saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/05/2013

Kenapa haram undi DAP, Pas, PKR?

KALAU sekejap tadi Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan dia didoakan untuk mati bagi saya sepatutnya malam ini saya tiada di Putrajaya. Ini kerana pada 7 Mac 2013, setelah balik ceramah di Pengkalan Chepa keesokkan harinya, saya telah dikatakan meninggal dunia. Dan akan dikebumikan pada pukul 4 petang 8 Mac.

Itu adalah antara fitnah paling besar yang pernah saya terima apabila rakan-rakan Pendita iaitu Pendidikan Fakta (pendita) melontarkan hujah-hujah, rupa-rupanya Pas takut kepada hujah agama sebenar.

Saya yakin, ribuan manusia yang hadir malam ini adalah untuk kita membincangkan tajuk ini. Tajuk ini kita sandarkan pada surah al-Baqarah pada ayat 111.

Selama 55 tahun kita merdeka kita hidup dalam sebuah negara yang cemerlang dan kecemerlangan ini tokohnya ada di atas. Sebuah negara yang dirahmati Allah, begitu indah yang patut berterima kasih dan bersyukur dengan nikmat yang ada kerana datuk nenek moyang kita, akibat satu malam, kerana kerasukan si Kitol dengan Datuk Raja pada 1511 membuka ruang kepada Portugis hingga kita tunggu tarikh keramat 1957 untuk mencapai kemerdekaan negara.

Pada tahun 1511 hampir 446 datuk nenek moyang kita dinafikan hak mereka di bumi bertuah ini. Kita berjaya capai tarikh keramat itu. Kita merdeka di atas wahyu Allah, tanpa peperangan tetapi melalui perundingan. Maka dengan perundingan ini kita meletakkan asas dengan undang-undang tinggi itu perkara tiga bahawa Islam agama rasmi bagi Persekutuan.

Maka Perlembagaan ini menjadi asas kegemilangan mercu tanda negara kita yang mana Perlembagaan ini dikatakan perlembagaan Jahiliyah oleh Presiden Pas. Dan kerana Perlembagaan ini, Malaysia contoh terbaik negara Islam.

Akhbar Utusan mengeluarkan artikel Malaysia contoh negara Islam. Kita melihat atas contoh ini, setiap rakyat wajib kita menjaga agama, kemudian baru kita jaga hak-hak lain. Agama yang kita hendak jaga ini telah berada di tahap kritikal. Kritikal kerana orang Islam sendiri menyatakan kesanggupan untuk menerima rakan-rakan bukan Islam DAP sebagai rakan kongsi.

Kenapa kita menentang DAP? Kita menentang DAP kerana nas al-Quran menjelaskan dalam Surah Al-Mumtahanah secara jelas orang-orang bukan Islam yang bagaimana - mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu, mereka tidak menghalau kamu untuk keluar dari tanah air kamu dan kuasa kamu, Allah suka yang melakukan keadilan.

Maka bukti, rakan dalam komponen BN MCA/MIC/Gerakan, mereka ini dibenar dalam Islam bersama-sama dengan kita. Tetapi kenapa Pas tidak baca ayat ini sebagai penghujung. Ayat ke-9 menyatakan sesungguhnya Allah melarang mereka yang memerangi kamu kerana agama kamu, dan mereka nak halau kamu keluar daripada kuasa tampuk kepimpinan tanah air kamu, terang-terang ia bercakap tanpa selindung, jika kamu lantik mereka, jika kamu terima mereka, itulah kumpulan-kumpulan yang zalim.

Tetapi kumpulan yang zalim sudah ada depan mata. Mereka menerima DAP sebagai rakan kongsi. Dulu mereka berdegar-degar mengatakan kafir kepada UMNO tetapi hari ini menerima DAP yang cukup jelas menentang Islam.

Bagaimana konsep yang dibuat oleh Rasullullah SAW, dalam konteks pakatan politik, Rasul benar ada menerima bukan Islam dalam piagam madinah. Tetapi dalam piagam madinah ini dalam dasar pakatan politik, berlandaskan al-Quran yang mana ayat al-Quran menyebut - "Dia lurus dengan kamu, kamu lurus dengan dia. Dia jujur dengan kamu, kamu jujur dengan dia.''

Adakah DAP jujur dengan Pas? Contoh, akhbar baru-baru ini menyatakan DAP tetap menolak dasar Pas, menolak Abdul Hadi menjadi PM. Konsisten mereka mengatakan kepada ketua kerajaan Malaysia mesti beragama Islam.

Bagaimana Karpal Singh kata "langkah mayat saya dulu" dan Lim Kit Siang dalam Parlimen menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Ini realiti yang berlaku, mereka menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Apabila Pas bersama DAP apa yang berlaku kepada Pas. Apabila Pas bersama DAP, DAP membantah tak henti-henti pasal hudud - sampai hari ini. Sehinggakan kita melihat, DAP mengatakan apabila mereka tidak bersetuju, Pas tidak boleh melaksanakan.

Kita melihat kenyataan rasmi majlis syura penggunaan kalimah Allah tidak lagi digunakan. DAP ini anti kepada Islam, bagaimana Pas boleh terima. Hari ini fatwa dikeluarkan oleh ulama-ulama pondok bahawa haram sokong DAP.

Kalau haram sokong DAP, Pas yang merupakan kawan DAP juga haram sokong DAP. Kenapa kita katakan haram, kerana ulama telah merujuk kitab-kitab turas dan fatwa-fatwa berdasarkan kenyataan DAP sehinggakan, Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan telah menyatakan benar - beri undi kepada Pas haram.

