 kali jawatan Perdana Menteri - Yukio Hatayama (2009-2010), Naoto Kan (2010-2011) dan Yoshishiko Noda (2011-2012). Ia bukan satu perlambangan ‘demokrasi yang segar’ tetapi sebuah pentadbiran yang sama sekali tidak stabil.

DPJ mungkin mampu menyediakan sebuah kerajaan, namun ia gagal membina persepsi bahawa kerajaan tersebut dipimpin kepimpinan wibawa, kuat dan mampu melakukan perubahan di segenap peringkat. Akhirannya, sementara dasar populis itu bagus dan popular, ia tidak diterjemah dalam bentuk sokongan berpanjangan oleh rakyat.

Visi jelas, cita transformasi

Berbanding mengambil pendekatan populis semberono, Najib terlebih dahulu memahami lanskap politik yang ada. Nyata, faham jelas bahawa rakyat memerlukan seorang Perdana Menteri yang mudah didekati dan terbuka, kemampuan mendekati rakyat dengan media baru menjadi strategi yang sangat ampuh.

Setakat artikel ini ditulis, Najib punya 1.5 juta pengikut di facebook, 1.4 juta di twitter, pengwujudan akaun khas ‘Ah Jib Gor’ dan ‘Nambikei’ di facebook, diikuti dengan kekerapan melakukan tinjauan mesra (walkabout) - membina ‘jenama’ Najib Razak yang diterima baik oleh rakyat. Blog 1Malaysia juga tampil sebagai blog ahli politik tertinggi di dalam kedudukan Alexa di Malaysia pada 1 April 2013.

Apa yang berlaku, secara sukarela, tersusun dan berhati-hati, minda masyarakat Malaysia dianjak untuk menghayati cita transformasi dengan penuh meyakinkan. Idea seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), transformasi politik, sosial dan sebagainya tidak dipaksa kepada rakyat. Kesemuanya diberikan naratif yang tepat, diperjelaskan dengan sebaiknya.

Rakyat boleh menyusur rekod pencapaian semasa kerajaan dan kepimpinan dengan mudah. Dengan melayari laman web rasmi sahaja, rakyat boleh melihat kesan dan janji yang telah diletakkan di hadapan mereka. Elemen inilah membuatkan kepimpinan Najib berada selari dengan rasa percaya dan penerimaan majoriti rakyat.

Sesuai dengan perkembangan masa dan zaman, medan politik tidak boleh lagi menjadi sekadar ruang menabur janji kosong dan tidak mampu ditepati.

Dengan kayu ukur yang jelas, rakyat boleh menilai sebuah kerajaan dan pentadbiran yang baik. Tadbir urus ekonomi makro, kos kehidupan rakyat ditampung dengan baik, peluang pekerjaan tersedia, latihan dan pendidikan diberikan keutamaan, pembangunan sosial diseimbangkan dengan keperluan mencari ruang pembangunan ekonomi yang baru.

Janji Ditepati - bukan sekadar retorik politik yang tidak boleh dihisab dan bersifat abstrak. Ia perlu diterjemah dalam bentuknya yang paling mudah, sehinggakan rakyat di Batu Pahat, Johor sehinggalah ke pekan Kudat nun jauh di Sabah, mampu meletakkan diri mereka di dalam ‘pelan transformasi’ yang dibawa oleh Najib dan kerajaan.

Mandat 5 Tahun Lagi?

Secara kebetulan, ulangtahun ke-empat pentadbiran Najib juga akan diisi dengan keperluan mencari mandat baharu rakyat.

Suasana dan keputusan PRU-12 bakal menjadi jalan cerita utama kepada PRU yang bakal berlangsung nanti. Segala-galanya akan dikembalikan kepada kebijaksanaan rakyat.

Kelebihan memang ada kepada kerajaan pimpinan Najib. Dengan beberapa komitmen pembaharuan dan transformasi, termasuk keperluan menawarkan wajah-wajah baharu dan segar di pelbagai peringkat - peluang mencatatkan kemenangan lebih baik memang sememangnya ada.

PRU-13 mungkin sahaja menjadi batu loncatan buat Najib memperkenalkan lebih banyak idea perubahan dan iltizam transformasi. Mengenali pentadbiran Najib selama 4 tahun, mungkin cukup memberikan rakyat keyakinan bahawa tidak ada elemen ‘pedooh’ di dalam apa yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Majoriti rakyat perlu kembali ke pusat mengundi dengan fikiran yang tenang dan jelas. Mudah sahaja sifirnya, memilih barisan ‘menepati janji’ - atau kumpulan yang sekadar menjual omong kosong.

Empat tahun yang berlalu, memberi banyak sebab untuk kita memberikan lagi kepercayaan kepada Najib dan barisannya untuk lima tahun lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.