saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 15/04/2013

Menjelang hari mengundi, ‘kilang fitnah’ dan kilang poster sama-sama sibuk

DEBARAN siapa yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) dijangka terjawab hari ini atau selewat-lewatnya esok. Berapa ramaikah bekas Yang Berhormat akan dikekal atau digugurkan? Siapa pula muka baru? Kita juga akan tahu sama ada nama-nama yang meniti di bibir orang politik di seluruh negara yang kononnya akan dicalonkan hanya sekadar spekulasi atau kenyataan. Bagi yang dipilih semula, selamat berjuang. Kepada yang menaruh harapan tetapi tidak terpilih diharapkan dapat sama-sama turun padang membantu calon pilihan pucuk pimpinan. Bersabar, jangan merajuk dan kecewa. Ingat kata-kata Perdana Menteri, Najib Tun Razak, kalau kecewa pun, cukuplah sehari, kemudian kembali ke gelanggang. Seperti diselak minggu lalu, ingatlah juga ikrar setia di Dewan Merdeka semasa Perhimpunan Agung UMNO lalu. Utamakan kemenangan parti.

Berikutan banyak nama yang sudah disahkan oleh parti politik terutama pakatan pembangkang, maka kempen tidak rasmi juga semakin panas. Gambar calon serta pelbagai poster dan bendera sudah dinaikkan. Menjelang hari penamaan calon hujung minggu ini, kempen semakin rancak. Sebenarnya kempen menghadapi pilihan raya umum (PRU) ini sudah bermula sejak kira-kira empat tahun lalu. Sebaik sahaja PRU 2008 selesai, kempen untuk ‘berkuasa’ sudah bermula. Lihat sahajalah bagaimana pakatan DAP-Pas-PKR mencanangkan mereka akan menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008. Begitu ghairah mereka ‘berkempen’ untuk berkuasa tanpa menunggu PRU-13. Begitu juga sebagai persiapan untuk melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri, maka satu pilihan raya kecil (PRK) sengaja diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Penyandang kerusi itu, Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu selepas kira-kira lima bulan diberi mandat baru pada PRU-12. Tindakannya semata-mata mahu memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim bertanding di situ. Semuanya ini sebagai persediaan untuk Anwar ke Putrajaya. Sejak itu bermulalah kempen tidak rasmi pilihan raya dengan matlamat pakatan pembangkang mahu menguasai Putrajaya.

Bagi rakyat biasa (bukan orang politik) sudah tentu tempoh kempen PRU selama 15 hari terlalu lama, lebih-lebih lagi masa antara pembubaran (3 April) sehingga hari pembuangan undi menjangkau tempoh sebulan. Apa pun, itu hak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun ada parti politik yang tidak puas hati dengan tempoh itu. Ya lah, mereka ini ahli politik yang kerjanya hanya berpolitik sedangkan banyak pihak yang sudah bosan dengan kecelaruan dalam kempen politik ini. Kebanyakan orang lega jika ceramah atau sebarang bentuk kempen politik dikurangkan. Mereka sudah muak dengan ceramah berbentuk fitnah, caci maki dan macam-macam lagi yang menyakitkan hati dan telinga yang mendengarnya.

Apakah yang akan berlaku dalam tempoh sekarang sehingga hari pembuangan undi? Apa yang pasti, sebaik sahaja nama calon diumumkan, maka kilang poster akan beroperasi 24 jam tanpa henti. Mereka bertungkus lumus mencetak bendera, poster calon, risalah, manifesto dan macam-macam lagi sebagai bahan kempen.

Pada masa yang sama ‘kilang fitnah’ juga sibuk ‘mereka bentuk mencetak’ pelbagai propaganda untuk dijadikan kempen pada PRU ini. Kilang fitnah ini akan beroperasi 24 jam menjaja pelbagai perkara yang matlamatnya hanya mahu mencari keuntungan politik. Fitnah yang direka untuk memburukkan orang lain memang sedap didengar lebih-lebih lagi bagi yang tidak berminat untuk berfikir mengenai kesahihannya.

Seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini berkata, rakyat sudah muak dengan politik caci maki, fitnah dan mengaibkan orang lain ini. Baguslah jika sudah ada kesedaran itu. Tetapi sejak dulu, siapakah yang menjadi juara ceramah maki hamun ini? Adakah mereka yang melontarkan kata-kata itu tidak akan melakukan fitnah lagi? Kata orang cakap tidak serupa bikin. Kini parti yang dulunya hanya bertahan tidak sanggup mengikut rentak yang dibawa pihak lawan sudah mula mengikut jejak itu. Sesiapa pun jika diasak bertubi-tubi tidak mampu bertahan dan akan membalasnya.

Dalam hal ini kelebihan berpihak kepada pembangkang kerana apa juga ‘musibah’ atau fitnah yang melanda mereka akan dikaitkan dengan UMNO atau BN. Puak pembangkang biasanya akan ‘cuci tangan’ menuding jari ke arah orang lain. Inilah kelebihan di pihak pembangkang. Mereka boleh caci maki, mengeluarkan pelbagai ‘fatwa’ yang mengelirukan serta memfitnah dan mengaibkan orang lain tetapi tidak sanggup menerima ‘serangan balas’ pihak lawan. Apabila pihak lain membongkar kelemahan mereka, maka jawapan yang paling pantas diberi ialah semuanya angkara permainan politik UMNO/BN. Ini termasuklah penyebaran video seks yang mirip kepada seorang pemimpin pembangkang. Ekoran tersebarnya video itu, pelbagai bahan lain yang menunjukkan ‘kreativiti berpolitik’ rakyat Malaysia muncul. Setiap hari ada sahaja sesuatu yang baharu muncul. Adakah semua ini kerja orang UMNO atau BN?

Dalam laporan berkaitan bendera Pas berwarna hitam di Kedah, ada pihak yang mengatakan itu kerja puak UMNO/BN sedangkan kemunculan bendera itu disebabkan dua faktor. Pertama dilihat sebagai protes terhadap Menteri Besar, Azizan Razak dan kedua peringatan kepada penyokong Pas supaya tidak ‘buta warna’ semasa mengundi. Simbol parti di kertas undi adalah hitam putih, tidak ada hijau dan putih.

Baru-baru ini, Pengasas Pondok Geting di Kelantan Abdullah Sa‘amah juga menjadi mangsa politik ‘kilang fitnah’ ini. Disebabkan kelantangannya mengkritik Pas, pondok yang sedang dibina disita. Kenapa sekarang baru disita? Soalan ini samalah dengan persoalan kenapa sekarang baru muncul video aksi seks itu? Seperkara lagi, terdapat ‘kilang fitnah’ yang mencetak poster Abdullah Sa’amah sebagai calon BN N1 Pengkalan Kubur pada PRU nanti sedangkan hari penamaan calon belum tiba.

Seorang sahabat di Kelantan pula memberitahu, Pas juga menganjurkan satu ceramah dengan tajuk Pendedahan siapa pencemarah ulamak UMNO. Apakah tujuan mengadakan ceramah seperti ini? Adakah mereka mahu berhujah atau mendedahkan peri laku manusia? Dalam suasana kempen PRU ini juga, adakah wajar syurga, neraka, pahala, dosa, halal dan haram dikaitkan dengan undi parti politik? Ada juga pihak yang memanipulasikan ucapan atau kenyataan termasuk titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam. Jika sebelum ini, orang yang meninggal dunia juga sanggup dipolitikkan, maka apa lagi orang yang masih hidup.

Semoga, kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam tidak terperangkap dengan peranan kilang fitnah seumpama ini. Jangan menjadikan kempen PRU sebagai pesta mencipta dosa. Maka selidikilah dahulu ‘fitnah’ itu. Jangan cepat kita menghukum itu betul atau menafikannya bulat-bulat. Patuhilah adab berpolitik, hentikan serangan terhadap peribadi calon.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.