saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/05/2013

Angin perubahan melanda Kelantan, Kedah: Satu fenomena

PEMIMPIN Pas menunjukkan kemiskinan mereka, tetapi orang tahu kekayaan mereka. Rakyat tahu di mana mereka menyorokkan kereta-kereta besar mereka. Orang juga tahu dari mana mereka mendapat kekayaan.

Pemimpin Pas menunjukkan kewarakan mereka, tetapi rakyat tahu sejauh mana waraknya mereka. Dalam diam-diam, rakyat tahu siapa mereka sebenarnya.

Petikan itu cukup menarik untuk difikirkan. Ia datang daripada mulut-mulut orang Kelantan sendiri. Mereka sudah jelak dengan sikap hipokrit Pas.

Jika 23 tahun dulu orang Pas di Kelantan cukup miskin, kini mereka telah kaya dan raya. Kekayaan telah menyebabkan mata mereka menjadi kelabu. Hutan dan tanah ditebang dan dijual ikut suka, sama seperti kerajaan Pas Kedah menjahanamkannya.

“Mana tanah kami! Kami pun mahu tanah...!" Jerit rakyat Kelantan secara terbuka kepada Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis baru-baru ini. Mereka cukup marah apabila beribu hektar tanah di Lojing, Gua Musang dikatakan diberikan kepada pemimpin DAP Perak Ngeh bersaudara, semata-mata mahukan Nizar dilantik menjadi MB Perak selepas PRU-12 dahulu.

Dari mula pun kita tahu ada yang tak kena. Macam mana DAP yang ada 18 kerusi boleh tukar pendirian satu malam untuk melantik Nizar dari Pas yang hanya ada enam kerusi menjadi MB?

Rakyat Kelantan tahu itu semua. Mereka bukan buta, mereka masih lagi waras. Kini mereka pun mahu menuntut tanah untuk mereka sendiri, yang senang-senang diberikan kepada orang luar.

Jika 23 tahun lalu, semasa menjadi pemberita di Kelantan, saya berhempas pulas cuba meyakinkan pengundi dan orang Kelantan siapa itu watak-watak Pas, kini tidak perlu lagi bersusah payah. Semua orang Kelantan sudah tahu. Malah ustaz-ustaz pondok pun sudah bosan dengan mereka.

Jika dahulu poster-poster muka Perdana Menteri sukar ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu, kini ia dilekatkan merata secara terbuka.

Arus perubahan sedang melanda Kelantan. Ia adalah real dan nyata. Ombak tsunami sedang membadai Kelantan, kata seorang pemerhati yang sedang mengikuti tinjauan politik di negeri itu.

“Saya pasti satu angin perubahan sudah berlaku," katanya. Kawasan-kawasan kubu kuat Pas yang satu ketika sukar dimasuki, kini sudah terbuka luas kepada seteru UMNO.

“Apa sahaja UMNO cakap orang sudah percaya," katanya bersungguh-sungguh.

Jika semasa PRU-12 2008 para penganalisis politik dapat merasakan satu gelombang akan menghentam UMNO dan BN, kini mereka dapat merasakan sebaliknya di Kelantan dan di beberapa negeri pembangkang.

Ia akan berlaku. Kelantan buat pertama kalinya dalam sejarah dua dekad akan berubah. Selama ini pun kemenangan Pas di Kelantan adalah dengan kemenangan margin yang kecil. Namun kini gelombang itu nampaknya akan membadai untuk menukar angka tersebut.

Sebenarnya orang Pas terlalu marah dengan Pas. Kedangkalan pemikiran pemimpin mereka yang terlalu menaruh harapan yang amat sangat kepada PKR dan DAP telah menyebabkan para penyokongnya hilang punca.

Isu kalimah Allah yang dikompromi oleh Nik Aziz telah menyebabkan orang-orang Pas, terutamanya para pemimpinnya menjadi keliru.

Di Kedah sendiri, angin itu turut bertiup kencang. Orang Pas mahu memberi undi protes kepada Pas. Sama seperti orang UMNO memberi undi protes kepada UMNO pada 2008.

“Orang sudah tidak segan-segan lagi memakai baju biru BN."

“Saya masuk minum bersama-sama jentera Pas di sebuah pondok Pas, esoknya pondok itu bertukar biru," kata Mukhriz Mahathir, calon DUN Ayer Hitam, kawasan dulunya hitam Pas, kini berjaya ditembusi anak mantan PM itu.

Kini sudah nampak satu fenomena. Fenomena orang bercakap mengenai BN dan tsunami kepada Pas, PKR dan DAP.

Dr. Hasan Ali adalah pemimpin Pas pertama yang amat marah dengan perkembangan dalaman Pas. Dia menentang keras perangai Pas terhadap Anwar dan DAP. Akhirnya dia dipecat.

Begitu juga dengan Nasharuddin Mat Isa. Yang lain-lain termasuk Dr. Haron Din masih boleh bertahan dengan sabar. Mereka semua adalah orang-orang cerdik pandai dalam Pas.

Kegelojohan kumpulan Anwarinas - satu kumpulan pro-Anwar dalam Pas, yang diketuai Husam Musa, Mat Sabu, Kamaruddin Jaafar cukup menghantui kumpulan ulama parti itu.

Husam mahukan Anwar menjadi PM ditakdirkan mereka menang kelak. Namun rata-rata Pas mahukan Hadi Awang menjadi PM. Pas sebenarnya sudah keliru.

Pas sudah hilang punca. Perjuangannya sudah tersasar. Islam, yang kononnya menjadi matlamat perjuangannya sudah boleh dibawa berbincang dengan DAP.

Jika DAP tidak sukakan hudud, maka demi mahukan kemenangan dan menawan Putrajaya, maka “ia boleh dibincangkan".

Ahli-ahli Pas yang di atas pagar dan rasional, bukan yang fanatik, melihat perkembangan ini.

Kelantan, jantung Pas bagi Pas seluruh Malaysia kini sedang tersumbat teruk. Sikap kira-kira 15 peratus pengundi diaspora atau perantau Kelantan yang akan pulang mengundi, tidak sekeras dulu lagi, mereka kini lebih rasional.

Melihatkan kepada perkembangan mutakhir ini, degupan itu semakin lemah dan jantung itu bakal berhenti. Tsunami menanti mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.