saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 13/09/2013

'Suara Keramat' dalam Utusan

Reaksi kegembiraan pegawai pengurusan kanan dan kakitangan jABATAN PENGARANG UTUSAN malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo! pada majlis doa selamat sempena perpindahan ke bangunan baru di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, pada 21 Jun lalu. Majlis doa selamat ini berlangsung di bangunan lama.

Pada 24 Jun 2013, warga Jabatan Pengarang mula meninggalkan bangunan lama ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad secara rasmi untuk melangkah kira-kira 100 meter ke seberang Jalan Lima yang menempatkan Ibu Pejabat Korporat baharunya yang masih kekal di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Ada yang rasa terharu dan sedih kerana dalam bangunan itulah ramai wartawan Utusan dan pejuang bangsa Melayu dilahirkan. Di bangunan inilah banyak sejarah terpahat, kenangan pahit dan yang terindah tercipta.

Ramai juga pihak luar yang mengunjungi Utusan Melayu sebelum ini nampak 'terkejut' melihat bangunannya yang usang jika dibandingkan kehebatan akhbar Utusan Melayu yang paling berpengaruh di negara ini.

Utusan Melayu telah melalui pelbagai transformasi bermula dengan akhbar Utusan Melayu dalam tulisan jawi pada 29 Mei 1939 dan Utusan Zaman pada 5 November 1939. Kemudian, Utusan Melayu memperluaskan penerbitan akhbarnya iaitu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad.

Kini, seiring dengan perkembangan teknologi terkini, Utusan Melayu telah memperkenalkan akhbar digital atau e-paper yang bertujuan memudahkan akhbar diakses walau di mana sahaja pembaca berada.

Walaupun kini beroperasi di bangunan serba moden dan canggih, peranan Utusan Melayu tetap sama - menyebar fikiran rakyat.

Apabila mengenang cabaran yang dihadapi Utusan Melayu masa kini, ia seolah- olah sama sahaja yang dihadapi oleh wartawan dan petugas terdahulu.

Di dalam buku Ulang Tahun 25 Tahun Utusan Melayu, pengasasnya, Yusof Ishak berpesan; "Utusan Melayu disifatkan sebagai surat khabar yang pendusta, yang cetek fikirannya dan yang murah fahamannya. Sebaliknya Utusan Melayu pernah juga disifatkan sebagai johan rakyat jelata dan suara yang tidak gentar kepada sesiapa pun jua.

"Kepada semua saya berpesan, jagalah Utusan Melayu milik kita ini baik-baik. Kita sudah bersusah payah untuk bangun, dan sekali kita melangkah, teruskanlah.

"Buat pewarisku, pewaris suci perjuangan Utusan Melayu, saksikanlah suara-suara dalam rakaman sejarah ini buat bekalan hari-hari mendatang".

Hayat Utusan Melayu hanya ditentukan oleh Yang Maha Esa. Bayangkan semasa Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak merasmikan bangunan tambahan Utusan Melayu (M) Berhad pada 22 Jun 1972, Allahyarham berkata: ''Pada 30 Mei lepas, umur Utusan Melayu masuk 33 tahun. Sepanjang ingatan saya, belum pernah lagi dalam sejarah persuratkhabaran Melayu, sebuah akhbar Melayu hidup begini lama.

"Inilah sejarah yang diukir oleh Utusan Melayu, sebuah perusahaan Melayu yang seratus peratus dikendalikan dan diusahakan sendiri oleh orang-orang Melayu dengan modal yang begitu sedikit. ''

Petikan ucapan Tun Abdul Razak itu amat meninggalkan kesan dan memberi semangat kepada pejuang-pejuang Utusan Melayu untuk terus mempertahankan satu-satunya akhbar yang memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air ini.

Semangat kental warga Utusan yang terdahulu kini diwarisi oleh warga kerja sekarang.

Kekuatan Utusan Melayu adalah kerana peranan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi suara rakyat dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara sehingga kini. Ini dapat dibuktikan melalui sejarah yang menyaksikan Utusan Melayu sudah berusia 75 tahun sedangkan usia kemerdekaan negara baru mencecah 56 tahun pada 2013.

