saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 02/08/2013

Kewujudan Syiah, Pas dan filem Bravo

Poster filem Bravo tentang semangat anggota komando Angkatan Tentera Malaysia.

FAHAMAN Syiah sudah lama meresap dalam Pas dan ia diakui oleh beberapa bekas ahli Pas. Malahan beberapa pemimpin utama parti itu didakwa turut berpegang kepada fahaman tersebut. Namun ia dinafikan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, blog Penyokong Pas (penyokongpas.wordpress.com) mengakui bahawa memang ada pemimpin parti itu yang berfahaman Syiah tetapi jumlahnya tidak dapat dipastikan. Mereka kebanyakannya dari Kelantan dan Kedah.

"Pada ana, kita jangan menipu. Kena akui, kita pun giat nak selesai isu Syiah ini. Macam-macam perangai. Bukan boleh selesai dalam masa sehari. Kena makan masa.

"Syiah ini soal dalaman. Soal iktikad. Soal kepercayaan. Bukan boleh buat main. Pada ana, elok KDN (Kementerian Dalam Negeri) buat tindakan tegas. Kita pun tak mampu nak selesai isu ini secara dalaman. Kena minta tolong polis juga," katanya.

Justeru katanya, pemimpin tertinggi Pas sepatutnya mengalu-alukan tindakan polis untuk membanteras Syiah dalam parti dan bukannya menafikan sama sekali kewujudan mereka.

"Puak-puak syiah dalam Pas ni pun jenis garang. Tak mahu mengalah. Cakap ikut dan (suka). Mana tahu, kalau PDRM ambil tindakan, mereka takut sikit.

"Lagipun, istilah "utama" itu besar maknanya. Kalau tiada pemimpin utama, ana setuju. Tapi pemimpin perasan utama yang jaga Syiah, ramai... Ana sendiri boleh namakan, tapi takut jadi fitnah pula," katanya.

Blog Terengganu Today (terengganutoday.com) pula berkata, pendedahan berkenaan Syiah dalam Pas menambah kekalutan dalaman parti itu menjelang muktamar yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Katanya, kumpulan tersebut yang sebelum ini merasakan cukup selesa dan tidak tergugat, kini berusaha menunjukkan kekuatan dan kesepakatan mereka dalam Pas.

"Serangan terhadap menantu Abdul Hadi Awang dibuat secara berterusan dan tidak lagi berkala. Lebih menarik lagi ialah apabila ada kalangan kepimpinan Pas berfahaman Syiah sudah mula mendekati UMNO untuk tujuan tersebut," katanya.

Katanya, walaupun Tuan Ibrahim berusaha menenangkan keadaan agar Pas tidak berpecah, namun beberapa nama lain yang dikaitkan dengan Syiah bakal berhadapan dengan masalah dan ada dalam kalangan mereka tidak mampu lagi bertaqiyyah untuk mempertahankan jawatan.

Bahkan tambahnya, nama-nama pemimpin berfahaman Syiah serta liberal yang antaranya sedang memegang jawatan tinggi dalam parti itu sudah pasti akan kehilangan jawatan mereka pada muktamar kali ini.

Blog Azmy Kelana Jaya (aakj.blogspot. com) pula mendakwa dakyah Syiah begitu kuat di negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang, terutama Kedah dan Kelantan manakala di Selangor pula sedang berkembang pesat.

Katanya, walaupun Pas hanya sepenggal memerintah Kedah tetapi dakyah dan pengaruh Syiah di negeri itu semakin berkembang malahan menjadi kubu kuat fahaman itu di negara ini.

"Apakah benar seperti yang didakwa, semakin kuat Pas di sesuatu tempat maka makin menular ajaran Syiah dan menurut sumber pakatan pembangkang, pembawa 'virus' ini datangnya daripada golongan muda dalam perjuangan Pas.

"Kononnya daripada pelajar yang balik dari Timur Tengah atau Iran, kononnya pergi belajar di sana tetapi membawa balik ajaran sesat ke Malaysia," dakwanya.

FILEM BRAVO

DI sebalik kekecohan berhubung filem The New Village yang dikatakan menonjolkan propaganda komunis, sebuah blog memaparkan tentang penghasilan sebuah filem tempatan, iaitu Bravo yang diyakini mampu menanam semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Blog Unreported News (unreportednews.blogspot.com) berkata, filem Bravo inilah yang sepatutnya diberikan hak tayangan kerana ia memaparkan sikap dan perjuangan sebenar komunis dan bukannya seperti dipaparkan dalam The New Village.

Katanya, filem arahan Fauzi Nawawi dengan barisan pelakon utama seperti Remy Ishak, Beto Khushairy, Datuk Hattan, Fizz Fairuz dan ramai lagi, memaparkan kisah perjuangan lima anggota Rejimen Gerak Khas yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis.

"Lima komando tersebut berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka. Tetapi malangnya hubungan terputus akibat set komunikasi yang rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 gerila.

"(Filem ini) dipetik daripada kisah benar yang diselongkar melalui Diari Misi Komando. Dahulunya merupakan rahsia sulit ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan kini dipaparkan untuk sama-sama kita fikir dan nilai sumbangan mereka," katanya.

Kata blog ini, filem penuh aksi tersebut yang turut menggunakan tenaga pelakon dalam kalangan pasukan tentera sendiri itu dijangka ditayangkan kepada umum akhir tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.