saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 30/04/2013

PJ Utara: Antara pertentangan dua ideologi dan kepentingan

KERUSI Petaling Jaya (PJ) Utara jarang digembar gemburkan sebagai medan pertempuran hebat sebagaimana Arau mahupun Gelang Patah. Namun ramai berpendapat kawasan Parlimen ini sepatutnya mendapat perhatian yang sama, jika pun tidak lebih besar dari kerusi Pasir Mas, Shah Alam mahupun dua tempat yang disebutkan lebih awal.

Hal ini disebabkan pertentangan di sini melibatkan dua figura yang amat penting dalam penentuan kesinambungan ideologi Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah entiti sebenar penggabungan parti-parti penting Malaysia, yang selama ini membentuk barisan pentadbiran negara.

Di sini bertembungnya dua tokoh, iaitu Chew Hoong Ling mewakili BN (calon dari MCA) manakala pembangkang diwakili Tony Pua, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Publisiti DAP.

Dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara kita, terutama NGO berkaitan pendermaan organ, Hoong Ling tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada 2009 beliau menggemparkan media-media Malaysia, terutamanya dalam akhbar-akhbar berbahasa Mandarin apabila mendermakan 60 peratus hatinya kepada seorang kanak-kanak yang menghidap kanser hati.

Sementara itu pada Mei 2011, Hoong Ling dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Belia Perdana Negara, sempena Himpunan Sejuta Belia. Sementara itu pada tahun ini, beliau dinobatkan sebagai salah seorang daripada 14 Ikon Belia Negara. Selain mengisi masa beliau dengan menulis buku, Hoong Ling juga merupakan emcee profesional selain terlibat dalam keusahawanan sosial (social entrepreneur).

Dengan latar belakang sedemikian, populariti Hoong Ling mendapat perhatian banyak pihak. Malah, beberapa bulan sebelum namanya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, namanya telah disebut-sebut untuk dijadikan calon oleh parti-parti politik tertentu.

Laporan portal berita Malaysiakini.com menyebut beliau adalah salah seorang daripada calon muda MCA yang bakal diketengahkan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk diletakkan di kawasan 'panas' di mana calon-calon muda ini dikatakan akan melawan calon-calon favourite pembangkang.

Telahan itu benar, apabila Hoong Ling dipilih bagi melawan Tony Pua yang dianggap pakar strategik DAP. Sekalipun kawasan PJ Utara tidak disebut sebagai kawasan pertembungan antara dua 'giant' dalam pilihan raya kali ini, namun kawasan parlimen itu sebenarnya menarik untuk disorot kerana ia membentangkan beberapa perkara yang menjadi intipati kepada pilihan raya kali ini.

Mengenali Hoong Ling secara peribadi sejak beliau masih seorang pemimpin pelajar di sebuah kolej swasta, sejak awal lagi boleh disimpulkan beliau ialah simbolik kepada tema perjuangan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri. Sekiranya ingin dicari tokoh-tokoh yang membawa ikon sebenar 1Malaysia, beliaulah orangnya.

Pengalaman berkursus bersama beliau amat menarik. Kebetulan suatu ketika sewaktu memasuki kawasan Felda di Sungkai dan bertemu dengan peneroka-peneroka di sana, apabila berjumpa peneroka Melayu, Hoong Ling akan berbahasa Melayu dengan fasih sekali bersama mereka. Seterusnya apabila kami bertemu peneroka dari kaum Cina, beliau akan bertutur bahasa Cina. Lebih seronok apabila di Sungkai terdapat beberapa keluarga peneroka India, dan beliau terus berbahasa Tamil dengan mereka.

Dari situ telah mula terlihat kepimpinan beliau yang hampir sempurna. Keikhlasan beliau dalam perjuangannya menerusi NGO-NGO memperkasa wanita dan memperjuangkan pendermaan organ membuktikan segalanya. Sementara pihak-pihak lain bercakap mengenai keikhlasan, beliau bertindak. Beliau membuktikan keikhlasan membantu bukan sekadar cakap-cakap tetapi melalui tindakan dengan mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada seorang kanak-kanak yang mengalami masalah hati.

Dalam wawancara dengan website suaris.wordpress.com, beliau menyatakan politik masih merupakan kerja sosial, cuma dalam konteks yang lebih luas dan besar.

"Saya hormat kepada wakil-wakil rakyat yang cukup konsisten memberi khidmat sosial dan bantuan kepada pengundi-pengundi mereka, bukan sahaja bersuara di Parlimen atau dalam Dewan Undangan Negeri. Suara lantang tetapi kebajikan pengundi tidak dipedulikan, apa gunanya menjadi wakil rakyat?

"Sebagai seorang aktivis sosial, sudah pasti saya sudah banyak bersuara mengenai isu-isu semasa yang kadangkala memerlukan kesungguhan dalam politik untuk menjadi realiti. Contohnya, saya cukup lantang bersuara mengenai isu-isu pendermaan organ dan perusahaan sosial (social enterprise) tetapi jika tiada ahli politik yang memahami isu-isu ini, mustahil untuk mendapat keputusan yang diingini," katanya.

Terhadap komen sebuah blog yang menyatakan calon wanita, muda dan cantik sebagai daya penarik beliau berpandangan wanita di Malaysia kini lebih matang, lebih bijak bersuara dan mampu menjadi ketua yang berketerampilan dalam sesebuah organisasi.

"Sudah tentu wanita mempunyai paras rupa dan kecantikan mereka tersendiri. Namun, kecantikan sebenarnya bermula dari dalaman iaitu personaliti dan integriti yang dibawa, bukan setakat wajah sahaja. Jika setakat wajah sahaja cukup menangkap hati pengundi, rasanya semua model terunggul negara boleh menjadi calon dalam pilihan raya nanti ," katanya .

Sementara itu, Tony Pua, sebagai anak didik utama parti DAP berlatar belakangkan pendidikan luar negara, iaitu di Singapura melalui tajaan kerajaan republik tersebut seawal usianya 13 tahun.

Selaku graduan Oxford, beliau amat diharapkan untuk menukar imej parti DAP yang dianggap cauvinis Cina kepada sebuah parti yang benar-benar memenuhi konsep Malaysian Malaysia sebagaimana yang dihajatkan oleh parti itu.

Tony juga dilihat benar-benar pejuang tulen meritokrasi apabila mengkritik jumlah kakitangan awam sekarang sebagai berlebihan dan perlu dikurangkan.

Di samping itu, Tony turut menentang dasar memberikan diskaun kepada pembeli rumah bumiputera. Kesemua ini merupakan core ideas kepada meritokrasi tulen sekiranya pembangkang menguasai negara dalam PRU-13.

Namun kini semuanya bergantung kepada para pengundi PJ Utara sama ada mereka ingin menghantar tokoh muda NGO yang begitu mesra dan dekat dengan rakyat, dengan puncak keikhlasan yang telah terbukti melalui pendermaan hati ataupun mereka meletakkan ukuran ideologi dan penerusan survival DAP sebagai keutamaan mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.