saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/06/2013

YB Pasar Pudu di Parlimen: Bahasa Melayu 101

SIDANG Parlimen akan bermula 26 Jun ini. Ia merupakan sidang pertama selepas PRU-13 lebih sebulan lalu.

Berbagai-bagai jenis Ahli Yang Berhormat (YB) telah dipilih oleh rakyat. Ada yang menang mudah ada yang menang tipis. Di Malaysia, calon yang tak boleh bercakap bahasa Melayu pun boleh menang dan dipilih sebagai YB.

Bahasa Melayu bukan prasyarat kelayakan menjadi calon. Maka itu dalam sidang Parlimen lepas, ada calon yang nak cakap Melayu pun tersasul dan terpelat-pelat bahasa pasar seperti YB Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

Dalam Parlimen Malaysia, bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu. Kalau nak guna bahasa Inggeris pun kena mohon dengan izin daripada Speaker dewan.

Maka itu semasa Dong Zong, sebuah pertubuhan cauvanis mempersoalkan kefasihan bahasa Cina dua orang menteri keturunan Cina yang dilantik dalam Kabinet baru-baru ini, maka kita akan saksikan berapa ramai pula YB-YB yang boleh berbahasa Melayu dengan fasih?

Kita persetankan apa niat Dong Zong mempersoalkan kefasihan bahasa Cina dua menteri itu.

Tetapi, kita tunggu dan saksikan adakah Parlimen kita akan menjadi ala pasar borong selepas ini, atau seperti Pasar Pudu atau Pasar Chow Kit.

Kita tengok berapa ramai YB baharu itu akan bercakap bahasa pasar dan bahasa baku serta bahasa Melayu yang betul.

Akan menjadi satu kemaluan yang besar jika YB-YB ini tidak boleh berbahasa negara sendiri. Kita tunggu apa reaksi murid-murid sekolah yang duduk di galeri awam menyaksikan “suasana pasar Pudu" itu. Tentu mereka terkejut.

Oleh itu marilah kita saksikan berapa ramai lagi YB-YB ala Gwo Burne dilahirkan oleh Parlimen Malaysia.

Atau Parlimen terpaksa menyediakan guru-guru khas bahasa Melayu untuk satu crash course bahasa Melayu asas 101. Aduhai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.