saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/04/2013

Perang kempen dalam FB ikut emosi, bukan fakta

ELOK-ELOK ada peluang boleh menang, nanti semuanya 'ke laut', kalah. Itu yang sedang dilakukan oleh penyokong-penyokong tegar parti politik ketika ini, tidak kiralah penyokong daripada parti politik mana sekali pun.

Mereka ini sudah berkempen, bukan sejak Parlimen dibubarkan minggu lepas, dah lama dah, dah makan tahun, kerjanya suka bercerita pasal politik.

Macam-macam isu sudah dipolitikkan. Dari hal-hal serangan peribadi pemimpin kepada hal-hal sosial, hinggalah ke bidang hiburan, sukan dan keselamatan negara.

Jadi apabila sudah lama, hari-hari orang ramai yang membaca atau terbaca, kemungkinan besar boleh jadi meluat. Elok-elok menyokong dan bersimpati terhadap parti-parti tertentu sebelum ini, bertukar menjadi benci pula. Elok-elok mereka pasang niat ini kalilah mahu keluar mengundi, akhirnya membatalkan tanggungjawab kepada negara, sebab bosan dengan 'perang kempen' ini.

Sebab apa? Sudah berapa tahun lamanya, orang ramai yang melayari laman-laman sosial dan blog ini membaca kutukan demi kutukan, fitnah demi fitnah, serangan peribadi dan apa sahaja yang dibuat oleh parti politik yang satu ini semuanya salah. Ada muslihat, ada konspirasi, ada sandiwara dan macam-macam lagi bentuk kekejaman kononnya tapi yang hairannya, gaji mereka naik, bonus mereka dapat, anak-anak mereka dapat bantuan dari peringkat sekolah rendah, menengah hingga ke universiti. Dan menjelang beberapa hari membilang tarikh pilihan raya umum ini, kempen mencari salah ini terus diperhebatkan.

Penyokong-penyokong tegar ini berkempen dengan menggunakan emosi, bukan mahu ambil kisah pasal fakta. Kalau ada fakta pun, tidak guna, dah namanya pun penyokong tegar, tidak boleh dikata apa-apa lagi.

Saya membaca dalam status seorang rakan dalam facebook saya bunyinya begini: '' Rakyat sudah bertambah cerdik sekarang. Jangan tolak kecerdikan rakyat. Ini satu dosa besar!

Dan satu lagi: ''Tak ada cerita lain dalam FB ni. Asyik politik-politik. Undi sajalah. Entah-entah mendaftar pun tidak. Buat bising je lebih."

Memang rakyat sudah bertambah cerdik sekarang ini. Sebab itu mereka boleh berfikir sendiri, mana satu yang betul, mana satu yang auta.

Kalau semua mahu bangkang, semuanya tidak betul, ya satu pun tidak pernah betul seingat saya, lama-lama membuatkan orang yang sebelum ini tidak mahu berfikir atau malas berfikir pun, jadi cerdik untuk berfikir. Tertanya-tanya kenapa asyik tidak betul saja. Yang mendakwa parti politik mereka betul itu, apa yang dibuat betul?

Berkempen dengan menggunakan emosi dan fakta-fakta fitnah dan palsu yang di 'cut and paste' di mana-mana laman dalam Internet dan disebarkan, ini bukanlah kecerdikan. Yang dikatakan cerdik itu, dia membuat penilaian sesuatu yang dilakukan oleh mana-mana parti politik itu dengan logik akalnya.

Sifirnya bukannya susah sangat, melihat apa yang dilakukan oleh parti berkenaan sepanjang lima tahun diberi mandat oleh rakyat. Melihat sama ada janji-janji yang dibuat parti tersebut telah tertunai dan apa yang cuma temberang.

Kita semua faham, bercakap di pentas ceramah politik memang sedap dan mudah. Tetapi bila tiba masa hendak melaksanakannya, terus senyap. Yang inilah kita jangan kasi muka.

Kecerdikan juga sepatutnya datang selari dengan perbuatan yang elok dan mulia juga. Jika cerdik, tidak perlu maki-maki, keluar kata-kata kesat, tidak perlu fitnah memfitnah.

Memang betul, kata rakan FB saya, bila tiba hari mengundi nanti, undi sajalah parti mana yang anda suka. Jangan bising-bising. Mungkin juga yang bising-bising inilah yang jadi tin, tong atau mangkuk kosong, yang sebenarnya tidak memberi apa-apa untung pun kepada parti kerajaan mahupun pembangkang.

Sebabnya, seumur hidup pun tidak mengundi. Kerjanya cuma suka cari pasal dan mencetuskan provokasi di Internet. Percayalah, hari mengundi nanti dia hanya duduk di depan komputer, menjadi pengulas dan terus buat bising.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.