Kenapa haram, kerana pakatan politik mereka ini fasik, rosak dari segi akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

Siapa yang cakap benda ini? Perkara ini dibongkarkan oleh Nasharudin Mat Isa. Ini kerana Nasharudin sudah tak tahan dengan taktik DAP. Bila kenyataan ini dikeluarkan secara lantang keesokan harinya, Nik Aziz kata Nasharudin lidah panjang.

Ini bukan masalah lidah panjang atau pendek, ini adalah masalah akidah. Ini masalah cucu-cicit kita, dan apa yang berlaku beliau dipecat daripada Majlis Syura Pas. Nik Aziz angkuh kata tiada orang boleh persoalan tindakan beliau pecat Nasharudin.

Kenapa Nik Aziz perlukan DAP? Sehingga sanggup menjulang tangan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tanpa segan silu. Kit Siang yang pada moralnya mengatakan Malaysia bukan negara Islam dan Anwar bukan sahaja menyokong pejuang-pejuang dasar Barat, tetapi juga LGBT.

Allah berfirman, kalau kamu nak kenal seburuk-buruk manusia, sekeji-keji manusia yang menjadi musuh kepada umat Islam yang beriman adalah Yahudi dan mereka yang bekerjasama dengan Yahudi.

Dan bagaimana Hadi boleh julang tangan Anwar sehingga Hadi boleh keluarkan kenyataan karut boleh kerjasama dengan Yahudi - semata-mata nak bela rakan kongsinya.

Kita melihat hari ini mereka perlukan DAP untuk mencapai hasrat mahu ke Putrajaya. Mereka terpaksa bersama-sama dengan DAP sehingga Nik Aziz sanggup pergi ke Parlimen Jelutong nak meraikan hari lahir ke-82 tahun, potong kek di rumah Karpal Singh, sedangkan dahulu mereka tak boleh terima DAP.

Fatwa Majlis Ulama Pas Kelantan pada Ogos 1963 mengatakan UMNO kongsi kuasa dengan MCA dan MIC haram dan kafir. Nik Aziz dulu pernah kata DAP ini macam syaitan waktu dia tak boleh terima DAP.

UMNO tak pernah benarkan orang bukan Melayu bertanding atas tiket UMNO sebaliknya masuk komponen dan bertanding atas lambang BN. Pas sebaliknya membenarkan DAP guna simbol bulan mereka dan Pas munafik pada kata-katanya.

Pada malam ini, haram mengundi pakatan rakyat, tidak kira Pas, PKR atau DAP kerana berdasarkan 17 buah kitab, bukan main-main. Fatwa mengatakan haram kerana DAP secara jelas apa yang berlaku janji-janji mereka tidak tertunai di negeri Kelantan tetapi ada hati ke Putrajaya.

Husam tertipu dengan mainan Anwar, pemimpin pembangkang mereka kena keluarkan dari kawasan masing-masing. Husam 'gantung diri' di Putrajaya, Kit Siang 'gantung diri' di Gelang Patah. Husam perlu kembali Kelantan selesaikan dulu krisis air di Kelantan, baru ke Putrajaya.

Rumusan saya malam ini adalah: Wahai orang beriman, kenapa kamu tidak buat perkara yang kamu cakap. Besar kebencian di sisi Allah, di benci di sisi Allah bagi orang yang bercakap tapi tak dibuat apa yang dicakap.

Apa kita lihat syiar agama Islam kelihatan huru-hara. Nik Aziz kata orang perempuan baca al-Quran - aurat dan berdosa. Kelantan tak hantar qariah. Ini kita kata Pas sudah sesat, Pas sudah lari daripada perjalanan Islam. Wanita baca al-Quran tak boleh kerana aurat. Bila Ahli Parlimen Pas Rantau Panjang, nyanyi lagu UMNO mampus UMNO mampus tidak haram atau aurat.

Hari ini kita melihat fenomena artis masuk Pas. Ulama-ulama dibuang. Dua hari masuk Pas pergi ke Kelantan jumpa Nik Aziz terus dapat gelaran ustazah.

Harakah menyatakan Pas terbuka kepada selebriti. Sembang selebriti, Sham kamikaze, akhbar Harakah 13 Disember 2013 bertajuk 'Ilmu seni budaya membumi di Masjid' - bawa seni ke dalam masjid. Antara waktu Maghrib dengan Isyak mereka menyanyi dan bermain gitar di dalam masjid.

Akhir kalam, kita melihat bagaimana amanat Haji Hadi yang boleh membawa kepada situasi huru-hara, bukan cerita basi. Cerita amanat itu bukan UMNO yang mulakan tetapi dimulakan oleh ahli Pas seumur hidup Cikgu Non.

Kerana ini soal akidah. Apabila Hadi kata Perlembagaan yang UMNO pakai hari ini Perlembagaan jahiliyyah maka perpecahan umat berlaku. Cikgu Non mendapat sinar, kita percaya kebenaran tetap benar ada cahaya di hujung hidup. Menulis satu buku Kafirkah Aku.

Ramai yang bertaubat nasuha menyesal kerana taksub kepada amanat Haji Hadi. Sehingga kebumikan mayat isteri tepi rumah sebab tidak mahu kuburkan di tanah perkuburan sebab ramai orang UMNO di sana. Sebab itu mufti sepakat, amanat Hadi songsang, pakatan pembangkang mereka rakus untuk datang ke Putrajaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.