saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/05/2013

Kuasa media sosial dan politik orang muda

GAMBAR Barack Obama memeluk isterinya, Michelle menerima 342,833 ReTweet dan 117,815 Favourites hanya beberapa jam selepas disiarkan di Twitter.

PENDEDAHAN mengenai kewujudan tentera siber atau cybertrooper Red Beans Army yang digerakkan oleh parti pembangkang untuk membantu propaganda semasa pilihan raya, bukan sesuatu yang luar biasa.

Entiti seumpamanya memang benar-benar wujud. Strategis politik bagi pakatan pembangkang mengerti elemen paling penting bagi menyampaikan mesej ialah menerusi media sosial yang begitu popular dalam kalangan orang muda. Twitter dan Facebook adalah antara media sosial wajib ditatap, malah ada yang membeleknya sebelum memasuki dewan peperiksaan pun!

Bagi pelajar kolej hari ini, cara untuk mereka merasai pengalaman pilihan raya ialah dengan membuka Facebook dan Twitter. Di situ mereka mendapat limpahan kempen daripada kedua-dua pihak. Sama ada pautan propaganda berbentuk teks, gambar, video atau ilustrasi yang dikongsi bersama teman-teman atau daripada gerombolan Red Beans Army yang cenderung memulakan pernyataan berbentuk serangan atau pertuduhan yang kemudiannya ‘diyakini tulen’.

Di Amerika Syarikat (AS), usaha menarik perhatian golongan muda dalam kempen politik Republikan dan Demokrat bergerak pesat dalam pilihan raya Presiden AS pada November lalu. Malah kempen seumpamanya dijangka meningkat tinggi menjelang pemilihan seterusnya pada pilihan raya Presiden AS 2016.

Menurut Putlizer Center, pengundi muda di AS yang berusia antara 18 tahun hingga 29 tahun merupakan 21 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi. Dan sejak beberapa proses pilihan raya yang lalu, bilangan pengundi muda telah menunjukkan peningkatan. Namun, pilihan raya November 2012 mencatatkan peratusan lebih tinggi bagi pengundi di peringkat usia tersebut.

Ramai petugas kempen yakin penggunaan media sosial telah memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi muda untuk turut serta mengundi. Dengan perutusan secara kerap tentang hal-ehwal politik, gambar-gambar dan komentar, petugas kempen di kedua-dua pihak sentiasa mencari kaedah bagi menarik perhatian pengundi muda.

Ketua strategis bagi kempen Bill Cinton dan Al Gore, Paul Begala berkata, sekiranya petugas boleh mencari jalan untuk menyertai perbincangan dengan pengundi muda, terutama menerusi Favebook, Twitter, YouTube dan sebagainya, maka kempen mereka boleh mencapai ke sasaran pengundi muda.

Persoalan apakah kandungan yang dipaparkan itu ada kebenaran atau pembohongan, adalah isu yang sama dihadapi di AS dan Malaysia. Misalnya dalam propaganda pembangkang mengatakan berlaku blackout (bekalan elektrik terputus) di sesebuah pusat kiraan undi. Ramai yang cenderung untuk tidak menyiasat kesahihannya, terus melakukan RT (ReTweet) dan memberi komentar mengutuk ‘insiden’ itu. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menafikan wujud kejadian seumpamanya.

Begitu juga dalam kes kewujudan pengundi hantu. Pada hari pengundian, bertebaran perutusan dalam Facebook dan Twitter dengan gambar dan video kononnya bukti wujud pengundi Bangladesh. Ada yang dibelasah beramai-ramai. Apa yang terbukti ialah mereka sebenarnya rakyat Malaysia yang kebetulan memiliki iras bangsa tersebut, terutama hidung paruh. Kasihan.

Sehari selepas keputusan diumumkan, propaganda itu terus berkumandang di media sosial walaupun orang Malaysia yang dibelasah itu sudah membuat laporan polis.

Untuk pilihan raya Presiden AS akan datang, perunding kempen politik dijangka berdepan dengan tugas rumit untuk sentiasa ‘berada di atas’ dalam memastikan kehadiran mereka pada laman-laman media sosial yang sentiasa berubah-ubah.

Sekiranya gagal, mereka akan pantas dianggap sebagai lame atau ‘ketinggalan zaman’ kepada pelajar kolej, yang berisiko kehilangan undi mereka. Langkah pertama untuk tujuan itu ialah memahami cara pelajar kolej dan pengundi muda merasai pengalaman semasa pilihan raya November lalu sama ada menerusi kemas kini Twitter, gambar Instagram, status Facebook atau blog Tumblr.

Seorang responden di University of Virginia mengakui dia menukar undinya selepas membaca perutusan dalam Twitter, terutama oleh Gabenor New Jersey, Christopher Christie mengenai Obama.

Pada mulanya, responden ini memilih Mitt Romney tetapi setelah membaca tweet oleh Christie pasca-taufan Sandy, dia memilih Obama. Walaupun Christie anggota Republikan tetapi tweet peribadinya mengenai Obama mempamerkan Obama sebagai positif dan jujur.

Pelajar universiti di AS berpegang pada konsep ‘jangan percaya sesiapa anda tidak kenal’ tetapi apabila ia berkaitan tokoh terkenal seperti Christie, yang cukup popular dan memberi perutusan dalam Twitter, wujud elemen ‘anggapan kejujuran’ yang mendorong pengundi percaya apa yang ditulis oleh Christie.

Pelajar AS beranggapan bahawa mereka mengenali Christie dengan intim untuk mempercayai pendapatnya, lebih daripada wajah-wajah lain yang muncul di televisyen.

Menurut kaji selidik Pew Internet Project berkaitan rangkaian sosial, sebanyak 92 peratus individu berusia antara 18 dan 29 tahun aktif dalam media sosial. Dalam kaji selidik yang sama, sebanyak 30 peratus adalah pengundi berdaftar menerima galakan mengundi oleh sahabat handai dan keluarga menerusi perutusan dalam Facebook atau Twitter.

Individu-individu yang saling mengenali berhubungan di media sosial, dan lebih mempercayai apa yang ditulis oleh rakan-rakan dan sahabat di situ berbanding mendengar kempen di televisyen atau pentas-pentas ceramah.

Namun, terdapat juga risiko berkempen menerusi media sosial. Kempen keterlaluan juga boleh mematikan minat pengundi berpotensi untuk mengundi calon atau enggan mengundi sama sekali.

Malah wujud situasi pertembungan dua pihak di media sosial menyaksikan pertelingkahan sengit dalam Facebook dan Twitter dengan komen kasar, blocking dan unfriending terjadi. Rumusan kaji selidik itu menyarankan pakar strategis perlu menyukat dan mengawal bilangan bahan yang boleh diutuskan bagi mengelak insiden-insiden yang disebut di atas.

Walau apa pun bahan yang diutuskan oleh parti politik atau pihak berkepentingan, kita sebagai pengguna akhir, perlu bijak untuk mengesahkan sesuatu bahan itu sama ada sahih atau bohong, komen saksama atau berbentuk hasutan.

Sebagai golongan muda, terutama anda di universiti, sudah diajar supaya bersifat analitikal dan seterusnya memeriksa kesahihan fakta. Bukan ambil buta-buta bahan kempen. Dan bukan menjadi burung kakak tua kepada mana-mana pihak. Walaupun lawak bila kita mengutus ayat ‘Lain kali lah!’.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.