saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 08/12/2013

Kaligrafi islam sejagat

Muzium Seni Islam Malaysia.

RAKYAT Malaysia kini akan berpeluang menyaksikan koleksi kaligrafi Islam yang terbaik dihasilkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Mulai esok, 120 karya kaligrafi Islam akan menjadi bahan pameran menarik di Muzium Seni Islam, Kuala Lumpur (KLIAM). Pada tanggal tersebut pengunjung-pengunjung utama termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pelawat-pelawat luar negara dan pemerhati kontemporari seni dari dalam dan luar negara. Turut dipamerkan ialah kaligrafi Islam dari China yang terkemuka.

Karya-karya kaligrafi yang dipamerkan berupaya menyerlahkan kepada dunia tentang falsafah dan aspek-aspek seninya. Ini sebenarnya ialah sumbangan peradaban Islam kepada masyarakat dunia. Karya-karya seni yang dipamerkan mewakili karya-karya global dan yang mengandungi pelbagai motif. Karya-karya seni kaligrafi terbaik merangkul ciptaan-ciptaan dari China, Iran, Mesir, Tunisia, India, Afrika dan Malaysia juga. Kaligrafi dari China termasuklah yang mewakili zaman purba dan berkemungkinan dikaitkan dengan nama-nama besar seperti Wang Duo atau Zheng Xie. Bagi kaligrafi Islam pula, kepentingannya adalah hasil daripada nama-nama seperti Essam, Abdul Fattah, Ibrahim Olfatt, Kiarash Yaghubi dan beberapa nama besar lain.

Kaligrafi berkait rapat dengan unsur-unsur dalaman budaya Islam, khasnya yang memanfaatkan khat awan larat Arab dan gambaran yang merangkumi tema al-Quran, simbol-simbol abstrak murni, simbolisme tersiratnya cinta dan kebesaran Maha Berkuasa. Karya-karya kaligrafi merangkumi ayat-ayat dalam solat dan perkataan evokatif keagamaan, bahagian doa, termasuk bait al-Quran yang terkenal. Kesannya memberi santapan minda yang unggul. Berbeza pula dengan versi China yang memperlihatkan ciri puisi Sino-Islam dan pelbagai lambang rasmi kerohanian. Dalam aspek lain, kaligrafi Islam menjurus kepada sifat abstrak dan makna dalaman serta keindahan agama Allah.

Ramai pakar bidang kaligrafi Islam berpendapat bahawa jika kita merenung secara serius akan kaligrafi Islam, akan dapat dinikmati makna dan sentuhan nilai dalamannya, maksudnya yang halus dan haluan hidup sebenar. Kaligrafi Islam secara tersendiri tidak boleh ditafsirkan hanya sebagai bentuk seni, malah hubungannya dengan kebenaran al-Quran dan hadis juga tidak dapat dipisahkan. Oleh sebab itu, bentuk seni khat Islam terus menjadi tunjang jiwa keislaman.

Sama ada dikaitkan dengan gaya Nash, Tulut, Musabaqaq atau Tawqi yang secara khasnya digemari pada zaman Abbasiah, kaligrafi Islam mampu memantapkan kesatuan ummah walaupun terdapat empat mazhab utama. Melalui kaligrafi, sifat-sifatnya yang tertentu itu menyinari konsistensi dan makna abstrak kehidupan yang istimewa lagi tersendiri. Selain itu, kaligrafi turut menggabungkan maruah, keindahan dan rasa hormat terhadap huruf al-Quran serta ayat dalam bentuk yang artistik. Sehubungan itu, kaligrafi Islam telah mencapai keunikan yang tersendiri dan bentuk-bentuk yang istimewa. Dalam suatu pengertian pula kaitannya dengan seni khat amat rapat terjalin.

Kita berpeluang menyanjungi kaligrafi Islam sempena ulang tahun ke-15 KLIAM. KLIAM yang juga dikenali dengan nama Muzium Seni Islam Malaysia (Islamic Arts Museum Malaysia) yang telah wujud sebagai muzium terunggul di rantau ini, akan terus menempa sejarah kecemerlangannya sendiri.

KLIAM menempatkan lebih daripada 7,000 artifak sebagai perpustakaan muzium. Teknik pamerannya unik dan pemerhatian yang artistik diberikan kepada butiran, kaedah dan olahan pameran yang unik. Semua ini menzahirkan hasil pengalaman dan capaian cemerlang.

