saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/09/2013

Negara asing turut laksana BR1M

SEJAK Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan 2010, ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan pemberian tunai kepada golongan berpendapatan RM3,000 sebulan dengan mengatakan langkah itu bersifat rasuah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Lebih malang, ada pula pula yang menuduh kerajaan akan bangkrap kerana membelanjakan wang tanpa berhemah serta dakwaan kerajaan terpaksa menambah hutang bagi memberikan BR1M.

Di saat pelbagai tuduhan tersebut dibuat, mereka pula berjanji bermacam perkara dalam kitab dongeng Buku Jingga kononnya mereka mampu melaksanakannya dan tidak akan bangkrap seandainya semua itu dilaksanakan.

Sebenarnya, berdasarkan prinsip ekonomi asas kerajaan berbelanja, ekonomi negara akan semakin berkembang dan sebaliknya bila kerajaan kurang berbelanja, ekonomi juga akan menguncup.

Malah, kerajaan juga akan menaikkan kadar BR1M pada tahun depan dan perkara itu bakal diusulkan dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kenaikan itu sejajar dengan janji kerajaan meningkatkan bantuan tersebut kepada kadar maksimum sehingga RM1,200 dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

"Kita sedang mempertimbang meningkatkan kadar bantuan BR1M kepada rakyat dan dalam masa sama melihat kemungkinan meletakkan bantuan tersebut dalam dasar Jaringan Keselamatan Sosial atau Social Safety Net.

"Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

Untuk rekod, pada tahun 1930, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mengalami krisis ekonomi yang teruk.

Presiden AS pada masa itu Herbert Hoover telah memberikan dana yang besar kepada bank dan syarikat perniagaan pada tahun 1932 sebagai langkah merangsang ekonomi.

Negara Barat cukup mengerti bagaimana kesan negatif perang terhadap ekonomi apatah lagi dalam situasi ketidaktentuan ekonomi global sekarang, maka kini kerajaan Malaysia juga merangsang ekonomi agar terus berkembang menggunakan mekanisme dalaman.

Semua ini terbukti berjaya. Sebenarnya usaha memberi bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah telah lama diguna pakai oleh negara-negara lain seperti Oportunidades di Mexico, Bolsa Familia di Brazil dan Public Assistence (PA) di Singapura.

Di Mexico, Oportunidades yang bermaksud peluang adalah program bantuan sosial oleh kerajaan Mexico yang diperkenalkan pada tahun 2002, berdasarkan program sebelumnya dipanggil Progresa, yang diperkenalkan sejak tahun 1997.

Program itu diperkenalkan membasmi kemiskinan dengan menyediakan bayaran tunai kepada keluarga dengan tujuan mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kesihatan serta pencapaian pendidikan di kawasan-kawasan di mana ia telah digunakan.

Ciri-ciri utama program Oportunidades termasuk bayaran tunai yang dibuat daripada kerajaan secara langsung kepada keluarga untuk mengurangkan kos tanggungan dan rasuah di negara itu serta pemilihan yang ketat bagi penerima berdasarkan faktor-faktor geografi dan sosio-ekonomi.

Oportunidades telah menjadi model bagi program-program yang dimulakan di negara- negara lain, seperti program perintis di New York, Amerika Syarikat, Rangkaian Perlindungan Sosial di Nicaragua.

Bolsa Familia pula merupakan satu program kebajikan sosial kerajaan Brazil memberi bantuan kewangan kepada keluarga miskin untuk mengurangkan kadar kemiskinan jangka pendek dengan memberikan pemindahan wang tunai.

Keadaan itu secara langsung telah membasmi kemiskinan secara jangka panjang dengan meningkatkan modal insan di kalangan golongan miskin melalui pemindahan wang tunai dengan bersyarat.

Malah, program Bolsa Familia itu telah disebut sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan kemiskinan di Brazil, yang menurun sebanyak 27.7 peratus dalam tempoh lima pertama.

Malah, Pusat Pengajian Politik Yayasan Getulio Vargas telah menerbitkan satu kajian yang menunjukkan bahawa terdapat penurunan mendadak kemiskinan di Brazil antara tahun 2003 dan 2005.

Pada tahun 2006, Bolsa Familia dianggarkan telah menelan kos kira-kira 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Brazil dan kira-kira 2.5 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan.

Program itu meliputi kira-kira 11.2 juta keluarga atau kira-kira 44 juta Brazil dan menjelang Februari 2011, 26 peratus daripada penduduk Brazil telah menerima manfaat program tersebut.

Tidak jauh bezanya juga dengan Skim Bantuan Awam (PA) yang menawarkan bantuan untuk warganegara di Singapura berbentuk geran bulanan yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat yang tidak mampu bekerja.

Malah, bantuan itu bermula sejak tahun 1946 telah memberi manfaat kepada orang ramai yang memerlukan dan keluarga berpendapatan rendah.

Skim ini telah berkembang daripada menjadi sumber utama bantuan bagi mereka yang memerlukan di hari-hari awal untuk menjadi sebahagian daripada sistem yang lebih luas dalam struktur kebajikan masyarakat Singapura hari ini dan pada 2005, seramai 2,714 bilangan isi rumah telah menerima manfaat.

Sekarang terbukti langkah kerajaan memperkenalkan BR1M bukan sahaja dianggap tepat, malah negara tidak mengalami kesan negatif dengan memberi bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Program BR1M dilihat memberi impak positif bukan sahaja kepada golongan sasaran malah meningkatkan ekonomi negara.

Kini, pemimpin pembangkang yang dahulunya sentiasa mencari peluang untuk memburuk-burukkan kerajaan termasuk menggunakan isu pemberian BR1M dilihat hanya memperbodohkan diri sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.