saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/01/2014

Selamat Datang 2014: Selagi ada kuasa, gunakanlah...

MENJELANG kiraan detik 2014 semalam saya melihat sayu iklan sambutan tahun baru yang diiklankan oleh akhbar-akhbar berbahasa Inggeris.

Ia adalah iklan perumahan daripada Putrajaya Holdings.

Iklan itu tidak diiklankan dalam Utusan dan akhbar Melayu lain.

Seorang rakan Utusan menghantar mesej demi mesej dalam grup whatsapp kami dan antaranya berkata; “Takpalah orang Melayu tak sambut Tahun Baru."

Kata-kata itu berbaur sindiran, kiasan dan perlian. Seorang lagi rakan menyampuk dalam grup itu “Utusanlah antara akhbar yang mempertahankan Putrajaya". Cukup tajam sampukkan beliau. Saya faham perasaan mereka.

Namun itulah GLC, atau syarikat berkaitan kerajaan. Mereka tak peduli itu semua.

Di luar sana, ramai yang membangkang kerajaan. Ironi, ya, akhbar itulah yang mempertahankannya - yang kadang kala lebih sudu daripada kuah.

Ketua-ketua GLC itu diangkat ke situ oleh kerana sistem yang diperjuangkan selama ini. Jika tidak jangan haraplah.

Apa pun, perjuangan harus diteruskan. Selagi ada kuasa kita gunakanlah. Jika tiada kuasa nanti, kita duduk diam-diam.

Semasa revolusi Iran dulu, semua orang yang tidak dikehendaki oleh kuasa yang baru akan digantung sampai mati dari atas lori-lori kren. Itulah harga yang perlu dibayar dalam mana-mana kebangkitan sesuatu renaisans.

Namun, selagi ada kuasa perjuangan harus diteruskan.

Sebagai orang surat khabar inilah yang kami tahu buat. Kami bukan orang politik yang ada antaranya “lebih banyak cakap tak serupa bikin" - baik di sebelah sini mahupun di sebelah sana.

Hari ini telah masuk 2014. Satu lagi tahun mencabar bagi orang surat khabar macam kami, syarikat surat khabar mahu pun kerajaan sendiri.

Semalam kerajaan mengumumkan penjimatan dalam pentadbirannya. Itu bermakna kerajaan bukan lagi kaya. Jika sudah tidak mewah, maka buatlah cara tidak mewah. Harap-harap laporan Ketua Audit Negara tahun ini lebih baik lagi.

Jika kerajaan itu seorang manusia, maka orang itu kena ikat perutnya kuat-kuat, supaya tidak lapar dan tidak boros.

Tahun ini cabarannya cukup getir. Hati rakyat kena dijaga baik-baik. Selagi ada kuasa, jaga mereka baik-baik. Tadbir negara dengan penuh tanggungjawab dan wibawa.

Jangan biarkan rakyat marah. Rakyat ini cukup sensitif. Mereka melihat apa orang politik, terutamanya orang politik arus perdana buat, lakukan dan amalkan.

Sesiapa yang berada dalam politik arus perdana lebih susah kerja mereka berbanding ahli politik pembangkang. Pembangkang kerja mereka ialah mencari modal dan isu - buat rakyat marah kepada kerajaan.

Jika kerajaan dapat cari idea terbaik untuk rakyat, mereka akan cari benda yang buruk. Itulah pusingan mereka sehingga akhirnya tercapai cita-cita.

Itulah tugas hakiki pembangkang. Dalam era media sosial sekarang, kerja itu lebih mudah lagi.

Apa yang dilakukan oleh pembangkang itu adalah lumrah bagi mana-mana parti politik. Perang psikologi adalah strategi.

Maka, selagi ada kuasa, pihak kerajaan yang memerintah harus bijak menggunakan kelebihan itu untuk memerangi agenda pembangkang.

Setakat ini, secara ikhlas - ia kurang berkesan. Banyak tohmahan terhadap kerajaan gagal ditangani dengan berkesan. Saya hairan adakah kerana ramai cerdik-pandai kita sedang bercuti hujung tahun?

Nampaknya isu-isu yang dibangkitkan oleh puak politik kiri bertimpa-timpa menjelang hujung tahun. Dan tiada tindak balas.

Pada tahun 2014 ini Malaysia masih lagi mantap. Kurangkanlah politiking dan terus bangunkan negara. Pedulikan salakan pembangkang, yang masih tidak dapat menerima kemenangan BN pada PRU-13 baru-baru ini.

Namun Kerajaan Pusat harus berwaspada. Orang politik arus perdana juga harus sedar diri, jangan lupa diri. Jangan cipta lagi sebarang kontroversi yang tidak membawa faedah. Bawa masuk pelapis yang berkualiti untuk menerajui parti.

Lantiklah orang yang betul dalam kerajaan, yang mempunyai inspirasi membantu kaum majoriti dan kaum-kaum lain yang miskin dan tersisih.

Sebagai negara yang berdiri atas asas Perlembagaan dan lunas undang-undang, gunakannya sebaik-baik mungkin kanun-kanun itu. Jangan biarkan rakyat berkata “ada undang-undang pun tak reti guna".

Kita akan berasa selamat jika pihak berkuasa ikut undang-undang. Kita cukup gembira mempunyai Ketua Polis Negara sekarang yang kelihatan garang dalam memerangi penjenayah dan musuh.

Namun rakyat juga risau melihat jabatan-jabatan penguat kuasa yang tidak amanah dan memakan suap, sehingga sanggup menggadai kesejahteraan negara. Kita mahu melihat mereka lebih bersih, cekap dan amanah.

Pada tahun 2014 ini juga, kajilah semula gimik politik yang tidak berfaedah. Gimik-gimik yang dicipta tetapi memberi kesan negatif kepada kepentingan negara.

Saya terkejut semalam apabila singgah di sebuah stesen minyak Petronas. Anak saya tiba-tiba mengadu apabila sebotol minuman teh hijau kegemarannya yang biasa dibeli RM2, sudah naik 60 sen.

Dia kata kepada saya; “Mungkin kerana orang suka kot, itu pasal harganya naik."

Ikut teori ekonomi betullah apa yang dia kata, tapi ini adalah soal mengurus hati orang.

Saya mendengarnya tanpa berkata apa-apa. Namun hati saya terdetik.

Wahai kerajaan, selagi ada kuasa kawallah keadaan.

Selamat Tahun Baru 2014. Semoga Allah SWT memberkati dan memelihara kita semua. Amin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.