Melalui ceramah-ceramah antarabangsa oleh tokoh-tokoh tersohor seperti Aga Khan, pemimpin muzium Britain dan pakar-pakar dari negara-negara OIC, KLIAM telah beroleh faedah yang meluas. Namun aspek-aspek pengawetan, pemuliharaan dan penyelidikan, telah dapat dimanfaatkan melalui pengalaman dan kepakaran kendiri. KLIAM kini bolehlah dianggap sebagai mempunyai kepakaran dan kemampuan yang setanding muzium-muzium dunia. Seorang tokoh dan pakar dari Muzium New York, Mark Levi pernah berkata "....... di Timur Jauh, muzium seni Islam Kuala Lumpur mewakili satu sentuhan peradaban yang segar."

Epitaf yang berbunyi "sentuhan peradaban yang segar" menggambarkan nilai progresif yang meningkat bagi sebuah negara yang kini pantas bersaing. Walau bagaimanapun, para pengkritik akan terus mengkritik. Mereka mungkin berkata bahawa aktiviti selama 15 tahun yang lampau mungkin hanya layak diterima sebagai sebahagian tugas atau sekadar peranan biasa sesebuah muzium.

Tokoh yang paling layak untuk merumuskan peranan sesebuah muzium ialah Syed Muhamad Albukhary, adik kepada Tan Sri Syed Mokhtar, Pengerusi Yayasan Albukhary yang menerajui KLIAM. Selaku perancang, kurator sambilan yang istimewa dan pengumpul artifak, beliau secara berterusan menyedari betapa pentingnya nilai seni dan budaya bagi sesuatu negara dan masyarakatnya.

Sesungguhnya, kewujudan KLIAM selama 15 tahun yang lampau bukanlah hitungan masa yang cukup untuk menentukan kejayaan sesuatu muzium. 15 tahun pengalaman itu adalah jangka waktu yang penuh bersejarah bagi KLIAM. Tempoh itu menempa sejarah menerusi pelbagai persaingan dan cabaran. Keupayaan KLIAM dalam bidang pemuliharaan bahan-bahan warisan kini telah mendapat pengiktirafan dunia.

Syabas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri keempat yang telah menasihati Syed Mokhtar Albukhary pada tahun 1998 untuk mempertimbangkan penubuhan muzium kontemporari yang boleh menempatkan pelbagai bentuk seni Islam. Syed Mokhtar menganggap tugas ini sebagai suatu amanah yang besar. Pada awalnya Syed Mokhtar berasa bimbang juga tentang bagaimana caranya hendak menunaikan permintaan Dr. Mahathir yang dikenali dengan sifat kerja pantasnya. Beliau amat dikenali dengan pendiriannya bahawa sesuatu itu perlu dilakukan segera tanpa berlengah-lengah.

Cabaran-cabaran membina sesuatu muzium yang moden tetapi tetap memiliki ciri-ciri tradisi Islam bukanlah mudah. Perancang, arkitek, ahli tukang, jurugambar - kesemuanya dikerah menjelajahi dunia untuk mendapatkan ilmu perbandingan. Berkaitan muzium, mereka menggambarkan aura bangunan yang bercirikan seni Islam yang utama tetapi pada masa sama bukan berbentuk masjid. Bangunan itu perlu memiliki ciri-ciri spesifik dengan ruang dalaman muzium yang mempamerkan keindahan dengan menggarap ciri masa dan ruang.

Keindahan serta kebanggaan muzium ini terdiri daripada perpustakaan Islam, buku-buku pemuziuman, model-model masjid terkemuka bersaiz besar seperti Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis. Artifak yang dipamerkan tidak hanya terdiri daripada karya dan artifak dari Parsi dan Timur Tengah tetapi juga meliputi Asia, China dan Tenggara Asia. Sudut Dunia Melayu juga merupakan tarikan istimewa dan telah menarik minat para cendekiawan dan masyarakat umum.

Syed Mokhtar begitu telus mengatakan bahawa seni Islam pada tahun 1989 ketika beliau menerbitkan edisi pertama buku hiasan meja berjudul Islamic Art Museum Malaysia, "Ketika saya memulakan projek ini, pengetahuan saya tentang seni Islam agak terhad, tetapi setelah saya mendapat pendedahan meluas dalam seni ini saya amat terkejut betapa besarnya pengaruh serta sumbangan seni Islam terhadap peradaban dunia secara keseluruhan."

Kini, 15 tahun kemudian, pemegang amanah institusi ini boleh berasa selesa dan mengakui bahawa KLIAM ialah satu-satunya sumbangan tamadun kepada negara. Bagi orang Islam dan bukan Islam yang melihat pameran ini dari jarak dekat akan tampak segalanya menggambarkan keadaan yang menjurus ke arah pembinaan negara bangsa. KLIAM ialah laluan ke telapak seni dan wadah seni itu bakal mengajar kita menjadi manusia yang lebih bersedia menerima keindahan dan kemurnian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.