Dalam tempoh yang panjang itu warga Utusan berjaya menjalankan tugas memartabatkan akhbar dan menjalankan tugas mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Aziz Ishak ada berkata sempena perpindahan ke bangunan baharu pada 21 Jun 2013: "Utusan tidak rasis. Kita mempertahankan apa yang ada. Kita juga menyokong rakan-rakan bukan Melayu. Kalau boleh dinding dan lantai berbicara banyak yang akan diperkatakan. Apa pun kita mampu bertahan dan bersabar.

"Mereka yang terdahulu banyak berkorban untuk bangsa dan negara dan turut menjadikan Utusan itu keramat."

Utusan Melayu memang Suara Keramat Bangsa. Sebab itu dua kali rancangan untuk menggabungkan atau mengambil alih Utusan telah gagal. Pertama pada tahun 1980-an dengan menggunakan NSTP sebagai Trojan Horse, dan kedua rancangan penggabungan Utusan-NSTP pada 2006.

Namun cubaan untuk menguasai institusi keramat ini berjaya digagalkan oleh Pengarah Urusan Utusan Melayu pada 1980-an dan kemudian pada 2006 oleh sekumpulan wartawan Utusan Melayu.

Utusan Melayu yang diterajui barisan Ketua Pengarangnya yang dedikasi antaranya seperti Said Zahari, Tan Sri Melan Abdullah, Tan Sri Mazlan Noordin, Tan Sri Zainuddin Maidin, Datuk Johan Jaaffar, Datuk Khalid Mohd. dan kini, Aziz Ishak boleh dianggap sebagai benteng pertahanan Utusan Melayu daripada serangan pihak yang tidak mahu melihat syarikat milik Melayu ini menghalang cita-cita mereka.

Tanpa berselindung, masyarakat sudah mengetahui kebencian pakatan pembangkang terhadap Utusan maka mereka memboikot, menghentam, mencaci, memaki, memberi nama-nama panggilan menghina dan terus-menerus memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia. Mereka mahu Utusan Melayu muflis dan tumbang.

Taktik mereka itu selama ini semata-mata supaya rakyat terpengaruh dengan dakyah jijik mereka untuk tidak mempercayai Utusan Malaysia walaupun berita dilaporkan benar dan betul. Mereka juga mahu memaksa Utusan Malaysia menutup mulut, mendiamkan diri dan ketakutan untuk mengkritik serta membongkar segala penipuan mereka.

Meskipun akhbar Utusan Malaysia sering menerima ancaman, boikot, ugutan, serangan dan tindakan khianat, warga Utusan tetap mendedikasikan hasil kerja mereka terhadap agama, bangsa dan tanah air. Tradisi itu diteruskan dengan komitmen yang tinggi.

Agenda Utusan sejak dulu hingga kini, masih konsisten dengan perjuangan asal. Sejarah kewujudan Utusan Melayu itu sendiri unik.

Utusan Malaysia adalah akhbar yang berani bersuara dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

Selepas 75 tahun perjuangan Utusan Melayu, institusi ini akan terus menghadapi pelbagai cabaran.

Utusan bukan sahaja sebagai lidah masyarakat kota, desa, seperti seni kata lagu "Utusan Suara Keramat" tetapi ia juga pemberi sumbangan besar kepada pembangunan nilai dan intelek masyarakat.

Utusan Melayu akan terus bertahan dan berkembang pengaruhnya biarpun menghadapi banyak dugaan dan kekangan.

Perjuangan Utusan Melayu sejak 1939 hinga kini berada di landasan yang betul dan benar.

Selepas fasa di Singapura selama 20 tahun dan fasa di bangunan lama selama 55 tahun, Utusan Melayu akan melalui fasa baharu selepas ini, yang sudah tentu lebih besar ujiannya.

Tetapi kami yakin, roh dan obor perjuangan syarikat akhbar Melayu ini akan terus bernyala.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.